Thursday 26 February 2015

PPDa @ perlawanan persahabatan bola sepak

Perlawanan persahabatan bola sepak antara SKTPP dengan SK Desa Pinggiran Putra dan SK Puchong Utama 2...







Monday 16 February 2015

Transformasi Bilik

Hasil pemuafakatan dan persetujuan bersama, maka bermulalah transformasi 2 buah bilik yang bertukar lokasi. Bilik Sumber PPDa menjadi Bilik Kesihatan dan Bilik Kesihatan menjadi Bilik Sumber PPDa. Semoga perubahan ini akan memberi lebih keselesaan, maklumat dan perkhidmatan yang cemerlang kepada anak-anak murid serta warga sekolah dalam usaha membanteras masalah DARIH khususnya dadah...


Bilik Kesihatan baharu bertema biru
GB bersama Guru Kesihatan - Pn. Norhamizah
Bilik Kesihatan yang akan ditukar kepada Bilik Sumber PPDa barharu
Perbincangan untuk kerja-kerja renovation
Dalam...
......dan luar bangunan
 Serius

Saturday 14 February 2015

Kursus Pemantapan Jati Diri (Pemimpin Bebas DARIH) Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua & Penolong Ketua Kelas 2015

SYABAS dan TAHNIAH kepada peserta Kursus Pemantapan Jati Diri (Pemimpin Bebas DARIH) yang berjaya menamatkan kursus pada hari ini. Seramai 198 murid yang terdiri daripada Pengawas PSS, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas hadir dan telah memberi komitmen sepanjang kursus dijalankan.

Semoga objektif kursus melahirkan pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber serta bebas daripada pengaruh DARIH tercapai.


"1Malaysia Membanteras Dadah"

Buku Program

Ceramah, taklimat dan simulasi tugas dijalankan

Perasmian penutupan oleh NYDP dan penyampaian sijil kepada peserta

Wednesday 11 February 2015

Program 5 Minit Antidadah

Tajuk                           : Pengenalan kepada rokok
Nama Sahabat PPDa : Madiah Aisyah bt Mahadir
Kelas                           : 3 Surgeri
Tarikh                          : 4 Februari 2015

Tajuk                           : Bahaya Rokok
Nama Sahabt PPDa   : Mohd Irfan Qaedi b Rushdan
Kelas                           : 3 Respiratori
Tarikh                         : 11 Februari 2015


Bahan yang terdapat di dalam rokok

1. Nikotin
2.Tar
3. Benzene
4. Metanol
5. Amonia
6. Arsenik
7. Karbon monoksida
8. Cadmium

Kesan Merokok

1. Membawa pelbagai penyakit seperti barah mulut, barahparu-paru, kerosakan tisu, strok dan lain-lain lagi

2 Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok adalah bunga kepada dadah.

3.Merokok mencemarkan alam sekitar.

4. Berlaku pembaziran kewangan.


Pembentangan oleh Sahabat PPDa





Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang 2015

Hari ini 11 Februari 2015 (Rabu) SKTPP telah menjadi tuan rumah bagi Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang buat kali pertama pada tahun ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Mohd Anuar, Pegawai Kanan PPDa, JPS. Turut hadir ialah En Zulfikri b Abu Samian (Pegawai Khas Dadah (PKD) Sepang) dan juga En Mohd Faizal (PKD Sabak Bernam)

Seramai 55 orang peserta terdiri daripada guru-guru PPDa sekolah menengah dan rendah seluruh Daerah Sepang menyertai taklimat tersebut. Perkongsian idea bersama pegawai-pegawai ini telah memberi semangat baru dalam meneruskan agenda PPDa pada tahun ini.

Selesai sesi taklimat, pegawai-pegawai PPDa PPD dan JPS tersebut telah dibawa melawat ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP. Banyak idea dan nasihat telah diperolehi hasil lawatan tersebut. Insya Allah kita akan membuat yang terbaik demi memberikan persaingan yang sihat dalam pertandingan tahun ini. 

"1Malaysia Membanteras Dadah " 
Kata-kata aluan Guru Besar SKTPP




















Taklimat dan perkongsian maklumat dengan Tn. Hj. Ghazali

Lawatan ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP - terima kasih atas pandangan yang sungguh bernas
Terima kasih tuan-tuan serta rakan-rakan SKKW

Saturday 7 February 2015

PPDa @ Kursus Kepimpinan Pengawas

Syabas diucapkan kepada para pengawas SK Taman Putra Perdana kerana telah berjaya menjalani Kursus Kepimpinan Pengawas yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada hari Sabtu 7 Februari 2014. Kursus ini bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 5.00 petang. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 102 orang. Laporan lanjut berkaitan program tersebut sila ikuti di blog SKTPP di sini.

Semangat 'Benci DARIH' daripada PK Hal Ehwal Murid, guru-guru, penceramah, fasilitator dan semua pengawas