Thursday, 20 February 2014

Lawatan penanda arasan PPDa ke SKKW dan SKJH

Pada 19 Februari 2014, Guru Besar, GPK HEM, guru-guru Bimbingan & Kaunseling serta beberapa orang guru AJK PPDa SKTPP telah menyertai program lawatan penanda arasan bersama rombongan SK Methodist Sg. Pelek (SKMSP) ke SK Kota Warisan (SKKW) dan SK Jenderam Hilir (SKJH). SK Kota Warisan merupakan Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2013 dan akan mewakili negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan pada bulan September 2014 ini nanti. Manakala SK Jenderam Hilir pula meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Laluan PPDa peringkat Negeri Selangor 2013.

 GB SKTPP bersama GB SKKW dan SKMSP
GB dan GPK HEM SKTPP di dalam Bilik Sumber PPDa SKJH
Lagi laporan lanjut dan gambar-gambar lawatan penanda arasan di blog GB di sini

Tuesday, 18 February 2014

Apa itu PPDa?

Pada 8 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan, Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MANDAT
Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” . Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan  dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.                                                 1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.                                                                                                                                  2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006 - Menangani masalah kesihatan.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979 - Laporan murid-murid dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan pertolongan.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986 - Penyalahgunaan inhalan
5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997 - Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995 - Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984 - Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983 - Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983 - Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995 - Petikan dari akta dadah berbahaya.

12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975 - Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975 - Disiplin murid-murid menghisap rokok


MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
”Sekolah Bebas Dadah 
Negara Bebas Dadah 2015”.

 RASIONAL 
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.