Tarikh : 29 Februari 2016
Masa : 8:00 a.m. (sesi pagi) 1:40 p.m. (sesi petang)
Tempat
: Dewan Perdana, SKTPP
Objektif
~ Menguar-uarkan program dan aktiviti
PPDa kepada warga sekolah.
~ Pengiktirafan kepada Sahabat PPDa
sebagai Agen Benci DARVIH.
~Melaksanakan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam membasmi DARVIH.
Atur Cara Majlis
Sesi pagi
8:00 a.m. Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
8:15 a.m. Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa oleh Pengarah AADK & Gimik Pelancaran
8:30 a.m. Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa
8:50 a.m. Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi & Tetamu Jemputan
9:00 a.m Lawatan ke Bilik Sumber & Tayangan Video Korporat / Jamuan
Sesi petang
1:40 p.m. Ucapan Pengerusi Majlis & Guru Besar
2:00 p.m. Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa oleh Guru Besar & Gimik Pelancaran
2:20 p.m. Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa
2:30 p.m. Bersurai
Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah pada
sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Negeri Selangor; Tuan Alias bin Ja’afar. Tetamu-tetamu lain yang turut dijemput
ialah Dato’ Setia Dr. Harun bin Mohamad (Setiausaha Majlis Permuafakatan PIBG 1Selangor), Encik Roshazami bin Daud (Presiden Kesatuan Ibu Bapa Malaysia), Puan
Normala binti Saleh (Exco PIBG 1Selangor), YM Tengku Norsyawaludin bin Tengku
Mamat (NYDP PIBG SKTPP), Puan Farrah Fadiah binti Mohd Nasir (Ketua Pegawai
AADK Daerah Sepang), Puan Cik Ct Ashlida binti Mohd Razali (Penolong Pegawai AADK
Sepang), Encik Mohd Firdaus bin Abu Talib (Pembantu Anti Dadah AADK Sepang) dan
Encik Muhamad Amirullah bin Azmi @ Amir Raja Lawak (Ikon PPDa SKTPP). Manakala Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti
Mohd Ali telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) pada sesi
petang.
Setelah selesai Majlis Pelancaran PPDa yang begitu meriah, Majlis
Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah berlangsung dengan jayanya di
mana seramai 14 orang pelajar tahap 1 dan 43 orang pelajar tahap 2 telah dilantik sebagai
Sahabat PPDa. Bacaan ikrar tahap 1 telah diketuai oleh Zuhry Zayyan bin
Zunaizan sementara tahap 2 telah diketuai oleh
Majdinah Afiqah binti Mahadir. Sahabat
PPDa ini diwujudkan sebagai Agen Benci DARVIH yang dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan
program-program PPDa sepanjang tahun.
Pendidikan Pencegahan Dadah
merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP
agar mereka menjauhi dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS serta berupaya menentang ancaman dadah dengan sebagaimana visi PPDa : Sekolah Bebas
Dadah.
Sesi Pagi
Sesi Petang