Friday 25 July 2014

PPDa @ Majlis Khatam Al-Quran

Sempena hari terakhir bulan Ramadan serta penutup Ihya' Ramadan 1435 H, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidilfitri. Meski hati sayu dengan pelbagai tragedi yang berlaku dalam dan luar negara, namun majlis ini tetap berlangsung dengan suasana meriah serta penuh keinsafan.
   Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin buat semua murid dan warga SKTPP. Berayalah dengan penuh rasa kesyukuran dan jauhilah dadah musuh negara!


Majlis sesi pagi:









Majlis sesi petang:








Teruskan budaya bermaaf-maafan walau di mana kita berada

Wednesday 23 July 2014

Penggambaran bacaan perutusan GB

Sesi penggambaran bacaan perutusan PPDa oleh Guru Besar telah diadakan di Bilik Mesyuarat secara sederhana sahaja. Jom tengok...

 AJK Video - Pn. Khaironnajmi dan En. Kamarul menyiapkan peralatan
Ready
 Shoot!

Tuesday 22 July 2014

Mural PPDa guru-guru praktikum

Terima kasih banyak diucapkan kepada guru-guru praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam yang menjalani latihan praktikum internship sebulan di SKTPP yang telah memeriahkan lagi persekitaran sekolah dengan mural-mural PPDa yang sangat cantik lagi menarik. Jasa kalian akan dikenang buat selama-lamanya..

Bakal-bakal guru yang ceria sokmo!

Friday 11 July 2014

Kunjungan Hormat ke Jabatan Kastam

Petang tadi GB SK Taman Putra Perdana; Pn. Rohaidah dan GB SK Taman Seroja; Pn. Noredzan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Narkotik di Jijan, Negeri Sembilan. Kami telah disambut dengan layanan istimewa oleh Timbalan Pengarah Kastam; Tn. Hj. Liah.
   Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyampaikan surat jemputan pameran Kastam semasa Karnival DARIH SKTPP serta memohon statistik penangkapan dan penyeludupan dadah. SK Taman Seroja juga telah menyampaikan surat yang sama. Terima kasih buat Tn. Hj. Liah serta staf Kastam yang ramah mesra. Semoga hubungan kerjasama ini akan berterusan hendaknya demi melengkapkan data dan maklumat PPDa kami serta memeriahkan Karnival DARIH SKTPP nanti....

GB SKTPP dan SK Taman Seroja
Timbalan Pengarah Kastam yang sangat humble lagi rajin membantu
Bergambar kenangan di Bilik Mesyuarat

(Untuk rekod : Pn. Rohaidah pernah melakukan kunjungan hormat dan berurusan dengan Jabatan Kastam pada awal tahun 2014 untuk program PPDa SK Kota Warisan (sila klik di sini) di mana Tuan Hj. Liah telah memberi sambutan yang sangat baik juga ketika itu. Terima kasih tuan haji..)

Lawatan penanda arasan ke SKKW

Buat kali ke-2, think tank  PPDa SKTPP telah melakukan lawatan penanda arasan ke SK Kota Warisan (lawatan kali pertama sila klik di sini). Lawatan ini adalah untuk berkongsi dapatan daripada pra-penghakiman yang diterima oleh SKKW Selasa lepas. Sesungguhnya amat banyak info dan maklumat yang telah diperolehi dalam lawatan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat Penyelaras dan Setiausaha PPDa SKKW iaitu Pn. Che Ruzana dan En. Rohaizat serta guru-guru lain yang banyak membantu. Semoga perkongsian ini dapat  kami manfaatkan untuk pengurusan Bilik Sumber PPDa kami.

Ucapan aluan Pn. Siti Jamilah; PK Koku SKKW
Skuad PPDa sebagai pengacara majlis
Ucapan balas GB SKTPP; Pn. Rohaidah yang juga merupakan mantan GB SKKW
En. Kamarul merakam gambar
En. Rusydan menyuarakan persoalan
Cenderahati dari SKTPP
Ole-ole dari SKKW
Terima kasih atas buah tangan yang diberi
Di Bilik Sumber PPDa SKKW
Tulis nama
Antara kiosk
Simbol popular di 2 sekolah ini
Batu bersurat yang berdiri megah walaupun telah berusia setahun
Lancar Skuad PPDa menerangkan tentang batu bersurat tersebut
Menelaah dokumen dan fail SKKW

Setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih banyak atas layanan yang diberi. Mohon maaf jika mengambil masa berharga kalian. Jemput datang ke Bilik Sumber PPDa sekolah kami nanti untuk berkongsi pengalaman demi memantapkan program yang kita ceburi lagi sayangi ini.