Tuesday, 30 January 2018

Lawatan Penanda Arasan Bilik Sumber PPDa oleh SK (F) Bukit Puchong, Triang

Kali pertama hari ini kami menerima pelawat dari Negeri Pahang. Kesungguhan mereka dalam mencapai misi ke peringkat kebangsaan terbukti. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu rombongan ini tetap sampai dengan selamatnya.

Kehadiran mereka kami sambut seperti pelawat-pelawat yang lain juga, namun sedikit yang membezakan ialah kenangan "pokok kelapa" telah diabadikan di SK Taman Putra Perdana. Pokok kelapa merupakan trademark bagi SK (Felda) Bukit Puchong, Triang. Rombongan ini hadir seramai 7 orang yang diketuai oleh Pn Falziah bt Mohammad (GPK HEM). 

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG) yang turut hadir dalam sesi lawatan ini. Komitmen Tn Hj Khairul Azhar sangat-sangat kami hargai.

Harapan kami agar lawatan ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan SKFBP akan berjaya dalam perjuangan kebangsaan tahun ini. Insyaa Allah...

Sila ikuti laporan dan gambar-gambar lawatan yang sama dalam blog SKTPP (sila klik di sini).


Bergambar kenangan di Dermaga Minda

Ucapan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian (YDP PIBG SKTPP), Pn Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) dan Pn Falziah bt Mohamad (GPK HEM SK (F) BKT Puchong)

Semasa di Terminal Muafakat
Tayangan video korprat
Penyerahan sijil dan cenderamata

Lawatan ke Bilik Sumber PPDa

Lagi...bergambar kenangan di Ujana Ilmu dan Thumb Down Benci DARVIH

Semakan fail PPDa di Bilik Bimbingan & Kaunseling
 
Hadiah vs Kenangan daripada warga SK (F) Bkt Puchong
Guru Besar menanam kelapa mantaq .....panjang umur boleh merasa. Terima kasih

Saturday, 27 January 2018

IMFree @ AGM PIBG

Hari ini, kali pertama pengedaran bookmark IMFree dibuat. Sebanyak 88 keping bookmark yang mengandungi mesej berkaitan bahaya rokok diedarkan kepada jemputan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14.

Bookmark diedarkan semasa pendaftaran dibuat
Pn Nurhayu bt Kamarudin bersama-sama guru SKTPP menunjukkan simbol IMFree
Tuan Hj Khairul Azhar b mohammad Suffian (YDP PIBG) sentiasa komited dalam usaha sekolah melahirkan murid yang cemerlang 
Tuan Hj Arbain bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang) turut serta dalam penyebaran mesej IMFree

Wednesday, 24 January 2018

Lawatan Penanda Arasan AJK PSS 4 Sekolah

Para peserta lawatan penanda arasan Ujana Ilmu SKTPP yang terdiri daripada guru-guru AJK PSS dari SK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Datuk Abu Bakar Baginda, SK Sg. Rawang dan SK Taman Seroja telah mengambil kesempatan singgah melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga dapat mencetuskan idea & panduan dalam membangunkan program PPDa di sekolah masing-masing kelak. Terima kasih sudi melawat. Jemput datang lagi..





Monday, 15 January 2018

Majlis Pelancaran IMFree 2018

Pada 15 Januari 2018 hari Isnin telah berlangsung Majlis Pelancaran IMFree 2018 di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana dengan jayanya. Seiring dengan matlamat dan visi KPM untuk melahirkan rakyat Malaysia bebas daripada rokok dan mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025 melalui Program IMFree maka SKTPP juga mengambil inisiatif untuk melancarkan dan seterusnya melaksanakan program ini di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai.

Majlis Pelancaran IMFree ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor pada sesi pagi manakala Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali telah merasmikan Program ini pada sesi petang. Ucapan Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program IMFree yang akan dilaksanakan di SKTPP. Majlis ini telah berjalan dengan lancar pada ketetapan berikut :

Tarikh / Hari  : 15 Januari 2018 ((Isnin)
Masa                 : 8.00 sesi pagi & 1.40 sesi petang
Tempat             : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Latar Belakang IMFree

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun.  Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.

