Wednesday, 29 March 2017

Murid-murid PPKI Gembira Ceria

Sempena lawatan PPKI ke SK Presint 9, Putrajaya, murid-murid dan guru-guru PPKI telah melahirkan kegembiraan mereka dengan menunjukkan isyarat Benci DARVIH kepada murid-murid lain yang tinggal. Semoga beroleh pengetahuan dan seronok di sana....



Tuesday, 28 March 2017

Abang Fathan Benci DARVIH

Menginsafi objektif program PPDa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, seluruh warga sekolah turut sama menyemarakkan kempen Benci DARVIH ini termasuklah oleh kakitangan Kantin SKTPP. Salah seorang staf kantin; Abang Fathan telah menunjukkan semangat Benci DARVIH ini secara sukarela sambil tersenyum santai. Terima kasih warga kantin SKTPP atas kerjasama dalam menyemarakkan hebahan Bebas DARVIH ini bersama-sama murid-murid dan guru-guru...

Kantin SKTPP Bersih Tanpa DARVIH

Mesyuarat AJK Bilik Sumber PPDa Kali Ke-2

Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, dapat juga Mesyuarat AJK Bilik Sumber PPDa diadakan buat kali ke-2 hari ini. Mesyuarat kali ini digabungkan bersekali dengan Mesyuarat AJK Pelaksana Sambutan Penarafan Bilik Sumber Peringkat Kebangsaan 2017. Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga kita akan lebih bersedia menerima panel hakim pada 6 April 2017 nanti..





Persiapan Sambutan Penarafan Semakin Rancak

Jom tengok persiapan murid-murid hasil bimbingan guru-guru bagi menyambut para panel hakim Penarafan PPDa Kebangsaan nanti. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan para guru dan murid. Sesungguhnya kita serius untuk membuktikan bahawa PPDa telah menyuntik semangat cemerlang dalam diri kita bagi menghadapi apa jua tugasan yang diberi...













Monday, 27 March 2017

Khidmat Bantu JPS

Terima kasih banyak buat Tn. Hj. Ghazali dari Unit PPDa JPN Selangor atas bimbingan, bantuan, nasihat dan perkongsian pengalaman dan ilmu bersama guru-guru Penyelaras dan Setiausaha PPDa SKTPP. Lama hj. berada di sekolah meneliti fail yang telah disediakan. Diharapkan kita punya masa untuk membaiki, menambahbaik, menyusun sekalipun terpaksa membuat semula sebagaimana yang disarankan. Semoga mendapat kerjasama padu daripada para guru dan staf bagi memantapkan persembahan kita. Go! Go! Go!




Bincang-bincang Lanskap Kolam

Apa agaknya yang dibincangkan oleh think tank kolam PPDa ni? Semoga lanskap yang telah dirancang akan menambat hati murid-murid dan para pelawat Bilik Sumber PPDa kami. Tungguuu...


Persiapan Sambutan Penarafan

Menjelang penarafan kebangsaan yang akan diadakan pada 6 April 2017 nanti, AJK-AJK yang dipertanggungjawabkan telah membuat persiapan dan latihan. Jom tengok persiapan AJK Sambutan melatih anak-anak murid Unit Beruniform. Turut hadir : YDP PIBG. Terima kasih tn hj. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak kita ini akan membuktikan kesatuan dan ketegasan yang jitu dalam menghindari gejala DARVIH...