Tuesday, 16 February 2016

Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor

Hari ini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Pasukan hakim Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor tiba pada pukul 8:30 pagi. Mereka disambut oleh para pentadbir serta Sahabat PPDa dengan diiringi bunga manggar ke dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan.

Setelah bergambar, mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi ucapan, menyaksikan persembahan multimedia dan penyampaian cenderahati. Selepas menjamu selera, para hakim kembali ke bilik mesyuarat untuk menilai fail-fail yang telah disediakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Kemudian, para hakim telah dibawa melawat Bilik Sumber PPDa dan disambut oleh murid-murid Sahabat PPDa yang bertugas di setiap terminal.


Tahniah kepada semua murid atas komitmen terhadap tugas masing-masing dan berjaya menunjukkan penghayatan yang begitu cemerlang. Semoga impian untuk mendapat Johan menjadi kenyataan.

Pintu masuk Bilik Sumber PPDa
Pegawai-pegawai bersama pentadbir


Mengalu-alukan kedatangan para pegawai
Laungan 'Kami benci DARVIH' oleh para pelajar
Pengacara majlis
Persembahan
Semua pegawai yang hadir bergambar kenangan
Persembahan multimedia


Lawatan ke Bilik Sumber PPDa
Ikon PPDa; Amir Raja Lawak bersama pentadbir dan Sahabat PPDa

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.

ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringakat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 16 Februari 2016

Nama Sahabat PPDa
Muhammad Irfan Qaedi bin Rushdan (4 Pediatrik)
Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (3 Tabla)
Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam
Muhammad Irfan Qaedi bin Rushdan

TAJUK : KEBERGANTUNGAN PADA DADAH



Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

i) Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.


ii) Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :-

    • Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
    • Daya tahan meningkat.
    • Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
    • Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
    • Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti       menggunakan untuk beberapa waktu




Friday, 5 February 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti Info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 5 Februari 2016

Nama Sahabat PPDa
Zuhry Zayyan bin Zunaizan (3 Tabla)
Nurin Irdina Husna binti Mohd Nasir (6 Theta)



Zuhry Zayyan bin Zunaizan

Nurin Irdina Husna binti Mohd Nasir

TAJUK : DEFINISI DADAH
Dadah atau “drug” adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan.  Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kapada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Terdapat empat sebab anda boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah seperti keperluan kewangan yang terdesak, tawaran kewangan yang lumayan, hadiah melancong ke luar negara dan ditipu/terpedaya dengan kekasih/teman.


Thursday, 4 February 2016

Juara Merentas Desa Benci DARIH

Usai Kejohanan Merentas Desa pada hari Rabu (laporan klik di sini), majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari Khamis 4.2.2016. Tahniah buat semua pemenang. Jelas sekali anak-anak murid SKTPP sentiasa cergas dan sihat tanpa DARIH...








Monday, 1 February 2016

Lawatan daripada Pegawai Kanan PPDa, JPS

1hb Februari 2016 sejarah melakarkan sekali lagi Tn Hj Mohd Ghazali hadir ke SKTPP bagi memberi bantuan dan idea untuk persediaan Penarafan Bilik Sumber Kali Ke-2. Jutaan terima kasih kepada Tn Hj Ghazali kerana dalam kesibukan masih sempat juga menjengah SKTPP. Perkongsian idea diharapkan mampu memberi kesan yang terbaik kepada Bilik Sumber PPDa.Terima kasih juga kepada PIBG SKTPP kerana senantiasa menyokong usaha yang dibuat ini demi mencapai matlamat melahirkan murid bebas dadah.

Membanteras DARIH kini ditukar kepada DARVIH yang bermaksud Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV/AIDS. Ruang pemeran juga akan ditambah dengan Terminal Vape yang mana penggunaan vape kini menjadi satu fenomena dalam kalangan pelajar sekolah.

Lawatan ke Bilik Sumber PPDa

Guru Besar jumpa sekejap Tn. Hj. sebelum ke PPD untuk menghadiri taklimat
Semakan fail dokumentasi 
Post-Mortem hasil lawatan di Bilik Mesyuarat

Saturday, 30 January 2016

PPDa @ AGM PIBG

Sesungguhnya SKTPP bertuah kerana mendapat sokongan daripada PIBG dalam melaksanakan PPDa selari dengan arahan KPM. Semasa Mesyuarat Agung PIBG ke-12, agenda PPDa sentiasa meniti di bibir semasa ucapan Guru Besar, YDP PIBG serta perasmi. Syukur ahli-ahli PIBG yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid memberikan sokongan penuh terhadap agenda kerajaan ini. Betapa sekolah kami sangat komited melaksanakan program PPDa dengan bersungguh-sungguh. Ia juga merupakan sebahagian daripada kehendak Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah.
   Pada hari tersebut, ibu bapa telah mengambil kesempatan melawat Bilik Sumber PPDa sekolah. Terima kasih banyak diucapkan kepada pihak AADK kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan di mana kali ini AADK turut menyediakan pameran kepada ibu bapa. Tidak lupa tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG yang terpilih. Semoga dapat meneruskan komitmen PIBG kepada PPDa demi melahirkan murid bebas dadah dan seterusnya menjadi warganegara berkualiti pada masa depan.
(Laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog SKTPP di sini.)




Perasmi; Tn. Hj. Helmy bin Arshad merupakan penaung PPDa Daerah Sepang

AJK PIBG sesi 2016 - 2017 yang terpilih Benci DARIH


Pameran AADK

Pameran Antidadah & Bilik Sumber PPDa @ Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12

Hubungan kerjasama bersama AADK ditambah lagi dengan adanya pameran antidadah semasa Mesyuarat Agung PIBG dijalankan (sila klik di sini). Prospek utama adalah ibu bapa yang hadir. Pameran ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkaitan DARIH. Manakala di Bilik Sumber PPDa, ibu bapa dapat mengunjungi pameran yang ada bersama-sama agen antidadah SKTPP iaitu Sahabat PPDa.

Berikut gambar sepanjang pameran dijalankan.

Pameran oleh AADK Daerah Sepang di Dewan Taman, SKTPP



Pameran di Bilik Sumber PPDa dengan dibantu oleh Sahabat PPDa