Friday, 27 April 2018

IMFree Dalam PdP

Semasa menjalankan aktiviti mengikut modul IMFree, saya dapat lihat sebenarnya murid-murid lebih teruja jika bahan yang cikgu gunakan nampak real... Macam ubat gegat. Saya bawa yang maujud. Nampak di situ keterujaan nak pegang dan hidu sehinggakan tak sempat nak ambil gambar time tu..

Hari ini bersama murid kelas 1 Samsung belajar tentang Kandungan Dalam Rokok (SKOP 1). Antara kandungan racun dalam rokok ialah ubat gegat, racun anai-anai, tar, pencuci lantai dan asap kereta.




Tuesday, 17 April 2018

Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor 2018

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya selesai juga Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 14 April 2018 (Sabtu) di SK Dato Maharaja Lela, Kuala Selangor. Dalam pertandingan ini SK Taman Putra Perdana berjaya merangkul 3 anugerah kategori Peluasan 2018 :

1) Johan Pertandingan Sketsa 
2) Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita
3) Tempat Ketiga Pertandingan Koir

Sekalung tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang melatih hingga mendapat kejayaan yang begitu cemerlang. Atas usaha dan komitmen guru-guru di samping mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir dan PIBG, sekolah kita berjaya mencipta nama. Kemenangan ini cukup membanggakan buat kita semua dan terutamanya buat permata hati IMFree SK Taman Putra Perdana.

Sekolah kita juga menyertai pertandingan Nyanyian Solo dan Inovasi (Alat Bantu Mengajar). Walaubagaimanapun rezeki tidak menyebelahi sekolah ini. Jangan putus asa, tahun depan cuba lagi!!

Karnival IMFree Negeri Selangor 2018
Seawal 6.15 pagi murid-murid telah berkumpul di SKTPP
Ceria guru pengiring bersama peserta walaupun di awal pagi..nampak semangat 
Pn Hjh Rohaidah & Pn Azizah bersama KU PPDa JPS; En Mohd Idrus b Arifin 
Bahan pameran pertandingan Inovasi Alat Bantu Mengajar
Guru-guru memberi sokongan kepada wakil pembentang pertandingan Inovasi
Pn Parimala ditemuramah oleh wakil media
Antara babak sketsa yang berjaya menyentuh hati juri dan penonton
Selesai membuat persembahan, ber IMFree dulu...
Nur Damia Delisya bt Muhammad Izwanazrul , pemenang Tempat Ketiga pertandingan Bercerita
Lawatan oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Aksi peserta bercerita

Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita
Johan Pertandingan Sketsa
Sekolah Peluasan 2018
Bersama-sama meraikan kegembiraan
Jumpa lagi di peringkat kebangsaan nanti


______________________________________________________________________


Penyampaian sijil & piala di sekolah  - Isnin : 16 April 2018




Rai kegembiraan dengan jamuan ringkas - Sekasa : 17 April 2018




**NEXT STAGE.....GOOD LUCK**

Saturday, 14 April 2018

Wednesday, 11 April 2018

Mesyuarat JKPD Bil. 1 / 2018

Selaku Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sepang, Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali telah dijemput menghadiri Mesyuarat JKPD Bil. 1/2018 bertempat di Pejabat AADK Daerah Sepang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif ini telah membincangkan program-program yang dirancang oleh JKPD pada tahun ini. Ketua AADK Daerah Sepang; Pn. Haslina binti Hashim telah membentangkan data-data dan pelbagai maklumat berkaitan Orang Kena Pengawasan (OKP) daerah serta program-program yang dirangka bagi tujuan membantu mereka.
   Semoga kerjasama dan keprihatinan semua lapisan masyarakat ini akan mengurangkan bilangan penagih dadah seterusnya memulihkan penagih-penagih yang telah dikenalpasti. Usaha-usaha pemulihan, penguatkuasaan serta pencegahan yang serius diharap dapat melahirkan generasi bebas dadah pada masa depan...