Monday, 31 July 2017

PPDa @ Perhimpunan Minggu Ke-28

Slogan "Kami Benci DARVIH" bergema semasa Perhimpunan Minggu ke-28 selepas acara penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan dan peserta-peserta program negeri dan antarabangsa.

Program DWEN - Dasar Warga Emas Negara di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas Puchong

Khidmat Masyarakat Tunas Puteri DWEN

Bicara Berirama Puteri Islam Negeri Selangor : Tempat Ke-4
Peserta Terbaik , Johan & Naib Johan Kawad Berkumpulan Perkhemahan PPIM Daerah Sepang

9th Taipei Jamboree & Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cemerlang (BATHKPC)

Bola Sepak MSSD - Naib Johan

Memanah MSSS - Naib Johan

Boling Ten-Pin MSSS : Tempat Ke-3

♤Laporan perhimpunan minggu ke-28 sila klik di sini.

Tuesday, 18 July 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 18 Julai 2017
Nama Sahabat PPDa
Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (4 Tabla)
Asha Rania bt Sallehuddin (3 Vanadium)



TAJUK : INHALAN

Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap.  Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis inhalan
Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
Bahan gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room

Cara Penggunaan : Menghidu
Ciri-ciri Penagih Inhalan : Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat Serta-merta : Berhalisinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

Jangka panjang : Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan / buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.


Friday, 14 July 2017

PPDa @ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017

Meskipun semua orang bergembira namun warga SKTPP tak pernah lupa untuk menghebahkan semangat Benci DARVIH ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah sesi pagi dan petang...




Tuesday, 11 July 2017

PPDa @ Lawatan Kerjaya ke Kidzania

Slogan "Kami Benci Dadah" masih tetap relevan dalam diri anak-anak murid SKTPP. Ketika lawatan 80 orang murid ke Kidzania, mereka ceria menunjukkan isyarat Kami Benci DARVIH beramai-ramai...



Wednesday, 5 July 2017

PPDa @ Hari Raya Aidilfitri 2017

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini umat Islam bergembira bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. Demi semangat Benci Dadah dan DARVIH yang menebal, guru-guru SKTPP dan keluarga tak jemu-jemu bergambar dengan isyarat Benci Dadah 🖓🖓🖓 walau di mana jua berada. Terima kasih atas komitmen semua. Antaranya;

Ustaz Zurilazman

Cikgu Najib

Cikgu Maimunah

Guru Besar; Pn. Rohaidah

Tuesday, 4 July 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 4 Julai 2017
Nama Sahabat PPDa
Amirah Syadiyah bt Samsuri (4 Tabla)
Shaira Shafinaz bt Mohd Idris (3 Vanadium)

Amirah Syadiyah bt Samsuri

Syaira Shafinaz bt Mohd Idris


TAJUK : SHISHA

Dr. Daniel berpendapat, sebenarnya shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok.
“Cara penyediaan shisha sebenarnya mendatangkan bahaya kerana puncak balang hookah atau mangkuk yang menakung shisha selalunya diliputi kerajang aluminium dan bara diletakkan di atasnya untuk memanaskan tembakau tersebut. Asap toksik terhasil apabila bara arang bertindak balas dengan kerajang aluminium.
“Bukan itu sahaja, tapak balang hookah yang berasaskan kaca berperanan sebagai kebuk asap dan diisi dengan air. Air ini akan bercampur dengan asap toksik dan akan menambah kelembapan asap. Ini mengakibatkan wap dan asap karsinogenik berada lama dalam paru-paru," ujarnya.Ia secara tidak langsung menjadikan asap yang disedut ketika menikmati shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.
Tambah Dr. Daniel, ramai pengguna shisha tidak menyedari aktiviti ini boleh menyebabkan ketagihan nikotin sama seperti rokok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu sesi selama 60 minit bershisha menghasilkan antara 100 ke 200 kali lebih banyak asap berbanding rokok biasa.
Shisha juga dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi.
“Lazimnya shisha akan dihisap antara 45 minit hingga satu jam manakala sebatang rokok pula hanya sekitar lima minit.
“Jadi kesan-kesannya adalah sama seperti perokok iaitu penghisap shisha berisiko menghidap kanser paru-paru, sakit dada, kerosakan koronari jantung dan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan nikotin secara berlebihan," ujarnya.
Jelas beliau, perkongsian paip shisha juga boleh mendedahkan mereka kepada penyakit yang merebak melalui air liur seperti tuberkulosis atau TB (tibi).