Showing posts with label Aktiviti PPDa. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PPDa. Show all posts

Wednesday, 13 December 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

 Tarikh   : 13 Disember 2023 (Rabu)

 Masa    : 8.50 pagi - 12.20 tengah hari

 Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan secara konsisten serta memberi impak yang bermakna kepada semua murid. Warga pendidik serta masyarakat perlu cakna dan sentiasa memperingatkan kesan buruk rokok dan vape kepada murid. Trend murid yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satu kebiasaan dilihat semakin membimbangkan dan perlu dihentikan segera. KPM sentiasa komited dalam memastikan pembinaan karektor yang baik dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, kempen ini diharapkan supaya anak-anak kita tidak hilang nilai karektor yang kita hasratkan dan hanyut dalam arus pemodenan yang akhirnya membawa implikasi buruk yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan dan minda.

Selaras dengan itu, hari ini pelancaran serentak dibuat di seluruh negara dalam membasmi rokok & vape! 

Buku Program




Murid bersedia untuk menyaksikan pelancaran

Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Pengacara Majlis Cik Roslinda dan Puan Nurliza

Penceramah Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok & Vape- Dr. Siti Hazwani Abidin (Ketua Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit) 

Sesi kuiz

Seronok dapat hadiah ya.....tahniah!


Penyampaian sijil dan cenderamata buat Dr.Siti Hazwani

Turut menerima cenderamata Puan Mashaniza binti Isa (Inspektor Kesihatan, PKD Sepang)

Bergambar kenangan sebelum pulang

Slide ceramah Dr.Siti Hazwani

Lagi bahan untuk rujukan


Selesai sahaja ceramah oleh Dr. Siti Hazwani, murid-murid Tahun 4 & 5 dihidangkan dengan tontonan video "Hidup Sihat, Cegah Rokok & Vape" manakala murid Tahun  6 rehat. Pada pukul 11.15 pagi program diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape. Berikut gambar-gambar sepanjang pelancaran dibuat.

Nyanyian  lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dipimpin oleh Puan Astina

Semua murid menyanyikan bersama-sama

Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh En Mohd.Azarul

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG SKTPP

Ucapan perasmian oleh Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Arshad (YDP PIBG SKTPP)

Gimik perasmian, laungan benci vape dan rokok oleh Duta Sahsiah

Penyampaian cenderamata buat perasmi

Bergambar bersama dengan tagline benci DARVIHπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž

Bergambar kenangan bersama sebahagian warga SKTPP

Alhamdulillah, selesai majlis pada hari ini. Semoga bermanfaat buat seluruh warga SKTPP. Terima kasih kepada  JK Pelaksana dan semua yang terlibat. 


SKTPP BENCI DARVIH

Friday, 4 November 2016

Kejohanan Bola Sepak PPDa

Kejohanan Bola Sepak PPDa telah diadakan pada hari Jumaat, 4 November 2016 di padang SK Taman Putra Perdana. Pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan tersebut ialah:

  1. SK Taman Putra Perdana 2 
  2. SK Pulau Meranti 
  3. SK Dengkil 
  4. Team Bawah 11 Sepang 
  5. SK Taman Putra Perdana - 2 pasukan 

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Johan - SKTPP2
Naib Johan - SKTPP A
Ketiga Bersama : SK Dengkil dan SK Pulau Meranti
Saguhati : Team U11 dan SKTPP B

Tahniah dan terima kasih buat semua peserta kejohanan ini.

 "Cergas & Cerdas Tanpa DARVIH"

Banner kejohanan

Buku program
Pendaftaran peserta
Kejohanan bola sepak sedang berlangsung
Hadiah, medal dan sijil buat pemenang, pengadil dan guru pengiring

Disediakan oleh: Siti Maziah

Monday, 10 August 2015

Penyebaran Visi & Misi PPDa di kelas

Penyebaran Visi & Misi PPDa semakin rancak dijalankan kepada seluruh warga SKTPP. Kesempatan menggantikan guru yang tiada di sekolah, saya mengambil peluang untuk menyebarkan Visi & Misi ini secara kelompok di dalam kelas. 

Murid-murid diperkenalkan sekali lagi dengan apa itu PPDa, DARIH, Visi & Misi PPDa. Walaubagaimanapun mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada, namun saya cuba untuk menerangkan kembali supaya murid-murid lebih jelas dengan PPDa.



Tarikh  : 3 Ogos 2015 (Isnin)
Masa    : 4.40 - 5.40 0petang
Kelas   : 2 Canang


                            Tarikh  : 10 Ogos 2015 (Isnin)
                            Masa   : 5.10 - 6.10 petang 
                            Kelas   : 3 Respiratori

"1Malaysia Membanteras Dadah"