Saturday 22 April 2017

Pameran PPDa @ Program Guru Aktif 1Selangor

Program Guru Aktif 1 Selangor Bersama Masyarakat Sepang anjuran Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang dengan kerjasama PPD Sepang telah diadakan di SMK Seri Sepang dengan jayanya. Banyak acara telah disusun antaranya; senamrobik, larian santai, sukaneka, pameran serta jualan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shahlan bin Ismail, Pengarah Perancangan Strategik, Pejabat YAB Perdana Menteri, Putrajaya.
   SKTPP terlibat selaku AJK Pameran PPDa berkolaborasi dengan pihak AADK. Terima kasih banyak diucapkan buat pihak AADK atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dengan menyediakan bahan pameran, tayangan video dan pegawai- pegawai yang bertugas. Pn. Guru Besar dibantu oleh Cikgu Arzah, Cikgu Juli dan Cikgu Norafiza SKTPP2. Turut sama bertugas ialah 3 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK BBST yang bertindak membantu mengedarkan flyers dan menerangkan kepada para pelawat info tentang dadah dan PPDa.
   Sewaktu lawatan oleh YBhg. Dato' Shahlan ke tapak pameran, Tuan KPPD Tn. Hj. Khairi telah menguar-uarkan penglibatan dan kejayaan SKTPP dalam menyebarkan maklumat tentang dadah. Dato' Shahlan memuji usaha sekolah dalam memupuk semangat benci dadah serta rokok yang semakin membimbangkan dewasa ini. Semoga Pameran PPDa ini sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak muda yang hadir ke Program Guru Aktif ini agar menjauhi dadah serta DARVIH demi masa depan yang gemilang...

















No comments:

Post a Comment