Visi Program IMFree
Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.

Matlamat Program IMFree
1) Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025.
2) Mengekalkan generasi pewaris negara yang bebas daripada pengaruh tabiat merokok.
3) Mengurangkan kadar perokok dalam kalangan remaja.
4) 95% murid yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sehingga tamat tahun 6.
5) Mempunyai jati diri yang kuat untuk mengelak daripada mencuba amalan merokok.

Antara objektif Program IMFree adalah seperti berikut: 

Objektif Umum
Membendung atau mencegah pelajar sekolah rendah daripda terlibat dengan aktiviti merokok.

Objektif Khusus

1) Memupuk persepsi negatif terhadap tingkahlaku merokok dalam kalangan kanak-kanak- sekolah   rendah.
2) Membina personaliti yang positif terhadap kanak-kanak sekolah rendah bagi menyatakan hak mereka untuk bebas dari asap rokok.
3) Memupuk nilai saling ingat-mengingati antara satu sama lain terhadap bahaya dan kesan tingkahlaku merokok.
4) Meningkatkan ilmu kanak-kanak sekolah rendah terhadap isu-isu kesihatan secara tidak langsung melalui :
a) Penyampaian maklumat yang berkesan.
b) Kecekapan sumber manusia.
c) Pengaruh sosial.
d) Kombinasi pengaruh sosial dan kecekapan.
e) Program multi-model.

Atur Cara Majlis

Sesi Pagi
7.50 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
                 Bacaan Doa 
                 Ucapan Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar)
8.00 pagi  Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor)
                 Gimik Pelancaran
                 Nyanyian lagu IMFree

Sesi Petang
1.40 ptg    Ucapan Pengerusi Majlis
                 Bacaan Doa
1.50 ptg   Ucapan Perasmian oleh Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar)
                 Gimik Pelancaran
                 Nyanyian lagu IMFree

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung : 



Ucapan Pengerusi Majlis


Ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali


Ucapan Perasmian Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar,
Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor


Gimik Pelancaran Program IMFree







Thursday, 4 January 2018

Lawatan Penceramah Dari XOG Consultancy Ke Bilik Sumber PPDa SKTPP

Hari ini Bilik Sumber PPDa telah dikunjungi oleh tetamu pertama bagi sesi 2018. Mereka adalah tetamu istimewa yang merupakan penceramah dari XOG Consultancy yang dijemput untuk memberi ceramah berkaitan Kemahiran Belajar dalam Program Maju Diri (PMD) di SKTPP.

Mereka ini terdiri dari En. Ahmad Badli bin Badaruddin, En. Fairul Iskandar bin Faizil De Souza, Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi (PU Abu) dan Cik Ain.

 Bergambar kenangan di hadapan Bilik Sumber PPDa

 Kenalkan simbol Benci DARVIH 

 Minta PU Abu sign autograf dalam Buku Pelawat Bilik Sumber PPDa

 Pn. Maimunah & Pn. Juli pun turut bergambar dengan PU Abu

En. Fairul dan tetamu lain betul-betul teruja persembahan dengan maklumat-maklumat yang ada di Bilik Sumber PPDa

Mickey Mouse & Olaf Benci DARVIH

Pada hari pertama persekolahan 2018 maskot Mickey Mouse dan Olaf telah bersama-sama guru dan AJK PIBG SKTPP menyambut kehadiran murid-murid sesi pagi dan petang. Semangat Benci Dadah sentiasa bersama walau di mana jua kami berada dan dalam apa jua aktiviti yang kami lakukan.
   Terima kasih buat Ustaz Zubair & Ustaz Ishak yang mengenakan kostum maskot pada sesi pagi serta Ustaz Hadri dan Ustaz Hariz pada sidang petang. Seronok sungguh anak-anak murid, ibu bapa dan para guru..




  Lagi laporan sambutan hari pertama persekolahan 2018 dalam blog SKTPP sila klik di di sini, di sini dan di sini.