Hari ini seorang ibu kepada murid sekolah ini iaitu Pn Zaharah bt Nayan telah menderma sebanyak 12 botol cat Pelaka untuk projek PPDa di luar Bilik Kemahiran Hidup. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zaharah kerana sama-sama memberi sokongan dalam pembangunan projek PPDa. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.
Pn Zaharah bersama keluarga dengan barang sumbangan
Tanda sokongan "Benci Dadah"
Ahli kumpulan yang diketuai oleh Pn Norazian bt Anuar bersama-sama pekerja sekolah (Pn. Debra) dan bantuan daripada seorang murid SMK Putra Perdana (Nur Yusnina bt Ahmad Faisal) bergotong -royong bagi menyiapkan mural di dinding Bilik Kemahiran Hidup.
No comments:
Post a Comment