- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Sunday, 11 April 2021
Sunday, 7 March 2021
Program Sukarelawan Antidadah (SKUAD) Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang Tahun 2021
06 Mac 2021 💨 Sabtu 💨 Medium google meet 💨 9.15 pagi - 1.15 petang
Perkongsian ilmu berkaitan ilmu sukarelawan dan bagaimana menarik seseorang ke arah kebaikan hari ini bersama-sama AADK, PEWARIS & Cgu Jinggo sangat bermakna untuk guru-guru daerah Sepang terutamanya diri saya sendiri.
"Dunia tidak bertanya dari mana kita bermula, tetapi dunia hanya melihat keputusan". Itulah yang sering disebut-sebut oleh Cgu Jinggo. Saya mengakuinya!! Generasi sekarang amat fragile. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh membunuh potensi mereka dengan cara membanding-banding.
65% mereka di luar sana terlibat dengan dadah adalah berpunca daripada keluarga. Oleh itu, Lebih Baik Cegah! Terima seadanya, jangan biarkan Lost Child. Duduk di rumah tetapi masa anak-anak lebih kepada teknologi, idola, rakan sebaya. Keluarga adalah yang terakhir dalam hidup mereka. Ayuh, kita sama-sama bantu dalam membentuk generasi cemerlang.
![]() |
| Pengacara majlis, Puan Norhidayu daripada AADK Sepang |
![]() |
| Penerangan tentang latar belakang AADK |
![]() |
| SKUAD merupakan entiti sukarelawan AADK. Semua yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sebagai SKUAD AADK |
![]() |
| AADK mempunyai 3 unit iaitu rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan |
![]() |
| Penerangan mengenai 3 unit ini |
![]() |
| Perkongsian bersama Kapten Bersekutu Nurhafizah Muhammad daripada PEWARIS |
![]() |
| Perkongsian bersama Cgu Jinggo @ Harun Abu Bakar |
![]() |
| Ucapan daripada Dr Nazira bt Sadiron (Pengarah AADK Negeri Selangor) |
![]() |
| Majlis diakhiri ucapan ringkas oleh Pn. Haslina bt Hashim (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang) |
![]() |
| Sebahagian daripada 53 peserta hari ini |
"LEBIH BAIK CEGAH"
Thursday, 18 February 2021
Ceramah Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021
Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP.
Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan.
Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani.
![]() |
| Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah |
![]() |
| Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs) |
![]() |
| Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah |
![]() |
| Mendapat lebih 79k views pada malam ini |
Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau
Antara gambar guru-guru dan murid-murid menonton live di rumah masing-masing yang sempat dikongsikan.
Simbol 👎👎👎👎👎👎👎👎👎SKTPP Benci Dadah
tidak pernah lupa oleh warga SKTPP.
Selamat Hari Antidadah Kebangsaan 2021
"Lebih Baik Cegah"
Wednesday, 17 February 2021
Jangan Lupa Temujanji Kita!!
Ceramah kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah
Tarikh : 18 Februari 2021 (Khamis)
Masa : 8.30 - 9.30 malam
medium : www.youtube.com/shamtvmedia
Murid-murid jangan lupa ya😍😍😍😍dengar dan faham apa yang disampaikan oleh tuan penceramah dan sebagai aktiviti tambahan sila buat peta minda atau infografik berkaitan dengan maklumat yang disampaikan.
Sebarang persoalan boleh hubungi Cikgu Arzah di talian 0187694951. Ada hadiah🎁 menarik menanti kamu!!

















































