Wednesday, 18 January 2017

Mesyuarat JK Induk PPDa Bil 1/2017

Alhamdulillah....Selesai sudah hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk bersama agensi luar. Sokongan padu awal tahun 2017 memberi semangat baru apabila semua JK Induk yang dijemput telah hadir bersama. Lebih teruja apabila mereka datang bukan seorang tetapi bersama rakan sejawat.

Jutaan terima kasih kepada wakil agensi yang hadir dan terima kasih juga kepada Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) dan En Zulfikri b Abu Samian (PKD, PPD Sepang) yang sentiasa komited bersama-sama SKTPP dalam menjayakan visi & misi PPDa.

Semoga silaturrahim yang terjalin antara SKTPP bersama pihak PDRM, JKDM, AADK, PEMADAM, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Syarikat Kawalan Keselamatan & Syarikat Pembersihan membawa kepada misi yang sama iaitu melahirkan generasi yang sihat bebas daripada DARVIH.

Barisan Jawatankuasa Induk PPDa
Suasana semasa mesyuarat dijalankan





Sesi Bergambar


Lawatan ke Bilik Sumber PPDa

"1Malaysia Membanteras Dadah"

Tuesday, 17 January 2017

PPDa @ Mesyuarat Kriket MSSD

Selaku tuan rumah dan pengerusi Kejohanan Kriket MSSD Sepang, taklimat kejohanan telah diadakan di SKTPP yang turut dihadiri oleh En. Azian Abu Bakar (Penyelia Unit Sukan PPD). Terima kasih buat para pegawai kriket daerah yang amat menyokong program PPDa SKTPP...


Pegawai Kriket MSSD Sepang Benci Dadah

Wednesday, 11 January 2017

Perjumpaan Think Tank PPDa 2017

Sebagaimana biasa bagi memulakan tahun baru, para think tank pemikir utama program PPDa sekolah akan berbincang dan bermusyawarah merancang strategi program tahun ini. Pentadbir dan guru saling bertukar-tukar idea bagi meningkatkan, menambahbaik dan menaiktaraf kualiti Bilik Sumber PPDa, fizikal sekolah, program serta sambutan penghakiman kali ini. Semoga sumbangsaran yang dilontarkan dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama semua warga sekolah dengan sokongan bantuan kewangan pelbagai pihak.
   Harapan kami agar visi dan misi PPDa KPM akan tercapai secara maksimum. Diharapkan juga agar kejayaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2017 ini akan menjadi kenyataan. Doa-doakan - aamiinn....







Friday, 6 January 2017

PPDa @ Perhimpunan Bulanan PPD Sepang

Alhamdulillah hebahan Benci Dadah telah semakin difahami dan dihayati oleh Tuan KPPD Sepang serta seluruh warga PPD Sepang. Semasa majlis Perhimpunan Bulanan PPD (November dan Disember), dalam ucapan Tuan KPPD; Tn. Hj. Khairi b. Bidin telah menyentuh tentang program PPDa SKTPP dan meminta semua sekolah melaksanakan program tersebut dengan bersungguh-sungguh.
   Dalam majlis tersebut Guru Besar; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali telah dianugerahi "Ikon Inspirasi Kepimpinan Sekolah" oleh Tuan KPPD. Salah satu pencapaian yang membolehkan GB mendapat anugerah tersebut adalah usaha, komitmen dan minat GB terhadap PPDa sejak memimpin SK Kota Warisan lagi - Johan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun 2014. Semoga SKTPP akan menjejak langkah SKKW dalam pertandingan kebangsaan tahun ini. Insya Allah.
   Semasa acara memotong kek hari jadi pegawai-pegawai yang lahir pada bulan November dan Disember, GB SKTPP selaku ikon telah dijemput ke depan untuk memeriahkan acara. Tuan KPPD telah meminta semua bergambar dengan menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah (tagline PPDa SKTPP). Terima kasih atas sokongan PPD. Semoga seluruh sekolah di Sepang dengan bimbingan PPD akan serius membanteras Dadah demi masa depan yang gemilang...










Selesai acara memotong kek

Bersama En. Zulfikri - pegawai PPDa PPD Sepang

Friday, 23 December 2016

Perlawanan Persahabatan Kriket vs Dubai

Tahniah buat 8 orang murid dan 2 orang guru (En. Junaidi dan En. Izwan) yang terlibat dalam perlawanan persahabatan kriket menentang team dari Dubai di Kinrara petang tadi. Keputusan : seri. Semoga berjaya dalam perlawanan-perlawanan seterusnya...








Sihat Cergas Tanpa DARVIH

Thursday, 22 December 2016

Majlis Tautan Kasih MGB Sepang

Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih dan Jamuan Akhir Tahun 2016 di PICC. Majlis ini diadakan bagi meraikan Guru-Guru Besar yang bersara dan bertukar ke luar daerah. Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin turut hadir memeriahkan majlis bersama pegawai-pegawai PPD; En. Zuhaimi dan En. Faizam.
   Terima kasih buat Tn. KPPD, pegawai-pegawai PPD dan GB-GB Daerah Sepang atas sokongan dan solidariti terhadap program PPDa SKTPP.
"Daerah Sepang Cemerlang Tanpa DARVIH"









PPD Sepang Benci DARVIH

Thursday, 8 December 2016

Kejohanan Kriket Guru-Guru Malaysia

Hari ini berlangsung Kejohanan Kriket Guru-Guru Malaysia antara negeri-negeri. Kejohanan akan berlangsung sehingga Ahad 11.12.2016 di Kinrara. Game hari ini Selangor menang vs Kedah 158 berbalas 84. Tahniah!

Kriket Teachers Cup Benci DARVIH

Semasa Selangor menentang Pahang

Selangor mendapat tempat ke-4, kalah kepada Johor.
Tahniah!!