Saturday, 8 October 2016

YB Dato' P.Kamalanathan Benci DARVIH

Pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya, Ustaz Zunaidi telah berkongsi semangat kesukanan dan Benci DARVIH bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1; YB Dato' P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan. Terima kasih YB Dato' atas sokongan...



Renungan Hidup

Salah satu mural baru dalam Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga akan memberi impak dan kesedaran kepada para pelawat..

PPDa @ Sambutan Hari Sukan Negara SKTPP

Menyahut seruan bagi menjalankan program Hari Sukan Negara, sekolah telah menganjurkan sesi sejam senamrobik melibatkan semua murid, guru dan staf sekolah dengan dipimpin oleh instruktor dari Majlis Sukan Negara; Cik Fatin. Sungguh meriah dan bersemangat semua peserta yang ikut bersenamrobik. Sambil bersukan dan mengeluarkan peluh, warga SKTPP tak lupa menghebahkan mesej Benci DARVIH untuk diabadikan pada hari tersebut...










Wednesday, 5 October 2016

Pertandingan Best Practices Sekolah-Sekolah Daerah Sepang

SKTPP telah menyertai Pertandingan Best Practices (BP) Sekolah-Sekolah Daerah Sepang yang telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Tajuk BP yang dipilih ialah Gempur DARVIH. Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd. Ali telah membuat pembentangan di hadapan para hakim yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPD Sepang dengan dibantu oleh Cikgu Arzah Hussin. Semoga persembahan kami akan menambat hati para penilai. Harapan semoga program PPDa versi SKTPP akan diiktiraf sebagai amalan terbaik lagi serius yang membezakan kami daripada sekolah-sekolah lain...









Tuesday, 4 October 2016

Penghargaan Kepada Murid Yang Memberi Kerjasama Dalam Penambahbaikan Pembinaan Bilik Sumber PPDa Tahun 2016

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SK Taman Putra Perdana telah ditubuhkan pada tahun lepas iaitu bulan Mei 2015 dan telah dirasmikan pada 17 September 2015. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk murid-murid di sekolah ini yang telah memberi kerjasama dalam penambahbaikan pembinaan Bilik Sumber PPDa.

Pihak sekolah berbesar hati memberi sijil penghargaan kepada murid-murid yang terlibat (bukan Sahabat PPDa) yang turut serta dalam penambahbaikan pembinaan Bilik Sumber PPDa ini.

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada murid-murid yang telibat adalah seperti butiran berikut:

Sesi pagi dan petang:
Tarikh: 4 Oktober 2016 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP (sesi pagi) / Dewan Perdana SKTPP (sesi petang)

Senarai nama murid yang terlibat (Sesi Pagi):
1. Nur Diyana Athirah Bt Mohd Asri - 5 Musytari
2. Nur Amna Nafeesa Bt Nasrullah - 5 Neptune
3. Nur Auni Bt Ishak - 4 Pediatrik
4. Nur Alia Maisara Bt Mat Mukti - 5 Zuhrah
5. Irdina Sofiyyah Bt Ahmad Kamarul Basya - 5 Zuhrah
6. Srilekha a/p Jayakumar - 5 Zuhal
7. Muhammad Nazirul Luqman bin Ahmad Rozi - 6 Sigma
8. Muhammad Hazeem bin Afzanizan - 6 Sigma
9. Khairul Azahar bin Abdullah - 6 Gamma
10. Muhammad Syafiq bin Sairuld Ranjhji Assuwatd- 6 Sigma
11. Mohamad Syafiq bin Mohamad Zabawi - 6 Sigma
12. Muhammad Adam Farhan bin Mohd Tarmizi - 6 Sigma
13. Muhammad Aminurasyid bin Sa'ari - 6 Sigma
14. Wan Nurhaifa bt Mohd Paiza - 5 Neptun
15. Puteri Nur Damiah bt Mazlan - 5 Neptun
16. Ayu Batrisya bt Alfazil - 5 Neptun
17. Adiba Mas A'dila bt Shaharuddin - 5 Pluto
18. Nur Jazmina bt Tuah - 5 Pluto
19. Intan Maiesarah bt Mohd Bakhari - 5 Pluto
20. Nur Syasha Damia bt Azahar - 5 Pluto
21. Dayang Nur Danisha Ardiana bt Awang Fairul Anuar - 5 Pluto
22. Khairunnisa Balqis bt Hamidi - 6 Lambda
23. Syazwana Nurazmina bt Azizul - 6 Zeta

Senarai nama murid yang yang terlibat (Sesi Petang):
1. Keeson a/l Perumula - 3 Angklung
2. Nur Humaira Bt Mohd Hafiz - 1 Harmoni
3. Muhammad Syazeel bin Sallehudin - 3 Kompang
4. Muhammad Nazmi Bt Nasrin - 3 Kompang
5. Nadiah Wardina Bt Mohd Idil - 3 Tabla
6. Farah Adlina Bt Mohd Razif - 3 Tabla
7. Muhammad Adib Harraz bin Azmi - 3 Nafiri

















Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan  kepada murid

Bergambar bersama sebahagian murid-murid yang mendapat sijil penghargaan

Friday, 30 September 2016

Kajian Tindakan PPDa 2016

Empat tajuk Kajian Tindakan telah dijalankan berkaitan program PPDa bagi memenuhi kriteria instrumen penilaian bagi pertandingan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan 2017. Tajuk kajian tindakan yang telah dijalankan adalah:

1.         Pengaruh dan penglibatan inhalan dalam kalangan murid tahun 6.
2.         Pengaruh vape dalam kalangan murid tahap 2.
3.         Pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dalam kalangan murid tahun 6.
4.         Pengetahuan dadah dalam kalangan murid tahap 2.

