Friday, 29 May 2015

Program KENDIRI

Program Kecemerlangan dan Jati Diri (KENDIRI) merupakan sebuah program motivasi untuk murid-murid Tahun 6. Program selama 2 hari 1 malam (29 & 30 Mei 2015) ini bertujuan untuk menanam nilai sahsiah yang baik kepada murid-murid Tahun 6 sebagai persiapan menghadapi UPSR dan hidup seharian.
   Pada malam 29 Mei 2015, telah diadakan solat maghrib, bacaan yaasin, solat hajat, solat Isyak dan ceramah oleh penceramah tersohor Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abd. Malek. Majlis pada sebelah malam yang turut dianjurkan AADK Sepang dan PIBG ini telah dihadiri oleh ibu bapa murid-murid Tahun 6, guru-guru serta murid-murid Tahun 6. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Tn. Shahrum b. Mohd. Sharif; ADUN Dengkil. Turut hadir mendengar ceramah yang sangat menarik itu ialah 10 OKP (Orang Kena Pengawasan) yang diurus oleh pihak AADK Sepang..

GB dan GPK1 bersama Pegawai AADK Seapang - En. Firdaus
YB Shahrum bersama YDP PIBG, GB, GPK 1 serta En. Firdaus
Ucapan YB selepas solat maghrib
Exact Training Consultant mengurus program
Bacaan yaasiin
Bersama pegawai-pegawai AADK
Kami Benci Dadah
Pameran dari AADK
Hadirin mendengar ceramah dengan penuh minat
Murid bertanya soalan
Kenangan bersama selebriti

Thursday, 21 May 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 6)

Tajuk                                   :   Faktor-faktor yang mendorong pengambilan alkohol
Nama Sahabat PPDa          :   Syamimi Faqihah Bt Harun ( 6 Wira)
                                                Nurin Afrina Mohd Ridzwan (3 Surgeri )
Tarikh                                  :   21 Mei  2015

Isi-isi info :


 Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuklah :

i.    Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii. Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.

iii. Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.

iv.  Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

v. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

Tuesday, 19 May 2015

Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber ke-2

   Mesyuarat kali ini diadakan di Bilik Sumber PPDa yang telah 50% siap. Turut hadir ialah Naib YDP PIBG; Tg. Syawaluddin dan PRS AADK WP Kuala Lumpur; Ustaz Mohd. Zul Lee Abdullah. Selesai mesyuarat, para ketua terminal melawat tapak yang telah disiapkan yang dikenali sebagai "Terminal" sambil mendapatkan idea daripada Ustaz Zul sebagai pengisian  yang lebih menarik. Setiap ketua telah diagihkan wang sumbangan dari PIBG untuk membeli serba sedikit keperluan..

Ustaz Zul, GB dan Tg. Syawal


Para ketua memberi perhatian



Berbincang sambil bertukar-tukar idea

Wednesday, 29 April 2015

Kursus Asas Komunikasi Sahabat PPDa

Sahabat PPDa merupakan agen utama yang membantu guru-guru bagi menggerakkan aktiviti PPDa dan menyampaikan maklumat semasa berkaitan PPDa kepada rakan-rakan di sekolah. Justeru itu bagi memantap kemahiran komunikasi Sahabat-Sahabat PPDa ini, pada hari ini telah berlangsung satu ceramah khas berkaitan Kemahiran Asas Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Haswandi b. Ahmad bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP.

Antara objektif program ini diadakan  adalah :

  • Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisyen dan berketrampilan kepada peserta.
  • Melahirkan sahabat PPDa yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan.
  • Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovasi dalam melaksanakan program PPDa di sekolah.
  • Melahirkan sahabat PPDa yang berkarisma dan berfikiran strategik serta cekap dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.


Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman dan sesi ceramah oleh En. Mohd Haswandi

Sesi Ice Breaking

Antara aktiviti yang dijalankan semasa sesi ceramah

Peserta mencari bahan terpakai untuk LDK

Menyiapkan tugasan dalam sesi LDK

Sesi pembentangan hasil kerja kumpulan
 Bergambar ramai bersama penceramah -
Kami Benci DARIH!!

Saturday, 18 April 2015

NYDP PIBG bersama OKP AADK Dalam Pertandingan Memancing

NYDP PIBG iaitu YM Tg Syawaluddin b Tg Mamat bergerak aktif dalam aktiviti bersama Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK. Pada 18 April 2015 beliau telah bersama-sama OKP dan kakitangan AADK dalam program tersebut di kolam memancing Salak Tinggi. 

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Shahrum b Mohd Shariff (ADUN Dengkil). Objektif utama program ini adalah mempromosi gaya hidup dan pergaulan yang sihat. Berikut adalah gambar-gambar program ;





Thursday, 16 April 2015

Ikon PPDa Amir Raja Lawak Terbaik!

Pada 13 April 2015 dengan rasminya Amir Raja Lawak (RL) menjadi Ikon PPDa SKTPP.
Kesungguhan Amir RL dalam menyebar luas bahaya DARIH jelas digambarkan di dalam Instagramnya.

Jutaan terima kasih kepada Amir RL kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu cemerlang.




Tuesday, 14 April 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 5)

Tajuk                                   :  Penyalahgunaan ubat-ubatan dan bahan
Nama Sahabat PPDa          :  Nur Yasmin Damia Bt Annis (6 Viva)
                                               Nur Alya Iman bt Shaharudin (3 Respiratori)

Tarikh                                  :  14 April 2015

Isi-isi info  :

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan


3. Daun ketum
Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung serta di selatan Thailand. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.