- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Sunday, 30 August 2015
Friday, 21 August 2015
Sumbangan Skybook
Terima kasih buat Syarikat Skybook atas sumbangan board perspek untuk kegunaan Bilik Sumber PPDa. Sesungguhnya sumbangan tersebut banyak gunanya dalam kami mempersiapkan Bilik PPDa kami..
Thursday, 20 August 2015
Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 12)
Tajuk : Rokok Elektronik
Nama Sahabat PPDa
:
Yana bt Norazmi (6 Wira)
Nurul Hanis Firzanah Mohd Yusof (3 Pediatrik)
Tarikh : 20 Ogos 2015
Isi-isi info :
Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna,
rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok
rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan
juga tidak meninggalkan abu.
Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini , sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka
Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini , sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka
Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi
- Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin.
-Apabila
pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran
udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan
mencampurkan nikotin cair dan udara.
-
Hasilnya, penghisap rokok
elektronik akan mendapat dos
nikotin yang diperlukan.
-
Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh
kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon
Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor
juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang
terbakar ketika dihisap.
Wednesday, 19 August 2015
Perbincangan dengan Boss Istana Bambu
Sekolah telah berkolaborasi dengan Syarikat Istana Bambu untuk membantu membuat lukisan 3D bagi menceriakan Bilik Sumber PPDa kami. Perbincangan bersama boss Istana Bambu; En. Mior telah memberikan harapan dan banyak idea berkaitan dengan lukisan dan program bersama pada masa depan. Semoga segala harapan kami menjadi kenyataan...
Monday, 17 August 2015
Guru-guru Praktikum Membantu Melukis Mural
Terima kasih kepada guru-guru praktikum prasekolah yang telah sudi melukis mural PPDa di dinding sekolah. Jasa dan budi baik kalian sangat kami hargai..
Hasilnya :
Terima kasih adik-adik guru praktikum..
Hasilnya :
Friday, 14 August 2015
PPDa @ Malam Gema Selawat
Selesai sudah Malam Gema Selawat SKTPP 2015 yang telah berjalan dengan lancar & jayanya berkat kerjasama semua pihak. Malam Gema Selawat ini merupakan program anjuran PIBG yang diadakan sempena pelancaran wakaf surau dan sumbangan pembangunan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mutalib bin Tomran; Timbalan PPD Sepang yang telah merasmikan majlis.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir yang sudi hadir bersama pasukan dan bahan pamerannya. Sesungguhnya kolaborasi ini sangat bermakna bagi memantapkan lagi hubungan antara sekolah dan AADK demi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah kepada anak-anak murid dan seluruh warga sekolah. Jom tengok penglibatan pihak AADK pada malam itu..
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn. Farrah Fadiah binti Mohd. Nasir - Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang yang sudi hadir memeriahkan majlis kami malam ini. Jasa dan budi puan tak mungkin kami lupakan...
Lagi laporan Malam Gema Selawat SKTPP dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG SKTPP di sini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir yang sudi hadir bersama pasukan dan bahan pamerannya. Sesungguhnya kolaborasi ini sangat bermakna bagi memantapkan lagi hubungan antara sekolah dan AADK demi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah kepada anak-anak murid dan seluruh warga sekolah. Jom tengok penglibatan pihak AADK pada malam itu..
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn. Farrah Fadiah binti Mohd. Nasir - Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang yang sudi hadir memeriahkan majlis kami malam ini. Jasa dan budi puan tak mungkin kami lupakan...
Lagi laporan Malam Gema Selawat SKTPP dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG SKTPP di sini.
Diskusi Mural 3D Bilik Sumber PPDa
Wednesday, 12 August 2015
Penyebaran Visi & Misi PPDa di Petrosains
Syabas kepada Sahabat PPDa SK Taman Putra Perdana kerana mengambil peluang daripada aktiviti sekolah dalam menyebar luas Visi & Misi PPDa. Kumpulan ini ke Petrosains pada 12 Ogos 2015 (Rabu).
Penyebaran Visi & Misi telah dijalankan dengan memberi bookmark PPDa kepada pengunjung dan kakitangan Petrosains.
Penyebaran Visi & Misi telah dijalankan dengan memberi bookmark PPDa kepada pengunjung dan kakitangan Petrosains.
SKTPP Benci DARIH
Monday, 10 August 2015
Penyebaran Visi & Misi PPDa di kelas
Penyebaran Visi & Misi PPDa semakin rancak dijalankan kepada seluruh warga SKTPP. Kesempatan menggantikan guru yang tiada di sekolah, saya mengambil peluang untuk menyebarkan Visi & Misi ini secara kelompok di dalam kelas.
Murid-murid diperkenalkan sekali lagi dengan apa itu PPDa, DARIH, Visi & Misi PPDa. Walaubagaimanapun mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada, namun saya cuba untuk menerangkan kembali supaya murid-murid lebih jelas dengan PPDa.
Tarikh : 3 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 4.40 - 5.40 0petang
Kelas : 2 Canang
|
Tarikh : 10 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 5.10 - 6.10 petang
Kelas : 3 Respiratori
"1Malaysia Membanteras Dadah"
Thursday, 6 August 2015
PPDa @ The Champion
Peserta The Champion melontarkan slogan kami Benci DARIH semasa majlis penyampaian cenderamata kepada murid yang meningkat dalam prestasinya.
SKTPP Benci DARIH
Tuesday, 4 August 2015
Monday, 3 August 2015
Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 11)
Tajuk : Faedah tidak merokok
Nama Sahabat PPDa
:
Siti Nur Arfamisa bt Arfan ( 6
Viva)
Nur
Alin Syazani Mohd Radhi (3 Respiratori)
Tarikh : 3 Ogos
2015
Isi-isi info :
* Panjang umur – Satu dari
dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok
membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan daripada bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50
daripadanya boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit – Hampir
40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung,
penyakit paru-paru yang kronik, strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut
adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat
* Mencegah daripada
mendatangkan keburukan kepada orang lain
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau
dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok
* Puntung rokok
dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Majlis Rumah Terbuka AADK Sepang
Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK Daerah Sepang atas kesudian menjemput Guru Besar & guru-guru Setiausaha PPDa SKTPP ke Majlis Ukhwah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pejabat AADK Sepang. Semoga silaturrahim antara sekolah dan AADK akan lebih rapat demi membanteras masalah dadah...
Subscribe to:
Posts (Atom)