Wednesday 13 December 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

 Tarikh   : 13 Disember 2023 (Rabu)

 Masa    : 8.50 pagi - 12.20 tengah hari

 Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan secara konsisten serta memberi impak yang bermakna kepada semua murid. Warga pendidik serta masyarakat perlu cakna dan sentiasa memperingatkan kesan buruk rokok dan vape kepada murid. Trend murid yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satu kebiasaan dilihat semakin membimbangkan dan perlu dihentikan segera. KPM sentiasa komited dalam memastikan pembinaan karektor yang baik dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, kempen ini diharapkan supaya anak-anak kita tidak hilang nilai karektor yang kita hasratkan dan hanyut dalam arus pemodenan yang akhirnya membawa implikasi buruk yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan dan minda.

Selaras dengan itu, hari ini pelancaran serentak dibuat di seluruh negara dalam membasmi rokok & vape! 

Buku Program




Murid bersedia untuk menyaksikan pelancaran

Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Pengacara Majlis Cik Roslinda dan Puan Nurliza

Penceramah Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok & Vape- Dr. Siti Hazwani Abidin (Ketua Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit) 

Sesi kuiz

Seronok dapat hadiah ya.....tahniah!


Penyampaian sijil dan cenderamata buat Dr.Siti Hazwani

Turut menerima cenderamata Puan Mashaniza binti Isa (Inspektor Kesihatan, PKD Sepang)

Bergambar kenangan sebelum pulang

Slide ceramah Dr.Siti Hazwani

Lagi bahan untuk rujukan


Selesai sahaja ceramah oleh Dr. Siti Hazwani, murid-murid Tahun 4 & 5 dihidangkan dengan tontonan video "Hidup Sihat, Cegah Rokok & Vape" manakala murid Tahun  6 rehat. Pada pukul 11.15 pagi program diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape. Berikut gambar-gambar sepanjang pelancaran dibuat.

Nyanyian  lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dipimpin oleh Puan Astina

Semua murid menyanyikan bersama-sama

Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh En Mohd.Azarul

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG SKTPP

Ucapan perasmian oleh Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Arshad (YDP PIBG SKTPP)

Gimik perasmian, laungan benci vape dan rokok oleh Duta Sahsiah

Penyampaian cenderamata buat perasmi

Bergambar bersama dengan tagline benci DARVIHπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž

Bergambar kenangan bersama sebahagian warga SKTPP

Alhamdulillah, selesai majlis pada hari ini. Semoga bermanfaat buat seluruh warga SKTPP. Terima kasih kepada  JK Pelaksana dan semua yang terlibat. 


SKTPP BENCI DARVIH

Friday 13 October 2023

Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang 2023


Sudah menjadi rutin buat SK Taman Putra Perdana untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak PPDa pada setiap tahun. Kejohanan ini merupakan anjuran Kelab Bola Sepak dan Unit PPDa SKTPP dengan kerjasama PPD Sepang & ZH Soccer Star Proacademy serta PIBG SKTPP. Sebanyak 8 buah sekolah menyertai kejohanan ini yang berlangsung di 2 tempat iaitu padang SK Taman Putra Perdana (SKTPP) & SMK Putra Perdana (SMKPP). Terima kasih buat SMKPP yang memberi kerjasama padu dalam tempoh penggunaan padang selama 2 hari.

Berobjektifkan sukan dan kemenjadian murid, diharapkan program ini dapat melahirkan murid yang aktif bersukan sekali gus dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam arena bola sepak. Tidak ketinggalan hebahan tentang bahaya DARVIH diharapkan menjadi benteng buat murid-murid demi berdepan dengan pengaruh negatif yang makin berleluasa pada masa ini. Semoga pbjektif agar tertanam sikap Benci Dadah & DARVIH dalam kalangan murid akan tercapai hendaknya.

8 pasukan yang bertanding dalam Cup & Plate

Team SK Dengkil

Team SK Taman Putra Perdana

Team SK Bandar Baru Salak Tinggi

Team SK Taman Seroja

Team SK Sg Merab Luar

Team SK Kg Baharu Lanjut

Team SK Desa Pinggiran Putra

Team SK Taman Putra Perdana 2

Hari Pertama Kejohanan BolaSepak PPDa Daerah Sepang

Seawal 7.30 pagi AJK Pelaksana telah bergerak ke SMKPP untuk persiapan logistik dan pendaftaran. Di SKTPP juga tidak kurang sibuknya AJK telah bersedia mengalu-alukan kehadiran para peserta serta guru pengiring. Jom kita tengok kemeriahan sekitar kejohanan pada hari pertama.

Peralatan yang dibawa ke SMKPP

Barisan AJK Pelaksana bersama para pentadbir

Meja pendaftaran di SKTPP

Guru Besar memberi amanat kepada para pemain SKTPP

Urus setia di SMKPP bergambar bersama pentadbir

Penerangan oleh tuan rumah kepada guru pengiring

Air siap ......πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Aksi sepanjang perlawanan di SKTPP dan SMKPP sengit dan penuh debaran. Coach, guru pengiring, ibu bapa dan semua yang menyaksikan tidak senang duduk apabila bola menghampiri gol.










