Friday, 21 September 2018

Program Sekolah Bebas Dadah Bersama AADK Negeri Selangor di SKTPP

Program Sekolah Bebas Dadah bersama AADK Negeri Selangor di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh        : 21 September 2018
Masa          : 10.00 a.m – 11.50 a.m
Tempat      : Dewan Perdana SKTPP

Seiring dengan matlamat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan pelajar bebas pengaruh dadah, maka SKTPP juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Sekolah Bebas Dadah di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Program Sekolah Bebas Dadah ini bermatlamat mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar daripada terjebak dengan penagihan dadah. Program ini juga turut diselitkan dengan soalan-soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta membimbing murid-murid supaya sedar bahawa dadah boleh menjejaskan masa hadapan mereka.
Dr. Catheryn Michele Hockaday, Pensyarah dari Iowa State University pakar dalam bidang pencegahan dadah untuk keluarga dan komuniti telah hadir sebagai tetamu khas dan penampilan istimewa ke Program Sekolah Bebas Dadah. Ucapan beliau dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program Sekolah Bebas Dadah yang akan dilaksanakan di SKTPP. Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari AADK Negeri Selangor. Mereka mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah menyahut seruan KPM dan merealisasikan hasrat AADK untuk memerangi dadah dan menjadikan sekolah zon bebas dari dadah dengan penuh komitmen
Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali turut memberi ucapan dan peringatan kepada pelajar  supaya sentiasa mengambil iktibar dari pelaksanaan Program Sekolah Bebas Dadah di SKTPP dengan menghayati nilai agama dan moral kerana inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Beliau juga dalam ucapannya memberitahu bahawa SKTPP sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak AADK bagi memastikan para pelajar di sekolah tidak terjebak dengan gejala penagihan dadah serta DARVIH. Selesai program di dewan, para tetamu bersama pihak pentadbir sekolah SKTPP telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa.  Semoga anak-anak murid menjauhi DARVIH secara serius dan keseluruhannya!!

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung:



Ucapan pengerusi majlis, Puan Nor Arzah

Sesi besama murid-murid


Ucapan Guru Besar

Ceramah oleh pegawai AADK




Dr. Catheryn Michele Hockaday bersama murid-murid
 
Menandatangani autograf  'para peminat'

Tetamu-tetamu khas melawat Bilik Sumber PPDa

Dr. Catheryn Michele Hockaday melawat Bilik Sumber PPDa





Para Sahabat PPDa merakam kenangan bersama tetamu istimewa

Guru besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali bersama
Dr. Catheryn Michele Hockaday dan Dr. Salina; pegawai AADK Negeri Selangor



Kami Benci Dadah

Thursday, 6 September 2018

GB SKTPP Ditemubual Selangor FM

Pengalaman ditemubual dj Shela di konti Radio Selangor FM, Angkasapuri sangat mengujakan Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd. Ali...
Slot Aspirasi Negeriku : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung - Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Peringkat Sekolah bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) AADK Negeri Selangor; Pn. Siti Azura Mohd. Saad.
   Semoga segala perkongsian yang dizahirkan dapat memberi lebih pencerahan dan motivasi kepada para pendengar Selangor FM. Diharapkan juga lebih banyak sekolah akan melaksanakan program PPDa dengan serius dan bertenaga demi melahirkan generasi bebas dadah sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM..











Terima kasih AADK

Tuesday, 4 September 2018

GB SKTPP on air @ Selangor FM

Jom dengarkan Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali bersiaran di Selangor FM pada hari Khamis 6 September 2018 jam 10.15 - 10.45 pagi...