Friday, 30 September 2016

Kajian Tindakan PPDa 2016

Empat tajuk Kajian Tindakan telah dijalankan berkaitan program PPDa bagi memenuhi kriteria instrumen penilaian bagi pertandingan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan 2017. Tajuk kajian tindakan yang telah dijalankan adalah:

1.         Pengaruh dan penglibatan inhalan dalam kalangan murid tahun 6.
2.         Pengaruh vape dalam kalangan murid tahap 2.
3.         Pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dalam kalangan murid tahun 6.
4.         Pengetahuan dadah dalam kalangan murid tahap 2.

Edaran soalan soal selidik dan penerangan cara menjawab soalan soal selidik kepada murid-murid telah dijalankan pada bulan April 2016.
Hasil daripada Kajian Tindakan yang diperoleh adalah seperti berikut:

   Kajian 1 – Tajuk: Pengaruh dan penglibatan inhalan dalam kalangan murid tahun 6.
-          Hasil dapatan kajian. 
        A)   Saya tahu apa itu Inhalan.
              Graf 1A  menunjukkan bilangan responden yang mengetahui berkaitan inhalan dan bahan-bahannya. Responden yang mengetahui apa itu inhalan. seramai 25 orang (90%) daripada 30 orang responden. Manakala responden yang tidak mengetahui apa itu PPDa adalah seramai 5 orang (10%). Ini bermakna inhalan dalam  kalangan murid tahun 6 sekolah ini memang dalam pengetahuan mereka.
       B) Saya tahu cara bagaimana untuk mendapatkan bahan inhalan.
Graf 1B adalah untuk mengetahui jumlah respoden yang tahu kedudukan lokasi  di sekolah mereka iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor untuk mendapatkan bahan inhalan. Seramai 10 orang (33.3%) daripada 30 orang responden tahu manakala 20 orang (66.7%) tidak tahu kedudukan lokasi untuk mendapatkan bekalan inhalan di sekolah sendiri. Ini bermakna ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi mendapatkan bekalan seterusnya dapat membanteras gejala ini dari terus menular dalam kalangan murid sekolah kita.
  
     Kajian 2 – Tajuk: Pengaruh vape dalam kalangan murid tahap 2.



A) Saya tahu apa itu vape.




Graf 2A menunjukkan bilangan responden yang mengetahui vape secara umum. Graf menunjukkan bahawa kesemua responden mengetahui tentang vape. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun vape adalah sesuatu yang agak baru namun maklumat tentangnya telah diketahui umum termasuklah golongan murid tahap dua. Ini juga menunjukkan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah didapati berkesan dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran terhadap bahaya budaya menghisap vape ini.

B) Saya tahu keburukan menghisap vape.
           


  



Graf 2B adalah untuk mengetahui sejauh mana responden sedar akan keburukan menghisap vape. 27 orang (96.4%) daripada mereka didapati menyatakan ya untuk soalan ini dan ini merupakan hal yang baik kerana dengan menyedari akan bahaya rokok elektronik, mereka akan menjauhi daripada mencuba untuk menghisapnya.

Kajian 3 – Tajuk: Pengetahuan dan Pembabitan Berkaitan Rokok Dalam Kalangan Murid Lelaki
      A)   Saya tahu apa itu rokok.
Graf 3A menunjukkan bilangan responden yang mengetahui berkaitan rokok termasuk kandungannya. Responden yang mengetahui apa itu rokok seramai 30 orang (100%) daripada 30 orang responden. Manakala responden yang tidak mengetahui apa itu rokok adalah seramai 0 orang (0%). Ini bermakna rokok dalam  kalangan murid tahun 6 sekolah ini memang dalam pengetahuan mereka.
       B)   Saya tahu lokasi untuk mendapatkan bekalan rokok.
         Graf 3B adalah untuk mengetahui jumlah respoden yang tahu kedudukan lokasi  di sekolah mereka iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor untuk mendapatkan bekalan rokok. Seramai 13 orang (43.3%) daripada 30 orang responden tahu manakala 17 orang (56.7%) tidak tahu kedudukan lokasi untuk mendapatkan bekalan rokok di sekolah sendiri. Ini bermakna ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi mendapatkan bekalan seterusnya dapat membanteras gejala ini daripada terus menular dalam kalangan murid sekolah kita.

