Monday 29 September 2014

Program Lima Minit Dadah

Tajuk: Sekolah Bebas dadah
Masa: Waktu perhimpunan
Tempat: Dataran Perhimpunan
Disampaikan oleh dua orang Sahabat PPDa:
1. Adik Muhammad Hazmi Bin Zuraini (6 Seraya)
2. Adik Akid Darwish Bin Rashdan (5 Wira)

Sekolah Bebas Dadah

Anak kenari si anak merbah,
Anak merpati di atas para;
Cemerlang sekolah tanpa dadah,
Gemilang bangsa maju negara.

Terang tanah baru nak pulang,
Duduk bermadah hati nan walang;
Tanpa dadah pelajar cemerlang,
Maju bangsa negara terbilang.

Waktu petang menunggang kuda,
Duduk berbincang di atas titi;
Cegahi dadah di usia muda,
Cergas minda pelajar berkualiti.

Hendak mencari bunga angsana,
Hutan tebal jangan diredah;
Program dirancang tugas dilaksana,
Agar murid bencikan dadah.

Dara sunti berdua di tangga,
Sambil menganyam ketupat palas;
Pelbagai agensi berpadu tenaga,
Pastikan HIV AIDS terus dibanteras.

Mawar merah kesukaan mama,
Gubahan indah hiasan meja;
Sifar dadah wawasan utama,
Warga sekolah bersemangat waja.



Sunday 28 September 2014

Program IKRAM Prestasi Hebat Tanpa Jenayah dan Dadah

Pada 28 September 2014 (Sabtu), pihak IKRAM Junior telah menganjurkan Program IKRAM Junior Staying Safe atau juga dikenali sebagai "Program Prestasi Hebat Tanpa Jenayah dan Dadah" bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP).  Seramai 27 orang pelajar SKTPP telah dijemput untuk turut mengambil bahagian dalam program tersebut. 

Berikut adalah agenda program :-
  • Perasmian
  • Sesi `Ice breaking’
  • `Talk show’ & Bengkel Sentuhan Selamat & Tidak Selamat
  • Lawatan ke Pusat Sumber PPDa & tapak pameran PDRM (Pameran Anti Dadah)
  • Demonstrasi teknik mudah bagaimana untuk mempertahankan diri (Kelab Taekwando Koryo)
  • Ceramah isu-isu keselamatan & aktiviti pengecaman (Bahagian D11, PDRM Bukit Aman)
  • Penutup & sesi bergambar

Pendaftaran
Kiosk Sahabat PPDa
Sebelum acara bermula, peserta melihat tayangan video
GB dan PK Petang bersama Pn. Anis - wakil PPD
Peserta-peserta program
Pameran PDRM
YDP PIBG - antara VIP
Ucapan aluan GB - Pn. Rohaidah Mohd. Ali :
Mengalu-alukan program IKRAM yang amat bertepatan dengan program PPDa sekolah
Ucapan perasmian Dr. Niekmah
Cenderahati buat YDP PIBG SKTPP
Lawatan rombongan IKRAM ke Bilik Sumber PPDa SKTPP
Kenangan bersama VIP IKRAM
Persembahan taekwondo - Hidup Cergas Tanpa Dadah
Ceramah dan aktiviti dalam kumpulan
Peserta melawat Bilik Sumber PPDa
Kenangan bersama VIP IKRAM
 Para peserta Program IKRAM melaungkan slogan "Kami Benci Dadah"
 Bergambar kenangan bersama urusetia program IKRAM

Saturday 27 September 2014

PPDa @ Lawatan ke Pusat Ekuestrian

Anak-anak murid SKTPP adalah agen-agen cilik membanteras dadah walau di mana jua mereka berada. Contohnya; ketika lawatan murid-murid Puteri Islam dan murid Moral ke Pameran Kuda Antarabangsa di Pusat Ekuestrian, Mines, Seri Kembangan. Mereka telah melebarkan kesan halo Benci Dadah bersama sepanduk yang telah disediakan khas oleh guru-guru....

 Bersama guru pengiring; Ustazah Aisyah
Guru-guru bersama maskot pameran
 SKTPP BENCI DADAH

Sila ikuti laporan lawatan dan pameran kuda yang dihias cantik dalam blog sekolah di sini

PPDa @ Sukan SKDPP

SK Desa Pinggiran Putra (SKDPP) mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali pertama pada 27.9.2014. Lima orang guru SKTPP telah bertugas membantu perjalanan sukan tersebut. Mereka telah membawa kesan halo PPDa di sekolah tersebut...

 
 Kejohanan Sukan SKDPP berlangsung meriah
 
Cikgu Hazim, Mus, Afandi, Nik dan Saiful berbaju Karnival DARIH - berani menentang dadah walau di mana mereka berada

 
Anak-anak murid SKDPP sporting menunjukkan simbol Benci Dadah 
- Badan Sihat Tanpa Dadah

Friday 26 September 2014

Anak Merdeka Benci Dadah

Sempena Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, anak-anak murid SKTPP konsisten mempamerkan slogan Benci Dadah...





Rakyat Merdeka Tanpa Dadah

Johan Koir Sambutan Hari Kebangsaan SKTPP Benci DARIH

Johan koir sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah turut bersama menyokong benci DARIH.

Kumpulan koir dari kelas 4 Sigma bersama Pn Nurliza binti Ab Rahman
 (Guru Pembimbing Koir) 'Benci DARIH'

Thursday 25 September 2014