Saturday, 4 November 2017

Cemerlang Koku Negeri Selangor

Tahniah buat Ashraf, Cikgu Junaidi dan Cikgu Izwan atas kecemerlangan dalam sukan kriket yang telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Selangor 2017.
"Cemerlang Tanpa DARVIH"



Monday, 23 October 2017

Mesyuarat JKPD Bil. 2/2017

Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali telah dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bil. 2 / 2017 hari ini 23.10.2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Wedelia, AADK Daerah Sepang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha JKPD; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir selaku Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang mewakili Pengerusi; YB Tn. Shahrum bin Dato' Hj. Mohd. Sharif yang tidak dapat hadir atas urusan yang lebih penting.
   Mesyuarat kali ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli baru iaitu wakil dari IPD Sepang, Pejabat Agama Sepang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Sepang. Semoga perbincangan dan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya Orang Kena Pengawasan (OKP) yang terlibat dalam program-program JKPD ini.
"Membasmi Dadah Adalah Tanggungjawab Bersama. Marilah Bertindak Segera"






Saturday, 21 October 2017

PPDa @ Kebitaraan Kriket SKTPP

Sempena pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada hari Khamis 26.10.2017 ini, sekolah telah diceriakan dengan pelbagai poster dan lanskap baru di sekitar sekolah. Antaranya; banner kebitaraan sekolah kriket dengan kejayaan salah seorang murid SKTPP iaitu Ashraf. Tahniah Ashraf! Kita Cemerlang Tanpa DARVIH!!



Friday, 13 October 2017

PPDa @ HSN

Hari Sukan Negara disambut meriah setiap tahun. Dalam kegembiraan dan keseronokan bersenamrobik dan bersukan, guru-guru, murid-murid dan staf SKTPP tak pernah lupa menghebahkan semangat Benci DARVIHnya. Awesome...







Thursday, 12 October 2017

Mural PPDa Baru Sekitar Sekolah

Jom nikmati mural-mural baru di sekitar sekolah yang bermaklumat PPDa. SKTPP sentiasa segar dengan info DARVIH agar anak-anak murid sentiasa komited menjauhi DARVIH...








Friday, 6 October 2017

Lawatan Penanda Arasan SK Oran, Perlis

Hari ini SKTPP menerima lawatan penanda arasan SK Oran, Mata Ayer, Perlis. Terima kasih buat Guru Besar; En. Adzhar bin Shafie serta guru-guru SK Oran atas kunjungan. Para pelawat dibawa ke Bilik Sumber PPDa dan Ujana Ilmu (Pusat Sumber Sekolah). Semoga lawatan ini dapat merapatkan hjbungan silaturrahim.kedua-dua buah sekolah dan masing-masing dapat berkongsi ilmu untuk manfaat anak-anak didik kita. Moga silaturrahim berpanjangan...

























Hingga berjumpa lagi