Sunday, 16 April 2017

PPDa @ Perkhemahan Unit Beruniform Perdana

Tahniah buat 80 peserta Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2017 yang begitu bersemangat menjalani setiap aktiviti yang diatur oleh pihak Kem Lambaian Danau, Chin Chin, Jasin, Melaka. Antara aktiviti yang dilalui oleh para peserta adalah seperti obstacle run, night walk, water confidence, game war, jungle trekking, nature walk dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan kawasan hutan, paya, semak, tasik, lumpur serta bukit-bukau. Murid-murid merasai sendiri pengalaman mengharungi kegelapan dalam hutan, mendayung rakit, terapung di dalam air danau, terjunan bebas, mengharungi paya, bergerak sambil meniarap di dalam lumpur dan berbagai-bagai lagi. Murid-murid yang pada mulanya takut dan geli lama-kelamaan seronok dan gembira.
   Kem selama 3 hari yang bermula pada 14 - 16 April 2017 ini telah merakamkan pelbagai kenangan manis dan pahit buat murid-murid dan guru-guru yang turut serta. Semoga murid-murid terpilih ini akan pulang dengan jati diri dan semangat yang kental. Syabas kerana tetap membawa hebahan Benci DARVIH sehingga ke pusat camping...



Gembira nak naik bas


Guru Besar turut memberi sokongan kepada para peserta pada hari ke-2

Berakit-rakit ke hulu....

Berenang-renang di dalam lumpur

Mengharungi paya

SKTPP Benci DARVIH

Thursday, 13 April 2017

Jamuan Ringan

Alhamdulillah hari ini Guru Besar baru sempat belanja anak-anak murid Sahabat PPDa serta murid-murid yang terlibat dengan perbarisan dan persembahan semasa Majlis Penarafan Bilik Sumber PPDa minggu lepas. Murah je - chicken chop dan milo ais. Siap minta tambah lagi...
   Terima kasih juga buat Cikgu Astina yang turut sponsor kek. Semoga majlis ini dapat melahirkan rasa penghargaan sekolah kepada murid-murid yang telah banyak berjasa dan bertungkus lumus selama ini. Semoga kejayaan akan mengiringi usaha kita Amiinn..














Thursday, 6 April 2017

Majlis Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat Kebangsaan 2017 yang telah dilangsungkan dalam suasana yang sungguh meriah lagi eksklusif. Syabas buat murid-murid yang telah memberikan persembahan yang sangat cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada para guru / staf, PIBG serta masyarakat setempat yang bersatu hati.
   Terima kasih banyak juga buat jemputan yang dapat hadir yang terdiri daripada ketua jabatan dan wakil agensi-agensi seperti Polis, Kastam, AADK, Pemadam serta syarikat keselamatan. Sokongan kalian membuktikan wujudnya kolaborasi yang mantap bersama pihak sekolah dalam melaksanakan program PPDa ini. Buat ikon PPDa; Amir Raja Lawak - terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...
   Syukur segala perancangan yang disusun berjalan dengan amat lancar dan serba menjadi. Tahniah! Semoga usaha kita bertahun-tahun dalam memberi pendidikan pencegahan dadah dan DARVIH selama ini diberkati Allah SWT. Doa dan harapan agar kejayaan menjadi milik kita. Amiinn...






Selamat Datang Panel Hakim

Moga kejayaan menjadi milik SKTPP.
All the best!

Tuesday, 4 April 2017

Kemenjadian Murid via Raptai

Kesibukan membuat persiapan dan raptai penarafan PPDa bukan sahaja melibatkan guru-guru bahkan murid-murid juga turut membantu dan berlatih berdasarkan tugas yang telah diberi. Segala potensi murid digilap dan dibimbing bagi memastikan segalanya lengkap dan terbaik untuk dipaparkan kepada para hakim dan tetamu jemputan nanti.
   PPDa jelas bukan sahaja memberikan ilmu dan pendidikan pencegahan dadah serta DARVIH malah menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid. Syabas kepada semua Sahabat PPDa dan keseluruhan murid. Semoga kalian dapat menunjukkan kesungguhan dan ketrampilan yang cemerlang pada hari penarafan kelak. Syabas juga buat para guru yang membimbing...










Monday, 3 April 2017

PPDa @ HIP

Semangat Benci Dadah tetap bergema sepanjang pelancaran Highly Immersive Programme (HIP). Jom tengok...








Saturday, 1 April 2017

Sumbangan PIBG

Terima kasih banyak diucapkan kepada PIBG SKTPP atas sumbangan menampung kos sambutan penarafan PPDa peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 6 April 2017 nanti. Kelulusan tersebut dicapai semasa Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 pada 1 April 2017. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat besar ertinya dalam meringankan beban sekolah bagi membuat persiapan penghakiman tersebut. Semoga kolaborasi dan permuafakatan yang sedia intim antara pihak sekolah dan PIBG ini akan memantapkan lagi program PPDa yang dilaksanakan di SKTPP...




Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 sesi 2017 / 2018