Saturday, 31 January 2015

Iffan Benci Dadah

Selesai Mesyuarat Agung PIBG SKTPP 2015, seorang anak murid; Iffan dan ibunya telah mengajak Guru Besar untuk bergambar bersama arca PPDa. Syabas Iffan - agen Benci Dadah SKTPP yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh..

Iffan - murid Tahun 6
Ibu Iffan pun bersemangat

Tuesday, 27 January 2015

Perbincangan think tank PPDa

Perbincangan para AJK Induk PPDa SKTPP mencari formula bagaimana untuk menaiktarafkan Bilik Sumber PPDa dan program PPDa sebagai menyahut cabaran ke pertandingan peringkat Negeri Selangor 2015...

 
Akhirnya keputusan telah dicapai untuk mencari lokasi baharu Bilik Sumber PPDa yang lebih luas dan strategik. Lokasi yang difikirkan terbaik ialah di Bilik Kesihatan / Rawatan. Semoga hasrat yang murni tersebut akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Kerjasama semua amat diharapkan. Sesungguhya kita akan bermula dengan zero / starts with "a". Namun pengalaman tahun lepas pasti akan banyak membantu. Insya Allah....


Friday, 23 January 2015

Pameran & Ceramah Antidadah 2015

Tarikh    : 23 Januari 2015 (Jumaat)
Masa      : 8.30 pagi
Tempat  : SK Taman Putra Perdana
Sasaran : Semua murid Tahap 2 & Pra Sekolah

Dalam mencapai misi Sekolah Bebas Dadah, Unit PPDa telah merancang satu aktiviti iaitu Pameran & Ceramah Antidadah bagi permulaan tahun 2015.

Aktiviti ini dirancang bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah serta menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjerus kepada penyalahgunaan dadah.

Terlaksananya aktiviti ini sekaligus dapat meningkatkan keazaman warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.


Buku Program 
Murid Pra kumpulan pertama dibawa ke Pameran Antidadah

Murid Tahun 4 & 5 bersama petugas pameran di dalam bas AADK

Murid memberi fokus yang baik semasa penerangan diberikan
Pn Roseniza bt Setapa sebagai pengacara majlis untuk aktiviti Ceramah Antidadah
Ustaz Zurilazman memimpin bacaan doa 

Tetamu yang hadir : En Zulfikri b Abu Samian (PKD Sepang), En Muhammad Firdaus b Abu Talib (Penceramah daripada AADK) dan turut memberi sokongan Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG)

Sahabat PPDa juga membantu dalam aktiviti pameran ini

Ceramah Antidaadh disampaikan oleh En Muhammad Firdaus b Abu Talib

Sesi soal jawab

Penyampaian sijil penghargaan kepada tuan penceramah



BERSAMA MEMBANTERAS DADAH

Wednesday, 17 December 2014

Mesyuarat Town Hall Draf Dasar Dadah Negara

Hari ini GB telah menghadiri Mesyuarat Town Hall Draf Dasar Dadah Negara Peringkat Negeri Selangor di Bangunan Persekutuan Petaling Jaya. Turut dijemput hadir ialah Tengku Syawaludin; AJK PIBG SKTPP yang mewakili Skuad 1 Malaysia AADK Daerah Sepang.
   Mesyuarat Town Hall ini adalah satu kaedah mesyuarat yang diperkenalkan di New England berupa satu kaedah mesyuarat yang tidak formal bagi membincangkan sesuatu isu. Tiada sesi soaljawab, hanya sumbangsaran idea dan pandangan sahaja.
   Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana memberi peluang kepada GB dan En. Shawal untuk bersama-sama pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan, NGO dan ketua-ketua jabatan yang lain dalam mesyuarat Town Hall tersebut.
   Selain mendengar pembentangan tentang draf dasar dadah negara, peserta-peserta telah diberi peluang mengutarakan idea, pandangan dan isu sebagai maklum balas terhadap draf dasar dadah negara yang sedang dirangka tersebut. Maklum balas-maklum balas tersebut kemudiannya akan dibawa oleh AADK ke pihak atasan bagi memastikan draf Dasar Dadah Negara yang digubal nanti lebih menyeluruh dan holistik.
   Sesi pandangan / input / maklum balas tersebut telah mencetuskan banyak maklumat yang sangat menarik, berguna dan berasas. Antaranya berkait dengan bajet, kurikulum, modul, rawatan spiritual, penguatkuasaan, pencegahan dan banyak lagi. GB Pn. Rohaidah turut mengutarakan di mana dasar yang dibentangkan itu tiada langsung menyentuh berkaitan alkohol, rokok, inhalan dan HIV /Aids sedangkan ianya tidak kurang bahaya dan menjadi pencetus kepada masalah dadah negara. En. Idrus Pegawai PPDa JPN Selangor juga telah melontarkan 8 isu termasuk perjawatan pegawai PPDa di PPD yang tidak hakiki, sekolah pemulihan dadah serta masalah pengesanan urin di sekolah-sekolah.
   Adalah diharapkan semoga pihak-pihak berwajib dapat memberi perhatian yang serius kepada dapatan dari Negeri Selangor ini agar dasar yang diputuskan nanti mencakupi setiap penjuru masalah dan ruang lingkup kehidupan demi membanteras musuh no. 1 negara ini...





En. Edrus, GB dan En. Shawal
















Sunday, 9 November 2014

Konvoi Anak Muda Cegah Dadah AADK Sepang meriah

Tahniah buat AADK Sepang kerana berjaya menganjurkan Mini Karnival Konvoi Anak Muda Cegah Dadah di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Shahrum b. Dato' Mohd. Sharif ADUN Dengkil.
   Guru-guru dan murid-murid SKTPP turut terlibat secara langsung terutama dalam memimpin acara Senamrobik oleh Cikgu Jamil dan penyertaan pertandingan mewarna oleh murid-murid Tahun 1 dan 2. Semoga hubungan yang rapat antara sekolah dengan AADK dan agensi-agensi yang terlibat hari ini akan menguatkan lagi impak program PPDa yang dilaksanakan di sekolah.
"Fun Without Drugs"


Cikgu Jamil memimpin senamrobik
 
Sihat cergas tanpa dadah
 
Pertandingan mewarna
 
Cikgu Jamil dan rakan-rakan menerima cenderahati dari AADK
 
Live band
 
Pertandingan futsal
 
Pameran
 
Penghakiman pertandingan mewarna
 
Anak-anak murid SKTPP Benci Dadah 
 

GB bersama pegawai AADK Sepang - Pn. Mazrina
 
Keluarga Ustaz Zurilazman
 
Keluarga Cikgu Shah dan Cikgu Jea
 
Kami komited membenci dadah
 
GB turut ditemuramah berkaitan usaha sekolah dalam membanteras dadah
 
Enjoy bersama anak-anak murid
 
GB melakukan pemeriksaan kesihatan
 
Beratur untuk mengambil hadiah penyertaan dalam pertandigan mewarna
 
Kami Benci Dadah, cikgu
 
Pertunjukan motor stunt yang menarik
 
Bersama YB Shahrum, Tn. Alias (Pengarah AADK Negeri), Tn. Izzahid (Ketua AADK Daerah Sepang) dan Tn. Rohaisyam (Setiausaha Pemadam)