Hari Kedua Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang

Masih menggunakan 2 padang iaitu SKTPP & SMKPP, lebih kurang pukul 10.15 pagi selesai sudah perlawanan di SMKPP. Tiba masanya untuk bergerak ke SKTPP bagi pertemuan akhir Cup.

Berikut momen-momen di padang pada hari terakhir kejohanan. Juga boleh ⚽ klik di sini ⚽ untuk melihat aksi bergerak.














Seusai jam 12.00 tengah hari, perlawanan tamat dan persediaan untuk majlis penutupan kejohanan & penyampaian hadiah di Dewan Perdana bermula. Kehadiran murid sesi petang sedikit pun tidak menganggu perjalanan majlis di dewan kerana hasil kerjasama guru-guru bertugas sesi petang, disiplin dan pergerakan murid ke kelas berjalan lancar. Tetamu VIP, guru pengiring dan pemain-pemain telah pun mengambil tempat. Tahniah buat semua peserta kejohanan!

Berikut adalah pemenang untuk kategori Cup & Plate, Pasukan Terbaik, Penjaring Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Terbaik serta Pemain Paling Bernilai:

Johan Cup                  : SK Taman Putra Perdana
Naib Johan Cup         : SK Taman Putra Perdana 2
Tempat Ketiga Cup    : SK Bandar Baru Salak Tinggi & SK Sg. Merab Luar

Johan Plate                  : SK Desa Pinggiran Putra
Naib Johan Plate         : SK Taman Seroja
Tempat Ketiga Plate    : SK Dengkil & SK Kg. Baharu Lanjut

Kategori Pasukan Terbaik (Fair Play) : SK Dengkil

Kategori Penjaring Terbanyak : Aidil Haikal Bin Azri (SK Taman Putra Perdana)

Kategori Penjaga Gol Terbaik : Mohd Aqil Khalis Al Shah Bin Abdul Azim

Kategori Pemain Terbaik : Mohd Razin Akif Bin Nazmi (SK Taman Putra Perdana)

Kategori Pemain Paling Bernilai : Malique Fahmi Bin Mahadi (SK Taman Putra Perdana)

Lensa kamera sekitar majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah:

Pembukaan oleh pengacara yang tidak asing lagi di SKTPP iaitu Cik Roslinda & Pn Nik Rosmaliza

Ucapan Guru Besar, Pn. Rohaidah binti Mohd Ali

Ucapan oleh pemain KL City; Saudara Hadi Mizie

Ucapan perasmian oleh Puan Rosmah bt Md Jan (Ketua Unit Pencegahan & Kesedaran Awam, AADK Daerah Sepang)

Johan Kategori Cup (SK Taman Putra Perdana)

Johan Kategori Plate (SK Desa Pinggiran Putra)

Tahniah.... Penjaga Gol Terbaik

Tahniah..... Pemain Paling Bernilai

Tahniah..... Penjaring Terbanyak

Tahniah .... Pemain Terbaik

Cenderamata buat pihak AADK

En Zamri bin Hasan menerima cenderamata daripada SKTPP

Tidak lupa buah tangan buat YDP PIBG SKTPP

Bergambar kenangan bersama orang kuat kejohanan

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Bola Sepak PPDa  Daerah Sepang pada tahun ini. Namun tidak lengkap jika tiada hebahan Benci DARVIH sepanjang kejohanan ini. Pameran oleh pihak AADK mendapat sambutan hangat oleh murid-murid SKTPP. Begitu juga dengan Bilik Sumber PPDa dibuka untuk lawatan luar dan murid SKTPP. Mereka yang kali pertama masuk ke Bilik Sumber PPDa begitu teruja dengan maklumat yang disediakan. Semoga objektif kesan halo dapat menjadi benteng buat semua pelawat. Sedikit rangkuman bergambar sepanjang lawatan dan pameran yang telah dikolajkan oleh Puan Ummu A'thiah selaku penyelaras PPDa.

Lawatan Bilik Sumber PPDa dan Pameran AADK@SKTPP











Simbol πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Žini, sinonim dengan SKTPP dalam menggerakkan mesej BENCI DARVIH. Selain daripada πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž Unit PPDa juga ada mengedarkan bookmark untuk pengunjung di Bilik Sumber PPDa. Semoga mesej BENCI DARVIH ini mampu membantu dalam memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat akan bahaya Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV / AIDS.

Sebahagian AJK Pelaksana menyebarkan mesej BENCI DARVIH
di meja pendaftaran

Bookmark yang diedarkan

BENCI DARVIH @ Bilik Sumber PPDa SKTPP

Kolaborasi di mana-mana sahaja

BENCI DARVIH @ BSMM

BENCI DARVIH @ Padang SKTPP


Dalam setiap kejohanan tidak mungkin tiada hero dalam membantu pemain-pemain apabila berlaku kecederaan. Terima kasih buat 5 orang ahli BSMM yang sangat komited dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Tahniah buat Ashraf Danial Bin Muhammad Fadzir (6 Sony), Ahmad Ashraf Hakimi bin Suhaidi (6 Sony), Muhammad Mirza bin Abdul Halim (6 Vivo), Noramsyar Mukmin bin Norazmira (6 vivo) dan Emir Haqilmubin bin Mohd Azrul (6 Vivo).









Sekian, jumpa lagi di tahun hadapan. Hidup Sihat, Otak Cergas & Negara Sejahtera.