Wednesday, 10 April 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa Dari SK Subang

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana telah dikunjungi lagi oleh warga SK Subang untuk lawatan penanda arasan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Kali ini pelawat turut dihadiri ahli PIBG sekolah tersebut. Warga SKTPP mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas lawatan ini.

Atur Cara Majlis:
9.00 pagi
- Ketibaan PIBG dan guru-guru
- Bergerak ke Terminal Muafakat
- Jamuan ringan
- Ucapan aluan oleh pengerusi majlis (Puan Nor Arzah bt Hussin)
- Bacaan Doa (Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhamad Taib)
- Ucapan Guru Besar SKTPP (Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)
- Ucapan YDP PIBG SKTPP (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian)
- Ucapan NYDP PIBG SK Subang (Tn Hj Masni bin Hj Mohd Dahlan)
- Tayangan Multimedia
- Penyampaian cenderamata
- Sesi menandatangani sijil jaringan
- Lawatan ke Ujana Ilmu
- Sesi fotografi di Dermaga Minda
- Lawatan ke Bilik Sumber PPDa
- Bersurai

Senarai nama warga SK Subang yang hadir:
1. Tn Hj Mesni bin Hj Mohd Dahlan (NYDP PIBG SK Subang)
2. Pn Rosimah bt Mohamad (PK HEM SK Subang)
3. Pn Rozita bt Taib (PK Petang SK Subang)
4. En Muhammad Tarmizi bin Suratman (Penyelaras PPDa SK Subang)
5. Pn Aiza bt Tajudin (Setiausaha PPDa SK Subang)
6. En Kamarudin bin Abd Rashid (GBKSM SK Subang)
7. Dato' Mejar Hj Karim bin Hj Kasnan (Guru SK Subang)
8. En Nasarudin bin Mohd Nor (Guru SK Subang)
9. Pn Marhaini bt Othman (Guru SK Subang)
10. En Rahimatullah bin Abdul Mutalib (Guru SK Subang)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Lawatan Penanda Arasan dijalankan:

Selamat datang warga SK Subang
Jamuan khas buat tetamu

Ucapan aluan pengerusi majlis, Puan Nor Arzah bt Hussin
Ucapan Guru Besar SKTPP, Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG SKTPP, Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian
Ucapan NYDP PIBG SK Subang, Tn Hj Masni bin Hj Mohd Dahlan


Penyampaian cenderamata
Penyampaian cenderamata
Penyampaian cenderamata

Lawatan di Bilik Sumber PPDa SKTPP

Bergambar kenangan di Dermaga Minda SKTPP

Menulis nama di buku pelawat

Warga SKTPP dan warga SK Subang benci DARIH
Diharapkan para pelawat mendapat sedikit sebanyak idea & ilmu mengurus program PPDa & PIBG hasil perkongsian bersama ini. 

Monday, 8 April 2019

Program 5 Minit Anti Dadah Kali Pertama 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. pada pagi ini SK Taman Putra Perdana dapat melaksanakan Program 5 Minit Anti Dadah untuk kali pertama tahun 2019. Program 5 Minit Anti Dadah bertujuan memberi pendedahan awal kepada semua murid tentang bahaya penyalahgunaan bahan terlarang. Sahabat PPDa memainkan peranan mereka dalam penyebaran untuk memerangi najis dadah. 

Semoga dengan adanya Program 5 Minit Anti Dadah, akan memartabatkan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan dapat memberi kesedaran awal penyalahgunaan dadah kepada semua murid SKTPP. 

Sahabat PPDa yang bertugas menjalankan Program 5 Minit Anti Dadah iaitu:

1. Adik Allysa Rizqin binti Ahmad Junaidi - 4 Intelek
2. Adik Nurin Aqeela binti Mohd Fadil - 4 Intelek

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program 5 Minit Anti Dadah dijalankan: 

Adik Allysa Rizqin dan Adik Nurin Aqeela

Sahabat PPDa dari kelas 4 Intelek

Murid-murid melihat dan mendengar Program 5 Minit Anti Dadah

Thursday, 7 March 2019

Pelancaran PPDa, IMFree dan Penyerahan Watikah Pelantikan Sahabat PPDa Tahun 2019

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya pada hari ini, SK Taman Putra Perdana berjaya melaksanakan pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), IMFree dan penyampaian watikah pelantikan Sahabat PPDa bagi tahun 2019. Tujuannya bagi menguar-uarkan program PPDa dan IMFree kepada warga SKTPP serta menzahirkan pengiktirafan kepada semua Sahabat PPDa yang akan dilantik sebagai Agen Benci DARIH di SKTPP.
DARIH adalah singkatan daripada perkataan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS.

