Tuesday, 28 February 2017

Memasang Banner Di Pagar Padang

Bagi memeriahkan lagi kesan halo PPDa, guru-guru dan murid-murid memasang banner merupai mural di pagar sekeliling padang sekolah. Ia secara langsung sebagai hebahan kepada warga sekolah akan bahaya DARVIH yang patut dijauhi demi sebuah generasi yang sihat dan cergas tanpa DARVIH. Sambil murid bersukan diharapkan mereka akan diterapkan dengan mesej Benci Dadah Alkohol Rokok Vape Inhalan HIV/AIDS...









Monday, 27 February 2017

Mesyuarat JK Sambutan Penghakiman PPDa Kebangsaan

Meskipun tarikh belum diperolehi namun bahangnya kian terasa.
Meskipun sekolah sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti namun kena cari masa juga untuk membuat persiapan.
Meskipun murid dan Sahabat PPDa belum cukup bersedia namun mereka perlu digerakkan.
Meskipun masa terlalu cemburu namun semangat mengatasi segala-galanya.
Meskipun hari-hari ada saja mesyuarat dan taklimat diadakan, Mesyuarat AJK Sambutan Penghakiman PPDa peringkat kebangsaan tetap mengambil tempat.
Terima kasih semua guru atas komitmen. "Kita Cemerlang Tanpa DARVIH!"






Thursday, 23 February 2017

Mesyuarat JKPD Bil. 1/2017

Selaku Ahli Jawatankusa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sepang, Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali telah dijemput menghadiri Mesyuarat JKPD Bil. 1 / 2017 di Pejabat AADK Daerah Sepang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Belia Daerah Sepang; En. Mohd. Rusydan dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai AADK Daerah Sepang diketuai Ketua Pegawai AADK Sepang Pn. Farrah Fadiah serta ahli-ahli JKPD yang lain yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan dan NGO seperti Pemadam, Rela, IPGM dan Kemas. Turut hadir ialah pegawai AADK Negeri; En. Azrul.
   Ahli mesyuarat telah mengimbas kembali program-program JKPD tahun lepas serta merangka dan membincangkan program-program untuk tahun 2017. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna demi melahirkan sebuah generasi Bebas Dadah seperti yang dihasratkan..















Program Ceramah dan Pameran Antidadah

Tarikh  : 23 Februari 2017, Khamis
Masa    : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP & Bilik RBT


     Pada 23 Februari 2017, Unit Bimbingan dan Kaunseling  dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah menganjurkan Program Ceramah dan Pameran Antidadah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.  Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Sepang iaitu Pn. CT Ashlida (sesi pagi) dan Encik Bobby Voo (sesi petang) khusus untuk murid-murid tahun 5 dan tahun 3. 
       Manakala murid-murid tahun 1, 2, 4, 6, prasekolah dan PPKI telah diberi peluang untuk melawat pameran di bilik RBT, SK Taman Putra Perdana. Melalui pameran ini, murid-murid dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah. 
    Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan murid berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah. Murid-murid diberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah, bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah. Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung : 




Penceramah : Encik Bobby Voo


 Bahan-bahan yang dipamerkan

Sijil Penghargaan untuk penceramah jemputan 


 Cenderamata untuk penceramah jemputan : Pn. Ct Ashlida



Ceramah Antidadah


 

Pameran Antidadah 

Wednesday, 22 February 2017

Jaulah Imtiyaz 3.0 Merentasi PPDa

Tahniah buat murid-murid cemerlang Bahasa Arab yang telah terpilih mengikuti lawatan dalam siri program tahunan Panitia Bahasa Arab buat kali ke-3 tahun ini iaitu Jaulah Imtiyaz 3.0. Sasaran lawatan kali ini adalah sekitar Shah Alam dan Damansara. Alhamdulillah sambil menimba ilmu, anak-anak murid cemerlang ini telah menghebahkan mesej Benci DARVIH dengan bergambar sambil menunjukkan jari ke bawah👎👎👎 di setiap tempat yang dilawati. Syabas juga buat para ustaz dan ustazah yang tidak jemu-jemu melaksanakan tugas yang diamanahkan baik dalam bentuk akademik, sahsiah maupun kokurikulum yang terangkum dalam aktiviti jaulah ini. Terima kasih juga buat Tuan Sheikh Abdul Karim Al Makki; Imam Besar Masjid Negeri yang sudi menerima rombongan kami dan pengurus tempat-tempat yang dilawati...
"Cemerlang Tanpa DARVIH"
(Lagi gambar-gambar dan laporan jaulah dalam blog SKTPP, sila klik di sini)





Thursday, 16 February 2017

Program 5 Minit Antidadah Bulan Februari 2017

Sesi Pagi

Nama  : Maanic Hamarays A/L Marimuthu
Kelas   : 6 Zuhal
Tarikh   :14 Februari 2017

Sesi Petang

Nama  : Aaqil Miqhail Tamimi bin Abdul
Kelas   : 3 Vanadium
Tarikh   :14 Februari 2017


TAJUK: FAKTOR-FAKTOR MENDORONG PENGAMBILAN ALKOHOL

Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuk:

i) 
Mudah diperolehi :

Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii) Pengiklanan

Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.

iii) Pengaruh rakan sebaya

Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya.Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.

iv)  Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga

Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

v)  Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.