Kajian 4 – Tajuk: Pengetahuan dadah dalam kalangan murid tahap 2.
     A)   Saya tahu apa itu dadah.

Graf 4A menunjukkan tentang pengetahuan asas responden mengenai dadah.Semua responden mengetahui apa itu dadah. Ini bermakna program pencegahan dadah di sekolah berjaya disampaikan kepada kumpulan sasaran.
B)   Saya tahu bahaya penyalahgunaan dadah.    
Graf 4B adalah untuk mengetahui jumlah responden yang tahu mengenai bahaya dadah. Seramai 33 orang (87.5%) daripada 40 orang responden mengetahui akan bahaya dadah, manakala 5 orang (12.5%) tidak tahu.

Sebaran hasil Kajian Tindakan PPDa telah dibuat kepada semua murid dan hasil kajian tindakan juga telah dipaparkan di dalam Bilik Sumber PPDa.
Sebaran kajian tindakan PPDa kepada murid




Sebaran kajian tindakan PPDa di Bilik Sumber PPDa

DISEDIAKAN OLEH: PN. HASLIZA BINTI SAID

Lanskap Baru Tapak Perhimpunan

Terima kasih buat guru-guru dan murid-murid yang telah mengecat baru tapak perhimpunan sekolah dengan kesan halo Benci DARVIH yang lebih segar. Semoga anak-anak murid, warga sekolah dan pelawat-pelawat akan lebih bersemangat memerangi dadah dan DARVIH..










Sunday, 25 September 2016

PPDa Merentas Benua @ Padang / Bukittinggi

Mengambil kesempatan bercuti di Padang / Bukittinggi, Indonesia pada 22 hingga 25 September 2016, Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bersama rakan-rakan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang serta ahli rombongan telah menghebahkan mesej Benci Dadah dan DARVIH di sana. Bahkan guru-guru dsn murid-murid di sekolah yang dilawati turut sama memberi kerjasama dengan bergambar dengan menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan membanteras dadah. Rakyat Indonesia juga sama-sama giat memerangi dadah dengan istilah "Anti Narkoba".







Friday, 23 September 2016

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah

Objektif aktiviti ini adalah seperti berikut:
  • Memberi maklumat berkaitan bahaya penyalahgunan dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS serta perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menghindari aktiviti yang tidak sihat.
  • Mengingatkan semua warga sekolah tentang Visi dan Misi PPDa.
  • Menanam perasaan cinta dan sayangi diri di kalangan murid-murid serta guru, seterusnya melahirkan warga yang bebas dari dadah.
  • Mewujudkan kerjasama semua warga sekolah dalam memerangi D.A.R.V.I.H.


Aktiviti-aktiviti telah dijalankan seperti ketetapan di bawah:-

Pertandingan Buku Skrap PPDa
Tarikh : 11 April 2016 (Isnin)
Masa  : 2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Dewan Putra
Murid yang terlibat: Semua murid tahap 2


Pertandingan Kuiz DARVIH
Tarikh : 28 Julai 2016 (Khamis)
Masa  : 2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahap 1


 Pertandingan Mewarna PPDa
Tarikh : 12 Ogos 2016 (Jumaat)
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahun 3







Pertandingan Melukis Poster
Tarikh : 1 September 2016 (Khamis)
Masa  : 8:00 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahun 4 & 5
  











 Pertandingan Diorama
Tarikh : 22 September 2016 (Khamis)
Masa  : 8:30 pagi hingga 9:30 pagi
Tempat: Kelas masing-masing

Murid yang terlibat: Semua murid tahun 6