Thursday 25 August 2016

PPDa @ Timang-Timang Takraw KATMO Daerah Sepang

Tahniah buat pasukan Timang-Timang Takraw SKTPP yang telah menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) Daerah Sepang. Cergas Tanpa DARVIH...



Wednesday 24 August 2016

Mesyuarat JKPD Bil. 2 /2016

Selaku AJK Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sepang, Guru Besar; Pn. Rohaidah berserta Naib YDP PIBG; Tengku Norsyawalludin telah hadir Mesyuarat JKPD bil. 2 berserta AJK yang lain. Mesyuarat yang berlangsung di pejabat AADK Daerah Sepang ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi JKPD Daerah sendiri; YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif. 
   Tahniah kepada AADK atas program yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini seperti NBOS - My Beautiful Malaysia di Kg. Sg. Merab dan Kg. Tg. Mas, Sg. Pelek serta program Dakapan Kasihmu Ya Ramadhan.
Mesyuarat telah membincangkan program-program yang akan datang iaitu:
1. Boling Santai (Oktober)
2. Majlis Apresiasi "Dialah Bintang" (November)
Kedua-dua program ini akan melibatkan Orang Kena Pengawasan (OKP) bersama JKPD, AADK dan masyarakat. Semoga semua program ini akan berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak...











Monday 22 August 2016

Milo Benci DARVIH

Milo merupakan nama maskot PTS yang telah datang ke sekolah dalam satu siri jelajah PTS bersama program Galakan Membaca yang dinamakan Blink Book PTS. Milo merupakan watak seekor kucing dalam buku terbitan Syarikat PTS Sdn. Bhd. yang mempunyai pelbagai keupayaan. Marilah kita mendapatkan buku-buku serta novel keluaran PTS yamg banyak di pasaran bagi menambahkan ilmu pengetahuan kita. Terima kasih PTS atas program yang telah disediakan sepanjang 3 hari di sekolah ini. Semoga bermanfaat buat anak-anak murid kami..






Milo juga Benci DARVIH

Wednesday 17 August 2016

Jurulatih Johor U12 Benci Dadah

Tahniah buat pasukan Selangor kerana berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM 2016. Tahniah buat Muhammad Nabil Qayyum b. Zainuddin murid Tahun 6 SKTPP atas kecemerlangannya membantu pasukan Selangor....
   Menarik dalam pertandingan ini ialah jurulatih Johor U12 dari Jerman turut membenci dadah...


Tuesday 16 August 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
I.   Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan 5 Minit Antidadah

Tarikh : 16 Ogos 2016

Nama Sahabat PPDa
Irdina Soffiya binti Ahmad Kamarul Basya (5 Zuhrah)
Nur Syazwani Izzati binti Nordin (3 Seruling)


TAJUK : SHISHA

 Dr. Daniel berpendapat, sebenarnya shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok.
“Cara penyediaan shisha sebenarnya mendatangkan bahaya kerana puncak balang hookah atau mangkuk yang menakung shisha selalunya diliputi kerajang aluminium dan bara diletakkan di atasnya untuk memanaskan tembakau tersebut. Asap toksik terhasil apabila bara arang bertindak balas dengan kerajang aluminium.
“Bukan itu sahaja, tapak balang hookah yang berasaskan kaca berperanan sebagai kebuk asap dan diisi dengan air. Air ini akan bercampur dengan asap toksik dan akan menambah kelembapan asap. Ini mengakibatkan wap dan asap karsinogenik berada lama dalam paru-paru," ujarnya.Ia secara tidak langsung menjadikan asap yang disedut ketika menikmati shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.
Tambah Dr. Daniel, ramai pengguna shisha tidak menyedari aktiviti ini boleh menyebabkan ketagihan nikotin sama seperti rokok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu sesi selama 60 minit bershisha menghasilkan antara 100 ke 200 kali lebih banyak asap berbanding rokok biasa.
Shisha juga dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi.
“Lazimnya shisha akan dihisap antara 45 minit hingga satu jam manakala sebatang rokok pula hanya sekitar lima minit.
“Jadi kesan-kesannya adalah sama seperti perokok iaitu penghisap shisha berisiko menghidap kanser paru-paru, sakit dada, kerosakan koronari jantung dan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan nikotin secara berlebihan," ujarnya.
Jelas beliau, perkongsian paip shisha juga boleh mendedahkan mereka kepada penyakit yang merebak melalui air liur seperti tuberkulosis atau TB (tibi).



