Thursday 22 October 2015

Majlis Jasamu Dikenang PPDa oleh PPD Sepang

Terima kasih buat PPD Sepang atas penganjuran Majlis Jasamu Dikenang di Palace Of The Golden Horses, Mines Sri Kembangan. Penaung majlis ini ialah Tn. Hj. Helmy bin Arshad; YDP PIBG SK Taman Seroja. Selamat Hari Lahir buat Tn. Hj. Helmy...
 Tujuan majlis ini adalah untuk menghargai agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang banyak membantu dan menyokong program PPDa di sekolah-sekolah. Turut dihargai adalah GB, guru-guru PPDa dan YDP serta NYDP PIBG 3 buah sekolah yang aktif di daerah Sepang ini dalam menganjurkan program-program PPDa iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Kota Warisan dan SK Taman Seroja.
 Terima kasih semua. Jasa baik kalian takkan kami lupakan..

















Saturday 17 October 2015

Kemeriahan Karnival DARIH

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan Karnival DARIH 2015 iaitu;
~ Penganjur :
PPD Sepang, AADK Daerah Sepang, PIBG SKTPP, MZY Skytrue Pro
~ Pameran :
AADK Daerah Sepang, IPD Sepang, Kastam Daerah Sepang dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
~ Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sekolah-sekolah Daerah Sepang
~ Ibu bapa & murid-murid SKTPP
~ Masyarakat setempat
~ Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran karnival peringkat daerah ini. Tahniah semua!

"KAMI CERIA DAN SIHAT TANPA DADAH"
































Ikuti laporan Karnival DARIH dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG SKTPP di sini.

Friday 16 October 2015

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Sepang

Syukur alhamdulillah SKTPP telah menerima 2 anugerah semasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Sepang di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) 2015. Majlis yang diadakan di ILIM, Bangi ini telah disempurnakan oleh YB Senator Hjh. Azizah bt. Hj. Harun, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita Umno Bahagian Sepang. Tahniah buat semua murid, guru, staf, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas kecemerlangan ini. Semoga ia akan memberi lebih semangat kepada warga sekolah untuk meningkatkan komitmen membentuk generasi bebas Dadah dan DARIH...











Kita Berjaya Tanpa DARIH