Monday, 2 April 2018

Lawatan Murid-murid Kelas 4 Magnesium Ke Bilik Sumber PPDa

Pada hari ini semua murid 4 Magnesium berasa sangat gembira kerana mereka dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa di sekolah sendiri iaitu SK Taman Putra Perdana. Lawatan ini bermula pada pukul 9.50 pagi hingga 10.50 pagi. Mereka juga berasa bangga kerana Bilik Sumber PPDa SKTPP telah dinobatkan memperolehi Lima Bintang dalam Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas.

Murid-murid perempuan 4 Magnesium benci DARVIH

Kami 'IMFree'

Semua murid lelaki 4 Magnesium benci DARVIH

Katakan 'IMFree'
Semoga lawatan ini dapat menyemarakkan lagi perasaan cinta dan sayangi diri serta benci DARVIH dalam kalangan semua murid 4 Magnesium.

Tuesday, 27 March 2018

Lawatan Penanda Arasan PPDa SK Taman Pantai Sepang Putra

         Pada 27 Mac 2018, seramai  11 orang AJK PIBG dan 5 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa sekolah kita.  Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan pendedahan dalam menambah baik dan menjayakan Program PPDa di sekolah mereka.
         Para peserta lawatan penanda arasan juga telah dibawa melawat Ujana Ilmu SKTPP yang merupakan satu lagi kebanggaan SKTPP. Guru-guru dan AJK PIBG sekolah pelawat telah mengambil kesempatan ini untuk mencari idea & panduan dalam membangunkan program PPDa di sekolah mereka kelak. Semoga lawatan ini mampu membuahkan hasil dalam menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan menyiapkan dokumentasi yang ditetapkan oleh KPM. 
     Turut hadir sama dalam rombongan pelawat adalah Puan Norazlina Binti Hj Ramli selaku YDP PIBG SK Taman Pantai Sepang Putra. YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan NYDP PIBG SKTPP; En. Ibrahim B. Rahman turut hadir menyambut para tetamu. Terima kasih buat YDP dan NYDP yang sudi meluangkan masa. Terima kasih juga kepada warga SK Taman Pantai Sepang Putra yang sudi melawat Bilik Sumber PPDa sekolah kami. Jemput datang lagi.

 Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:-

Ucapan Guru Besar; Pn. Hjh Rohaidah Bt. Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan YDP PIBG SKTPSP; Pn. Norazlina binti Hj. Ramli



















 Terima kasih atas kunjungan ...

Saturday, 10 March 2018

Hebahan IMFree @ Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Daerah Sepang

  • Tahniah buat para pemenang MTQ..
  • Terima kasih buat PPD atas bimbingan dan sokongan..
  • Tahniah PPKI SKTPP kerana dinobatkan selaku Johan Keseluruhan PPKI Sekolah Rendah Daerah Sepang..
  • Tahniah dan terima kasih buat semua guru / staf SKTPP yang telah melaksanakan tugas selaku urusetia majlis..
  • Terima kasih semua kerana memeriahkan suasana majlis dengan hebahan IMFree..




Friday, 9 March 2018

PPDa & IMFree @ Kejohanan Olahraga MSSD Sepang 2018

Tahniah team SKTPP atas pencapaian selaku Naib Juara Keseluruhan Sekolah Rendah dalam Kejohanan Olahraga MSSD di Stadium BBST iaitu 6 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Syabas buat para atlet dan jurulatih. Semoga lebih berjaya pada tahun depan...
Semangat juang dan daya saing yang tinggi berkumandang selari dengan semangat Benci DARVIH dan Bebas Rokok (kempen IMFree)...










Friday, 2 March 2018

Majlis Pelancaran PPDa & Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2018



Tarikh : 2 Mac 2018 
Masa : 7:50 a.m. (sesi pagi) 2:40 p.m. (sesi petang)
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Objektif
~ Menguar-uarkan program dan aktiviti PPDa kepada warga sekolah.
~ Pengiktirafan kepada Sahabat PPDa sebagai Agen Benci DARVIH.
~Melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membasmi DARVIH.

Visi 
~ Sekolah Bebas Dadah 

Misi
~ Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu & menyeluruh daripada aspek pengurusan & kepimpinan,kurikulum , kokurikulum, pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah. 



Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Manakala Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) pada sesi petang.
 Setelah selesai Majlis Pelancaran PPDa yang begitu meriah, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah berlangsung dengan jayanya di mana seramai 14 orang pelajar tahap 1 dan 34 orang pelajar tahap 2 telah dilantik sebagai Sahabat PPDa. Sahabat PPDa ini diwujudkan sebagai Agen Benci DARVIH yang dapat  membantu guru-guru dalam melaksanakan program-program PPDa sepanjang tahun.
      Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP agar mereka menjauhi dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS serta berupaya menentang ancaman dadah dengan sebagaimana visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah.