Alhamdulillah hebahan Benci Dadah telah semakin difahami dan dihayati oleh Tuan KPPD Sepang serta seluruh warga PPD Sepang. Semasa majlis Perhimpunan Bulanan PPD (November dan Disember), dalam ucapan Tuan KPPD; Tn. Hj. Khairi b. Bidin telah menyentuh tentang program PPDa SKTPP dan meminta semua sekolah melaksanakan program tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Dalam majlis tersebut Guru Besar; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali telah dianugerahi "Ikon Inspirasi Kepimpinan Sekolah" oleh Tuan KPPD. Salah satu pencapaian yang membolehkan GB mendapat anugerah tersebut adalah usaha, komitmen dan minat GB terhadap PPDa sejak memimpin SK Kota Warisan lagi - Johan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun 2014. Semoga SKTPP akan menjejak langkah SKKW dalam pertandingan kebangsaan tahun ini. Insya Allah.
Semasa acara memotong kek hari jadi pegawai-pegawai yang lahir pada bulan November dan Disember, GB SKTPP selaku ikon telah dijemput ke depan untuk memeriahkan acara. Tuan KPPD telah meminta semua bergambar dengan menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah (tagline PPDa SKTPP). Terima kasih atas sokongan PPD. Semoga seluruh sekolah di Sepang dengan bimbingan PPD akan serius membanteras Dadah demi masa depan yang gemilang...

Selesai acara memotong kek
Bersama En. Zulfikri - pegawai PPDa PPD Sepang
No comments:
Post a Comment