Edaran soalan soal selidik dan penerangan cara menjawab soalan soal selidik kepada murid-murid telah dijalankan pada bulan April 2016.
Hasil daripada Kajian Tindakan yang diperoleh adalah seperti berikut:

   Kajian 1 – Tajuk: Pengaruh dan penglibatan inhalan dalam kalangan murid tahun 6.
-          Hasil dapatan kajian. 
        A)   Saya tahu apa itu Inhalan.
              Graf 1A  menunjukkan bilangan responden yang mengetahui berkaitan inhalan dan bahan-bahannya. Responden yang mengetahui apa itu inhalan. seramai 25 orang (90%) daripada 30 orang responden. Manakala responden yang tidak mengetahui apa itu PPDa adalah seramai 5 orang (10%). Ini bermakna inhalan dalam  kalangan murid tahun 6 sekolah ini memang dalam pengetahuan mereka.
       B) Saya tahu cara bagaimana untuk mendapatkan bahan inhalan.
Graf 1B adalah untuk mengetahui jumlah respoden yang tahu kedudukan lokasi  di sekolah mereka iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor untuk mendapatkan bahan inhalan. Seramai 10 orang (33.3%) daripada 30 orang responden tahu manakala 20 orang (66.7%) tidak tahu kedudukan lokasi untuk mendapatkan bekalan inhalan di sekolah sendiri. Ini bermakna ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi mendapatkan bekalan seterusnya dapat membanteras gejala ini dari terus menular dalam kalangan murid sekolah kita.
  
     Kajian 2 – Tajuk: Pengaruh vape dalam kalangan murid tahap 2.



A) Saya tahu apa itu vape.




Graf 2A menunjukkan bilangan responden yang mengetahui vape secara umum. Graf menunjukkan bahawa kesemua responden mengetahui tentang vape. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun vape adalah sesuatu yang agak baru namun maklumat tentangnya telah diketahui umum termasuklah golongan murid tahap dua. Ini juga menunjukkan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah didapati berkesan dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran terhadap bahaya budaya menghisap vape ini.

B) Saya tahu keburukan menghisap vape.
           


  



Graf 2B adalah untuk mengetahui sejauh mana responden sedar akan keburukan menghisap vape. 27 orang (96.4%) daripada mereka didapati menyatakan ya untuk soalan ini dan ini merupakan hal yang baik kerana dengan menyedari akan bahaya rokok elektronik, mereka akan menjauhi daripada mencuba untuk menghisapnya.

Kajian 3 – Tajuk: Pengetahuan dan Pembabitan Berkaitan Rokok Dalam Kalangan Murid Lelaki
      A)   Saya tahu apa itu rokok.
Graf 3A menunjukkan bilangan responden yang mengetahui berkaitan rokok termasuk kandungannya. Responden yang mengetahui apa itu rokok seramai 30 orang (100%) daripada 30 orang responden. Manakala responden yang tidak mengetahui apa itu rokok adalah seramai 0 orang (0%). Ini bermakna rokok dalam  kalangan murid tahun 6 sekolah ini memang dalam pengetahuan mereka.
       B)   Saya tahu lokasi untuk mendapatkan bekalan rokok.
         Graf 3B adalah untuk mengetahui jumlah respoden yang tahu kedudukan lokasi  di sekolah mereka iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor untuk mendapatkan bekalan rokok. Seramai 13 orang (43.3%) daripada 30 orang responden tahu manakala 17 orang (56.7%) tidak tahu kedudukan lokasi untuk mendapatkan bekalan rokok di sekolah sendiri. Ini bermakna ramai lagi yang tidak mengetahui lokasi mendapatkan bekalan seterusnya dapat membanteras gejala ini daripada terus menular dalam kalangan murid sekolah kita.

Kajian 4 – Tajuk: Pengetahuan dadah dalam kalangan murid tahap 2.
     A)   Saya tahu apa itu dadah.

Graf 4A menunjukkan tentang pengetahuan asas responden mengenai dadah.Semua responden mengetahui apa itu dadah. Ini bermakna program pencegahan dadah di sekolah berjaya disampaikan kepada kumpulan sasaran.
B)   Saya tahu bahaya penyalahgunaan dadah.    
Graf 4B adalah untuk mengetahui jumlah responden yang tahu mengenai bahaya dadah. Seramai 33 orang (87.5%) daripada 40 orang responden mengetahui akan bahaya dadah, manakala 5 orang (12.5%) tidak tahu.

Sebaran hasil Kajian Tindakan PPDa telah dibuat kepada semua murid dan hasil kajian tindakan juga telah dipaparkan di dalam Bilik Sumber PPDa.
Sebaran kajian tindakan PPDa kepada murid




Sebaran kajian tindakan PPDa di Bilik Sumber PPDa

DISEDIAKAN OLEH: PN. HASLIZA BINTI SAID

Lanskap Baru Tapak Perhimpunan

Terima kasih buat guru-guru dan murid-murid yang telah mengecat baru tapak perhimpunan sekolah dengan kesan halo Benci DARVIH yang lebih segar. Semoga anak-anak murid, warga sekolah dan pelawat-pelawat akan lebih bersemangat memerangi dadah dan DARVIH..