Wednesday 13 October 2021

Lagi Hadiah Untuk Peserta Aktif Program PINTAR Dan Cenderamata Untuk Sekolah

Alhamdulillah...... ada lagi rezeki untuk anak-anak SKTPP. Pagi ini Guru Besar telah menerima 15 hadiah untuk peserta aktif dan cenderamata untuk sekolah. Terima kasih kepada pihak AADK Sepang kerana memilih SKTPP sebagai salah sebuah sekolah dalam program PINTAR ini. Pada hemat saya program ini sangatlah bagus dalam membina jati diri murid-murid. KEEP IT UP!!

Sesi beramah mesra dan berkongsi info tentang isu semasa

En Zainal (Ketua Unit Pencegahan) mengisi buku pelawat bukti kehadiran

Guru Besar menerima hadiah murid aktif dan cenderamata untuk sekolah dengan diiringi YDP PIBG

Kami BENCI DADAH👎👎👎

Hadiah untuk peserta aktif

Cenderamata untuk sekolah

Wednesday 6 October 2021

Sijil dan Hadiah Pemenang Program Pintar AADK

Guru Besar & PK HEM bersama Cikgu Juli menerima sijil-sijil Program Pintar dan hadiah pemenang kuiz kahoot daripada pihak AADK. Tahniah Kihara atas kejayaan! Terima kasih AADK. SKTPP Benci Dadah👎👎👎




Sijil-sijil penyertaan untuk murid-murid yang menyertai Program Pintar AADK yang lalu

Syabas Kihara!