Heroin
Definisi
Definisi
Berasal daripada perkataan
Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam
tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.
Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih
kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin, Heroin No.3,
Heroin No.4, Brown Heroin, Heroin Black Tar
Nama lain
Big H, Dope, Smack, TNT
Cara Penggunaan
Menyuntik, menghidu
Ciri-ciri penagih
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair,
mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, sunggul.
Morfin
Definisi
Sejenis alkoloid yang
diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati
dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ .
Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk
putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara
langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti
candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi
Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah, Bes Morfin,
Pil Morfin
Nama lain
M.Tab, White Sulfat, Monkey,
Dreamer, Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan, tindak
balas lambat , kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit,
halusinasi, mengantuk, cemas.
Candu
Definisi
Dihasilkan daripada buah popi
muda.
Candu mentah : getah berwarna
putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar
menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang
dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam.
Tahi candu : sisa bakaran
atauarang candu masak yang telah dihisap
Jenis /Bentuk
Candu mentah, candu masak,
tahi candu
Nama lain
Shollboy, Black Stuff, Opium,
Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar
Cara penggunaan
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan, rasa
pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan,
sunggul.
Ganja
Definisi
Diperoleh dari bunga dan daun
pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia
dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang
mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel
badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh
antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau
sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan
dimampat
Nama lain
Grass, Pot, Marijuana, weed
Cara penggunaan
Menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah,
kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah,
cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan,
yuforia dan sunggul.
Syabu
Definisi
Sejenis dadah yang berada
dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai
apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal,
diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya
mempunyai rasa yang pahit
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal, pecah, serbuk
halus seperti tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir
sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri ,
bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku
agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan
muntah-muntah, hilang selera makan.
Ecstacy / MDMA
Definisi
Juga dikenali sebagai MDMA
iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh
muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam,
MDMA juga adalah dadah psychoactive
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan
simbol
Nama lain
Pil Khayal, Pil goyang kepala,
YAMA, YABA
Cara penggunaan
Menelan, campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas,
berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat & goyang
kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah &
resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.
Ketamin
Definisi
Sejenis ubat bius untuk
haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya
tari-menari atau raves
Jenis/Bentuk
Serbuk putih, kristal, cecair,
pil
Nama lain
“K”, Special K, Vitamin K,
Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung,
campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran
yang rendah, mengubah deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan
sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas,
hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah.
No comments:
Post a Comment