Wednesday, 28 April 2021

Mesej 5 Minit Dadah

 Jom refresh maklumat berkaitan DADAH melalui mesej 5 minit dadah.







Ke pasaraya membeli kain,

Kain dibuat kebaya nyonya,

Usah terpedaya senyuman heroin,

Indah sementara kecundang sudahnya.


Dalam hati resah gelisah,

Bimbang sekali dimarahi ibu,

Bertindak agresif, pemarah dan resah,

Itulah penangan ectacy dan syabu.

Sunday, 7 March 2021

Program Sukarelawan Antidadah (SKUAD) Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang Tahun 2021

06 Mac 2021 💨 Sabtu 💨  Medium google meet 💨 9.15 pagi - 1.15 petang

Perkongsian ilmu berkaitan ilmu sukarelawan dan bagaimana menarik seseorang ke arah kebaikan hari ini bersama-sama AADK, PEWARIS & Cgu Jinggo sangat bermakna untuk guru-guru daerah Sepang terutamanya diri saya sendiri.

"Dunia tidak bertanya dari mana kita bermula, tetapi dunia hanya melihat keputusan". Itulah yang sering disebut-sebut oleh Cgu Jinggo. Saya mengakuinya!! Generasi sekarang amat fragile. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh membunuh potensi mereka dengan cara membanding-banding. 

65% mereka di luar sana terlibat dengan dadah adalah berpunca daripada keluarga. Oleh itu, Lebih Baik Cegah! Terima seadanya, jangan biarkan Lost Child. Duduk di rumah tetapi masa anak-anak lebih kepada teknologi, idola, rakan sebaya. Keluarga adalah yang terakhir dalam hidup mereka. Ayuh, kita sama-sama bantu dalam membentuk generasi cemerlang.

Pengacara majlis, Puan Norhidayu daripada AADK Sepang

Penerangan tentang latar belakang AADK 

SKUAD merupakan entiti sukarelawan AADK. Semua yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sebagai SKUAD AADK

AADK mempunyai 3 unit iaitu rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan

Penerangan mengenai 3 unit ini

Perkongsian bersama Kapten Bersekutu Nurhafizah Muhammad daripada PEWARIS

Perkongsian bersama Cgu Jinggo @ Harun Abu Bakar

Ucapan daripada Dr Nazira bt Sadiron (Pengarah AADK Negeri Selangor)

Majlis diakhiri ucapan ringkas oleh Pn. Haslina bt Hashim (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang)

Sebahagian daripada 53 peserta hari ini

"LEBIH BAIK CEGAH"

Thursday, 18 February 2021

Ceramah Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021

Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP.

Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan.

Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani.

Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah

Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs)

Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah

Mendapat lebih 79k views pada malam ini

Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau












Antara gambar guru-guru dan murid-murid menonton live di rumah masing-masing yang sempat dikongsikan.
Simbol 👎👎👎👎👎👎👎👎👎SKTPP Benci Dadah 
tidak pernah lupa oleh warga SKTPP.

















Selamat Hari Antidadah Kebangsaan 2021

"Lebih Baik Cegah"