Monday 25 August 2014

PPDa @ Surabaya

Gambar kenangan Pengetua & Guru Besar Daerah Sepang bersama Kepala Sekolah & guru-guru SMK Negeri 7 Surabaya, Indonesia
Kawasan bebas rokok


 Semangat Benci Dadah sampai ke seberang
Di Muzium Haiwan yang sangat mengujakan

Laporan lanjut lawatan ke Surabaya di sini.

Kuiz Uji Minda DARIH 2014

Tarikh Pelaksanaan:
Sesi pagi - 12 Ogos 2014 (Selasa)
Sesi petang - 22 Ogos 2014 (Jumaat)

Masa:
5 hingga 10 minit sebelum murid masuk ke kelas.

Objektif Program:
1) Menguji tahap kefahaman dan pengetahuan murid tentang Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV / Aids (DARIH).
2) Meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.

Kuiz Sesi Pagi :





Kuiz Sesi Petang :



Thursday 21 August 2014

Aktiviti murid di Bilik PPDa

Tajuk: Dadah : Cegah Sebelum Terjebak
Tarikh: 21 Ogos 2014 (Khamis)
Masa: 9.50 pagi hingga 10.50 pagi (1 jam)
Sasaran: Semua murid kelas 4 Sigma

Objektif: Murid dapat:
               1.   Membentuk tingkahlaku yang baik
               2.   Menyatakan rasa benci terhadap dadah

 Salah seorang murid 4 Sigma sedang menulis kehadiran di dalam Buku Aktiviti Bilik Sumber PPDa

 Murid membuat lawatan di dalam Bilik Sumber PPDa

 Murid tekun mendengar penerangan daripada guru tentang bahaya penyalahgunaan dadah

Murid-murid bersemangat menjawab soalan daripada guru

 Kami Benci Dadah

Wednesday 20 August 2014

Lawatan pemantau j-QAF ke Bilik Sumber PPDa

Sempena pemantauan pasukan pemantau j-QAF di SKTPP, para pegawai j-QAF tersebut telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terima kasih atas kesudian tuan/puan..

 Syukran

Monday 18 August 2014

Tangga membawa mesej Bahaya Rokok

Begitulah seorang guru - tangga dihias sebegitu kreatif

Program Lima Minit Dadah

Tajuk : Bahaya Ganja
Disampaikan oleh En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim

1. Ganja atau nama saintifiknya adalah Cannabis Sativa merupakan tumbuhan yang didapati          tumbuh meliar di banyak tempat.
2.Terdapat beberapa jenis ganja misalnya kanabis herba, resin getah kanabis dan minyak     
   hashish.
3.Pengambilan ganja boleh mengakibatkan kesan kepada organ di dalam badan misalnya   
   paru-paru, otak, jantung, hati dan organ pembiakan.

         i) Paru-paru          : Radang paru-paru,barah paru-paru, sakit dada dan lelah
         ii) Bahagian otak  : Kurang daya kawalan keseimbangan, kurang daya ingatan, mudah                                                 marah dan gila
         iii) Jantung            : Kadar denyutan meningkat, mengubah fungsi jantung dan aliran darah                                           terjejas
         iv) Hati                  : Menekan pengeluaran enzim dalam hati
         v) Organ pembiakan : Ketidakseimbangan hormon



Murid-murid fokus mendengar penerangan oleh Cikgu Roswandy
Cikgu Roswandy menyampaikan maklumat berkaitan dadah

Monday 11 August 2014

Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah

MASALAH dadah masih lagi merupakan musuh utama negara, terutamanya kepada remaja yang menjadi aset modal insan. Dadah juga adalah musuh utama kepada setiap ahli masyarakat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia ini.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab warga pendidik untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam semua aspek berkenaan pembanterasan penyalahgunaan dadah.  Menyedari tanggungjawab tersebut, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah menganjurkan Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah pada 11 Ogos 2014, Isnin,  hasil kolaborasi dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur bertempat di padang sekolah. 

Kerjasama ini diharapkan mampu memberi pengalaman baru kepada seluruh warga sekolah tentang kejayaan Unit K9 dalam memastikan masyarakat bebas dari jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
Penjelasan tugas Unit K9
Demonstrasi penurutan arahan
Demonstrasi pengesanan dadah jenis Heroin
Demonstrasi pengesanan dadah jenis Ganja

Tanggungjawab Unit K9

Tanggungjawab PDRM adalah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan. Sebahagian besar peranan itu dimainkan oleh Unit K9 PDRM. Walaupun fungsi utama Unit K9 adalah untuk membantu dalam mengesan jejak penjenayah dan mencari barang bukti bagi mengukuhkan penyiasatan, anjing Unit K9 juga sering ditugaskan untuk menjaga keamanan ketika rusuhan, demonstrasi serta perlawanan bola sepak. Anjing dalam Unit K9 terdiri daripada Anjing Serbaguna (GPD), Anjing Pengesan Narkotik, Anjing Pengesan Bahan Letupan dan Senjata Api serta yang terkini Anjing Cadaver yang berkebolehan mengesan mayat sama ada yang ditanam atau tenggelam di dalam air.

Aturan pelajar-pelajar

Penjelasan oleh Sarjan

Pegawai menunjukkan cara anjing menurut arahan

Pengesanan dadah

Telah mengesan dadah jenis Heroin

Sampul surat untuk tujuan pengesanan dadah

Telah mengesan dadah jenis Ganja

Cenderamata

Penjelasan oleh pegawai

Guru-guru bersama Unit K9