Wednesday, 25 March 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 3)

Tajuk                                   :  Jenis Dadah Opiat
Nama Sahabat PPDa          :  Farah Aisyah Bt Zainal Abidin (6 Waja)
                                               Nurul Syakirah Farzanah bt Mohd Yusof (3 Pediatrik)

Tarikh                                  :  25 Mac 2015


Dadah jenis opiate diperoleh daripada tumbuhan pokok popi getah yang dikeluarkan daripada pokok popi dikeringkan dan diproses menjadi dadah. Kumpulan dadah opiate ialah candu, morfina dan heroin.

Jenis dadah opiate yang pertama ialah candu. Candu adalah sejenis narkotik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada warna coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. Untuk pengetahuan, cara menggunakannya ialah menghisap dengan paip atau dengan cara chasing the dragon. Nama jalanan ialah black stuff, opium, madat dan tar.

Friday, 20 March 2015

Program Info 5 Minit AntiDadah SKTPP

Objektif program :

i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii .Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada manusia.
iii.Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv.Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Tajuk utama dalam Info 5 Minit Antidadah, di antaranya ialah :
1. Dadah (D)
2. Alkohol (A)
3. Rokok (R)
4. Inhalan (I)
5. HIV / Aids (H)

Aktiviti :

Aktiviti Info 5 Minit Antidadah ini dijalankan pada bulan Mac hingga Oktober 2015 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa SK Taman Putra Perdana. Program ini juga diharap dapat melatih murid dari sekolah rendah supaya berani dan boleh membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARIH. Malah, melalui info ini semua warga sekolah sentiasa mendapat info yang tepat mengenai DARIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali sebulan.


Aktiviti ketika perhimpunan rasmi
Aktiviti sebelum masuk kelas
Aktiviti di Dewan Putra



Diharapkan program 5 Minit AntiDadah dapat memberi kesan yang positif kepada pendengar terutama pelajar-pelajar yang baru di peringkat sekolah rendah.



"SKTPP BENCI DADAH"

Wednesday, 18 March 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 2)

Tajuk                                   :  Jenis Dadah Stimulan
Nama Sahabat PPDa          :   Nur Nadhira Bt Razali @ Sutrisno (6 Waja)
                                                Nurin Adlina Hassan ( 3 Respiratori)
Tarikh                                  :  18 Mac 2015

Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.


Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah yperangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur


2.      Methaphetamine hydrochloride
Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Menghisap, dan menyedut  Nama Jalanan : "Ice"


3.      MDMA
 Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.  Cara Menggunakan : Menelan  .  Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

Wednesday, 11 March 2015

PPDa @ Jaulah Imtiyaz

Program Jaulah Imtiyaz merupakan program anjuran Panitia Bahasa Arab sebagai penghargaan kepada murid-murid cemerlang Bahasa Arab. Murid-murid tersebut telah dibawa melawat ke beberapa tempat menarik iaitu UIA, kilang cokelat, Masjid Putrajaya dan menaiki cruise menyelusuri Tasik Putrajaya. Tahniah! Sesungguhnya murid-murid bebas dadah sentiasa cemerlang...






Penyebaran Visi & Misi PPDa Dalam Komuniti

Penyebaran Visi dan Misi PPDa diperluaskan lagi dalam komuniti yang dijalankan oleh  Sahabat PPDa bersama guru PPDa  SK Taman Putra Perdana. Ini bermakna penyebaran Visi dan Misi PPDa bukan sahaja disebarkan dalam warga SK Taman Putra Perdana.

Senarai nama Sahabat PPDa yang bertugas:
1. Nurin Irdina Husna bt Mohd Nasir - 5 Zeta
2. Muhammad Aminurasyid bin Sa'ari - 5 Omega
3. Majdina Afiqah bt Mahadir - 5 Theta
4. M.Nazirul Luqman bin Ahmad Rozi - 5 Theta
5. Ikhwan Reeza bin Khairul Azhar - 5 Theta
6. Muhammad Danish Aqil bin Khairil Anuar

Penyebaran Visi & Misi PPDa di  Gerai dan Pusat Penjaja Taman Putra Perdana
Di Pusat Penjaja dan Pasaraya Speed Mart Taman Putra Perdana
Penyebaran Visi dan Misi PPDa kepada pelajar SMK Putra Perdana yang sedang mengunjungi kedai 'Cool Blog'

Tuesday, 10 March 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 1)

Tajuk                              :  Definisi Dadah
Nama Sahabat PPDa       :  Maiza Najwa Bt Arbaini (6 Waja)
                                          Reeshmenraj A/L Jaigenesh (3 Respiratori)

Tarikh                             :  10 Mac 2015

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. 

Sesi Pagi

Sesi petang

Mesyuarat AJK Induk PPDa SKTPP Bil. 1

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Balai Polis Putra Perdana, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, AADK Daerah Sepang, syarikat pembersihan sekolah dan syarikat keselamatan sekolah. Turut hadir ialah YDP PIBG dan Naib YDP PIBG SKTPP. Mesyuarat telah membincangkan peranan yang boleh dimainkan serta bentuk-bentuk hubungan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan program PPDa di sekolah ini.    
   Hasilnya, beberapa keputusan telah dicapai bagi mengadakan projek-projek sehala, dua hala dan anjuran bersama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tersebut. Semoga kolaborasi ini akan melancarkan lagi pencapaian visi dan misi PPDa sekolah seterusnya membangkitkan kemesraan yang lebih harmoni dalam bidang-bidang pendidikan yang lain.
   Setelah selesai mesyuarat, ahli-ahli mesyuarat telah dibawa melawat lokasi baharu Bilik Sumber PPDa yang sedang dinaiktaraf.











Barisan AJK Induk PPDa 2015
Duduk dari kiri : YM TG Syawaluddin b Tg Mamat, Tuan Mohamed Yunus b Hj Nordin, Tn Hj Khairul Azhar b Mohamad Suffian, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Tuan Muhammad Ilyas Queek b Abdullah, Dr Nuralaisyah bt Hamzah, Pn Murziana bt Muhammad
Berdiri dari kiri : Pn Roslizawati bt Abd Rahman, Pn Juli bt Mahbah, Pn Rozimah bt Yaakob, Pn Norhafiza bt Ismail, Pn Nor Arzah bt Hussin