Friday 29 May 2015

Program KENDIRI

Program Kecemerlangan dan Jati Diri (KENDIRI) merupakan sebuah program motivasi untuk murid-murid Tahun 6. Program selama 2 hari 1 malam (29 & 30 Mei 2015) ini bertujuan untuk menanam nilai sahsiah yang baik kepada murid-murid Tahun 6 sebagai persiapan menghadapi UPSR dan hidup seharian.
   Pada malam 29 Mei 2015, telah diadakan solat maghrib, bacaan yaasin, solat hajat, solat Isyak dan ceramah oleh penceramah tersohor Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abd. Malek. Majlis pada sebelah malam yang turut dianjurkan AADK Sepang dan PIBG ini telah dihadiri oleh ibu bapa murid-murid Tahun 6, guru-guru serta murid-murid Tahun 6. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Tn. Shahrum b. Mohd. Sharif; ADUN Dengkil. Turut hadir mendengar ceramah yang sangat menarik itu ialah 10 OKP (Orang Kena Pengawasan) yang diurus oleh pihak AADK Sepang..

GB dan GPK1 bersama Pegawai AADK Seapang - En. Firdaus
YB Shahrum bersama YDP PIBG, GB, GPK 1 serta En. Firdaus
Ucapan YB selepas solat maghrib
Exact Training Consultant mengurus program
Bacaan yaasiin
Bersama pegawai-pegawai AADK
Kami Benci Dadah
Pameran dari AADK
Hadirin mendengar ceramah dengan penuh minat
Murid bertanya soalan
Kenangan bersama selebriti

Thursday 21 May 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 6)

Tajuk                                   :   Faktor-faktor yang mendorong pengambilan alkohol
Nama Sahabat PPDa          :   Syamimi Faqihah Bt Harun ( 6 Wira)
                                                Nurin Afrina Mohd Ridzwan (3 Surgeri )
Tarikh                                  :   21 Mei  2015

Isi-isi info :


 Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuklah :

i.    Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii. Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.

iii. Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.

iv.  Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

v. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

Tuesday 19 May 2015

Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber ke-2

   Mesyuarat kali ini diadakan di Bilik Sumber PPDa yang telah 50% siap. Turut hadir ialah Naib YDP PIBG; Tg. Syawaluddin dan PRS AADK WP Kuala Lumpur; Ustaz Mohd. Zul Lee Abdullah. Selesai mesyuarat, para ketua terminal melawat tapak yang telah disiapkan yang dikenali sebagai "Terminal" sambil mendapatkan idea daripada Ustaz Zul sebagai pengisian  yang lebih menarik. Setiap ketua telah diagihkan wang sumbangan dari PIBG untuk membeli serba sedikit keperluan..

Ustaz Zul, GB dan Tg. Syawal


Para ketua memberi perhatian



Berbincang sambil bertukar-tukar idea