Buku Program Pelancaran PPDa, IMFree dan Watikah
Pelantikan Sahabat PPDa Tahun 2019
Gambar aktiviti sesi pagi

Pengerusi Majlis - Pn Norli bt Hassan

Alfadhil Ustaz Zurilazman bin Abdullah memimpin bacaan doa
Semoga warga SKTPP sentiasa mendapat Rahmat dan diberkati olehNya.
Aamiin..Ya Robbal A'lamin..

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Pn Azizah Mokhlas

PK Hal Ehwal Murid, Pn Rosmah bt Jamat membaca perutusan Hari Anti
Dadah Kebangsaan dari AADK

Gimik pelancaran direalisasikan oleh Pn Azizah Mokhlas & Pn Rosmah Jamat

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan jawatankuasa program

Wajah para pendidik SKTPP

Warga guru wanita SKTPP
Penyampaian watikah pelantikan Sahabat PPDa sesi pagi

Terima kasih cikgu..
Watikah pelantikan untuk Sahabat PPDa

Sahabat PPDa membaca ikrar 

IMFree

Kami benci DARIH
Gambar aktiviti sesi petang:

Ucapan Pengerusi majlis, Pn Nor Athirah Amani bt Muhammad

Ucapan PK Petang, Pn Jumilah bt Ahmad

Bergambar kenangan bersama PK Petang dan barisan jawatankuasa

Sebahagian guru sesi petang

Wajah murid-murid sesi petang

Penyampaian watikah pelantikan Sahabat PPDa sesi petang

Terukir senyuman manis

Bacaan ikrar oleh Sahabat PPDa sesi petang

Kami benci DARIH

IMFree
Semoga Sahabat-sahabat PPDa akan memainkan peranan dengan sebaik-baiknya dalam membantu pihak sekolah menyebarluas maklumat tentang keburukan dan kesan-kesan negatif pengaruh dadah sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Disediakan oleh :
Pn. Juli binti Mahbah

Thursday, 31 January 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa SK Subang

Pada 31 Januari 2019 bersamaan hari Khamis, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali kedua tahun 2019. Lawatan kali ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Subang yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Para pelawat sampai pada pukul 10.00 pagi. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat Terminal Muafakat  dan dijamu sedikit makanan yang telah disediakan.

Selesai makan, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhammad Taib. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali berkaitan dengan latar belakang Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Seterusnya, ucapan daripada Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian berkaitan dengan peranan PIBG sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah; terutamanya bagi aktiviti sekolah yang terlibat dengan pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Pihak PIBG banyak membantu dari segi kewangan dan sumbangan barang-barang yang diperlukan oleh pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta komuniti setempat amat penting bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana sudi menerima lawatan dari SK Subang untuk melihat  Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan berkongsi ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). 

Selepas itu, tayangan multimedia berkaitan dengan proses dan pelaksanaan bilik sumber dan aktiviti PPDa SKTPP dipersembahkan. Selesai tayangan multimedia, guru besar SKTPP dan SK Subang saling menandatangani sijil jaringan lawatan penanda arasan PPDa serta bertukar sijil dan cenderahati dari sekolah masing-masing.

Agenda yang seterusnya ialah melawat ke Ujana Ilmu SKTPP bertujuan untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Selepas lawatan ke Ujana Ilmu SKTPP, sesi bergambar di Dermaga Minda bersama-sama guru-guru SK Subang dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar beralih pula kepada agenda utama iaitu melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terakhir sekali, guru dari SK Subang dibawa ke bilik Kaunseling untuk melihat fail-fail berkaitan dengan bilik sumber PPDa SKTPP.  

Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi maklumat dan idea-idea baru kepada guru SK Subang untuk menyediakan Bilik Sumber PPDa yang menarik dan lebih cemerlang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru SK Subang dengan guru-guru SKTPP.

Gambar-gambar sekitar lawatan:







































Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman