Friday 27 January 2017

PPDa @ Kantin

Kantin juga tidak kurang rancak hebahan Bebas Dadahnya. Poster yang ditampal di kaunter kantin sangat menarik. Terima kasih buat pengusaha kantin atas kerjasama. Semoga murid-murid akan tetap bersemangat menjauhi DARVIH walaupun ketika menikmati makanan semasa rehat..



Program 5 Minit Antidadah Bulan Januari 2017

Sesi Pagi
Nama    : Nurul Izaati Binti Rosdi 
Kelas    : 6 Utarid
Tarikh   : 17 Januari 2017

Sesi Petang 
Nama    : Hadif Syafiq bin Hisham 
Kelas    :  3 Vanadium
Tarikh   : 17 Januari 2017

TAJUK : DEFINISI DADAH

Apakah itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.



Tuesday 24 January 2017

Mesyuarat AJK Pelaksana dan Bilik Sumber PPDa Bil. 1 / 2017

Mesyuarat AJK Pelaksana dan Bilik Sumber PPDa buat kali pertama tahun 2017 telah diadakan pada 24.1.2017 dengan dihadiri semua ketua terminal, sudut dan unit PPDa. Pn. Nor Arzah selaku Penyelaras telah membentangkan senarai AJK terkini berserta spesifikasi tugas setiap AJK untuk makluman dan tindakan bersama.
   Ketua-ketua telah memberi serba sedikit laporan perkembangan unit masing-masing dan memaklumkan perancangan serta keperluan masing-masing bagi memantapkan lagi persiapan untuk menghadapi penghakiman yang bakal berlangsung pada bulan Mac nanti. Alhamdulillah jelas semua telah bersiap siaga untuk berjuang ke arah kejayaan yang diimpi-impikan. Semoga usaha murni yang bersepadu ini mendapat keberkatan dariNya demi melahirkan sebuah negara yang bersih DARVIH. Amiinn....







Perbezaan Di antara Ubat dan Dadah

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut;

BIL
UBAT
DADAH



1)



Ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit.


Dadah tidak bersifat sedemikian.




2)

Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk.  Kesan ini akan hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan.

Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan walaupun pengambilan dan penggunaanya dihentikan.




3)

Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda seseorang yang menggunakannya.


Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda seseorang.  Oleh itu, Dadah dikenali sebagai bahan psikoatif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.