Monday 15 August 2016

Perbincangan AJK Persembahan Multimedia

Setelah selesai Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH", masa untuk menumpukan perhatian kepada projek PPDa semula bagi menghadapi pra-penghakiman yang dijadualkan pada 11 Oktober 2016 nanti.
   Team Persembahan Multimedia diketuai oleh En. Srimahathevan telah mengadakanperbincangan bersama Guru Besar dan Penyelaras PPDa bagi memulakan gerak kerja membuat video korporat baharu. Semoga hasil pembahagian tugas dan perkongsian idea ini akan membuahkan hasil yang terbaik...


Thursday 11 August 2016

Seminar Sehari "Hidup Sihat Tanpa Alkohol"

Hari ini Guru Besar; Pn. Rohaidah, PK HEM; Pn. Rosmah dan guru-guru; Pn. Ranjini, Pn. Norazmira dan Pn. Roslina telah berkesempatan hadir Seminar Sehari "Sihat Tanpa Alkohol" anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Pengembangan Pertanian, Serdang. Terima kasih kepada KKM dan JPS atas peluang yang sangat berharga ini.
Terlalu banyak maklumat dan bahan berkaitan alkohol telah disampaikan oleh para penceramah yang terdiri daripada para doktor dan pegawai KKM yang sangat berpengalaman luas.
   Pegawai KPM; Pn. Jahleha binti Yusof turut berkongsi maklumat mengenai PPDa semasa sesi Kawalan dan Pencegahan. Dengan info yang diperolehi ini diharap para guru dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman dan menyampaikannya kepada anak-anak murid dengan maklumat yang terkini dan lebih jelas.
   Berikut adalah agenda Seminar Sehari Pencegahan dan Pengurangan Kemudaratan Alkohol dengan tema "Hidup Sihat Tanpa Alkohol" :

Sesi 1 : Minuman Beralkohol dan Corak Pengambilannya
Topik 1 : Minuman Beralkohol (Dr. Rushidi b. Ramly KKM)
Topik 2 : Corak Pengambilan Alkohol di Malaysia (Dr. Rushidi b. Ramly KKM)

Sesi 2 : Alkohol dan Kesannya
Topik 3 : Alkohol Dalam Tubuh dan Kesannya (Dr. Norlia bt. Chemi KKM)
Topik 4 : Peraturan 361, Peraturan-peraturan Makanan dan Penguatkuasaannya (En. Mohd. Ashhurun b. Rahmat KKM)

Sesi 3 : Kawalan dan Pencegahan
Topik 5 : Program Kawalan dan Peraturan Larangan Berkenaan Alkohol di Selolah (Pn. Jahleha bt. Yusof KPM)
Topik 6 : Saringan dan Intervensi Alkohol (Dr. Rozanim bt. Kamarudin KKM)











j




Kami Benci Alkohol











Latihan Interpersonal - Guru Sihat, Kerjaya Cemerlang


Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program yang juga tersenarai di dalam Takwim PPDa 2016. Ceramah yang bertajuk "Guru Sihat, Kerjaya Cemerlang" telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Haswandi bin Ahmad daripada Impress Consultant. Tuan Hj Haswandi bukan asing lagi di SK Taman Putra Perdana kerana pihak sekolah sering menjemput beliau untuk menjayakan aktiviti sekolah.

Dalam ceramah beliau, apa yang menarik minat peserta adalah idea untuk menjadi guru yang cemerlang iaitu:

H - Hero / Heroin
E - Energetic
B - Brilliant
A - Aim
T - Tough

Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Hj Haswandi dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan staf dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dan kakitangan awam

 Pn Noorhayati bt Yusof, Pengacara Majlis
Tn Hj Haswandi memulakan ceramah beliau 
Guru-guru dan staff mendengar ceramah dengan penuh minat
Cenderamata telah disampaikan oleh Pn Azizah bt Mokhlas (GPK Kurikulum)