Thursday, 28 December 2017

Sijil dan Piala Anugerah 5 Bintang PPDa KPM

Inilah dia sijil dan piala Anugerah 5 Bintang Pengurusan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2017 yang diterima tempoh hari. Berkongsi rasa syukur dan gembira atas kurniaanNya ini. Insyaa Allah kami akan teruskan perjuangan membanteras dadah dan DARVIH selagi hayat dikandung badan demi sebuah generasi yang cemerlang lagi terbilang....




Laporan Majlis Penyampaian Anugerah 5 Bintang tersebut sila klik di sini.

Monday, 25 December 2017

Percutian GB ke Negara-Negara Eropah dan Balkan

Sepanjang GB bercuti di 9 buah negara Eropah dan Balkan, GB sentiasa mengambil peluang bergambar dengan isyarat ibu jari ke bawah (thumbs down) tanda hebahan "Benci Dadah" melangkaui benua...
















Sunday, 17 December 2017

Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya keputusan Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SK Taman Putra Perdana diumumkan pada hari ini (17.12.2017). SK Taman Putra Perdana telah berjaya menerima Anugerah 5 BINTANG dalam Penarafan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2017. Sebagai makluman, penilaiannya telah dilaksanakan pada 6 April 2017 yang lalu oleh para panel hakim. Terima kasih kami ucapkan.
(Laporan penarafan peringkat kebangsaan 2017 sila klik di sini)

Majlis Penerimaan Anugerah ini diadakan sekali dengan Kursus Anti Dadah dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Ke-42 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Perngkat Kebangsaan ini telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah.

Atur Cara:

8.15 pagi:
Ketibaan Para Perwakilan / Pemerhati dan Jemputan Khas
8.30 pagi:
- Kursus Anti Dadah oleh YBhg. Dato'Abdul Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- Sesi soal jawab
10.15 pagi:
Ketibaan YB. Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan
10.30 pagi:
- Ketibaan YAB Dato'Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
- Bacaan Doa
- Lagu Negaraku, Lagu Negeri Wilayah Persekutuan & Lagu PEMADAM
- Ucapan Aluan oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan
- Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Ke-42 oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
- Penyampaian Penghargaan Kepada Aktivis PEMADAM
- Penyampaian Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan
- Penyampaian Cenderamata kepada YAB Dato' Seri  Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
12.00 tengah hari:
Jamuan tengah hari bersama Perwakilan PEMADAM di Dewan Tun Razak 4.

Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Penyampaian Anugerah 5 BINTANG kepada SK Taman Putra Perdana
(Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan)
Bergambar kenangan bersama sekolah yang berjaya menerima Snugerah 5 BINTANG
(SK Taman Putra Perdana, SK  Dato Maharaja Lela, SMK Bandar Utama dan
SMK Ideal Heights, Selangor)

Sijil dan plak yang diperolehi

Pn Rosmah bt Jamat, PK HEM SKTPP

Barisan Guru SKTPP bersama Pegawai Unit PPDa
 JPNS Benci DARVIH

Bergambar kenangan bersama Pegawai KPM, PEMADAM dan JPNS

Wakil guru SKTPP yang hadir


Kami Benci  DARVIH

Kami Benci DARVIH

Lagi laporan Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 di sini.

Saturday, 18 November 2017

PPDa @ Hari Graduasi Tahun 6

Tahniah buat murid-murid Tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan sekolah rendah pada hujung bulan ini. Sempena meraikan murid-murid yang akan melangkah ke sekolah menengah itu, Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Jamuan Perpisahan telah diadakan pada 18 November 2017. Para pentadbir yang segak berjubah telah mengabadikan hari bersejarah tersebut sambil menghebahkan slogan Benci DARVIH..




Wednesday, 15 November 2017

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang 2017

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang telah dianjurkan buat kali ke-3 pada 15 November 2017 bertempat di SK Taman Putra Perdana. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Hj. Anuar; Penolong Pengarah PPDa JPN Selangor.


Sebanyak 7 buah sekolah telah menghantar penyertaan terdiri daripada;
SK Taman Putra Perdana
SK Taman Putra Perdana 2
SK Pulau Meranti
SK Dengkil
SK Datuk Abu Bakar Baginda
SK Taman Seroja, dan
SK Sg. Rawang

Cuaca pada sesi pagi dan tengah hari sangat cerah. Namun hujan turun dengan lebatnya pada sebelah petang. Namun kejohanan berjalan lancar. Tahniah buat para pemain yang telah bermain dengan bersungguh-sungguh. Syabas buat para pemenang!

Sewaktu rehat, para peserta karnival telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SKTPP dengan dibantu oleh para Sahabat PPDa yang bertugas. Semoga maklumat yang diterima hasil lawatan ringkas ini dapat menanamkan sikap Benci DARVIH dalam sanubari murid-murid tersebut dan seterusnya memanjangkan kepada rakan-rakan dan guru-guru di sekolah masing-masing.

Akhir kalam SKTPP ingin memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang penganjuran karnival ini. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Hj. Anuar; Penolong Pengarah Kanan Unit PPDa JPN Selangor.  yang sudi melapangkan masa merasmikan karnival kami ini. Terima kasih buat Unit PPDa dan Unit Sukan PPD Sepang, PIBG serta sekolah-sekolah yang menyertai karnival kali ini. Ada rezeki kita jumpa lagi pada masa depan.

Lagi laporan Karnival Bola Depak PPDa Daerah Sepang dalam blog SKTPP di sini.

Pendaftaran dan Perlawanan





















Lawatan ke Bilik Sumber PPDa














 Sesi penyampaian hadiah














Hingga berjumpa lagi dalam karnival akan datang. Hidup Cergas Tanpa DARVIH!