Wednesday, 17 May 2023

Program Training Of Trainers Penggerak SHIELDS (Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya)

Dua hari berkampung di Dewan Gemilang Puri, PPD Sepang mendekatkan lagi hati untuk memberi maklumat dan pendedahan tentang bahayanya DARVIH buat murid-murid dan masyarakat sekitar.

Program Training Of Trainers (TOT) yang dianjurkan oleh AADK Sepang dengan kerjasama PPD Sepang ini telah mendedahkan kepada guru-guru dalam membantu murid-murid dan masyarakat sekitar dengan menjayakan sesuatu program yang bukannya one off tetapi berterusan. TOT yang bermula 16 Mei sehingga 17 Mei 2023 ini diharapkan dapat dijadikan pengalaman dalam meneruskan kerja buat sebagai pendidik.

Seramai 20 orang GBKSM sekolah menengah dan 10 orang GBKSM sekolah rendah terlibat dalam program dua hari ini. Selain daripada ilmu yang disampaikan oleh pegawai-pegawai AADK, kami guru-guru juga diraikan sempena Hari Guru pada 16 Mei 2023. Terima kasih AADK!

Potong cermat ulas nangka,
Nanti melekat getah di tangan,
Cikgu berkhidmat penuh etika,
Ukhwah diikat terungkai jangan.

Slot yang disampaikan oleh Puan Rosmah bt Mohd Jan (Ketua Unit Pencegahan AADK Sepang) yang bertajuk Community Empowerment (CE) sangat menarik dan memberi input baru buat kami GBKSM di sekolah. Begitu juga dengan penyampaian slot oleh Pn Haslina bt Hashim (Ketua AADK Sepang) yang bertajuk Penilaian Keperluan (Faktor Risiko & Faktor Pelindung) sangat hebat dengan gaya penyampaian yang luar biasa. 

Terima kasih kepada pihak PPD dan AADK Sepang atas pengalaman ini!

Berikut gambar-gambar sepanjang program dijalankan.

Barisan peserta TOT SHIELDS

Sesi perbincangan

Hari pertama dirai sempena Hari Guru 16 September 2023

Terima kasih AADK Sepang belanja kami kek!

Ceramah oleh Pn Rosmah bt Mohd Jan

Ucapan perasmian penutup
oleh En Norazlan Bin Ahmad Kanal, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Sepang

Cenderamata dari PPD Sepang kepada pihak AADK

Berbalas cenderamata tanda terima kasih hasil kolaborasi bersama

Semoga usahasama ini diteruskan pada masa akan datang.... jumpa lagi.