Thursday, 31 January 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa SK Subang

Pada 31 Januari 2019 bersamaan hari Khamis, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali kedua tahun 2019. Lawatan kali ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Subang yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Para pelawat sampai pada pukul 10.00 pagi. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat Terminal Muafakat  dan dijamu sedikit makanan yang telah disediakan.

Selesai makan, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhammad Taib. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali berkaitan dengan latar belakang Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Seterusnya, ucapan daripada Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian berkaitan dengan peranan PIBG sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah; terutamanya bagi aktiviti sekolah yang terlibat dengan pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Pihak PIBG banyak membantu dari segi kewangan dan sumbangan barang-barang yang diperlukan oleh pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta komuniti setempat amat penting bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana sudi menerima lawatan dari SK Subang untuk melihat  Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan berkongsi ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). 

Selepas itu, tayangan multimedia berkaitan dengan proses dan pelaksanaan bilik sumber dan aktiviti PPDa SKTPP dipersembahkan. Selesai tayangan multimedia, guru besar SKTPP dan SK Subang saling menandatangani sijil jaringan lawatan penanda arasan PPDa serta bertukar sijil dan cenderahati dari sekolah masing-masing.

Agenda yang seterusnya ialah melawat ke Ujana Ilmu SKTPP bertujuan untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Selepas lawatan ke Ujana Ilmu SKTPP, sesi bergambar di Dermaga Minda bersama-sama guru-guru SK Subang dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar beralih pula kepada agenda utama iaitu melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terakhir sekali, guru dari SK Subang dibawa ke bilik Kaunseling untuk melihat fail-fail berkaitan dengan bilik sumber PPDa SKTPP.  

Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi maklumat dan idea-idea baru kepada guru SK Subang untuk menyediakan Bilik Sumber PPDa yang menarik dan lebih cemerlang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru SK Subang dengan guru-guru SKTPP.

Gambar-gambar sekitar lawatan:







































Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman

Tuesday, 22 January 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa SMK Taman Putra Perdana

Pada hari ini SK Taman Putra Perdana menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali pertama bagi tahun 2019. Lawatan tersebut adalah dari Puan Afida bt Abdul Ghani, SMK Taman Putra Perdana. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga dapat berkongsi ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri kami.

Salam perkenalan dan beramah mesra di antara guru-guru SKTPP dengan guru SMKTPP

Melihat instrumen dan fail pertandingan PPDa



Kami Benci DARVIH

Sunday, 6 January 2019

Info PPDa

Jauhi Dadah demi masa depan yang cemerlang... Jom kita manfaatkan bahan-bahan pameran ini..











Terima kasih #TeachersCollection atas perkongsian