Saturday, 9 August 2014

PPDa @ Jamuan Raya PPD Sepang

Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Sepang yang telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri buat semua guru, staf dan YDP PIBG sekolah-sekolah Daerah Sepang. GB SKTPP telah turut hadir memeriahkan majlis tersebut bersama keluarga. Mengambil peluang bertemu dengan Pegawai Linus iaitu Pn. Rohayu bersama anak-anaknya yang merupakan anak murid SKTPP, maka bergemalah semangat Benci Dadah kami....

Kami Benci Dadah!

Thursday, 7 August 2014

Karnival DARIH PIBG SKTPP

Sebagai tanda sokongan PIBG terhadap program PPDa dan usaha membanteras gejala DARIH dalam kalangan warga sekolah, PIBG tahun ini telah menganjurkan Karnival DARIH PIBG SKTPP yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014 bersamaan hari Sabtu. Semua murid, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput memeriahkan program tersebut. Jom datang ke Karnival DARIH kami - anda pasti berpuashati dengan pelbagai aktiviti yang disediakan sambil mendapat maklumat berkaitan dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / Aids...



Semua dijemput hadir

Wednesday, 6 August 2014

PPDa @ Sambutan Hari Raya SKTPP 2014

Hari Raya disambut penuh meriah tapi semangat Benci Dadah tetap tidak dilupa...









Terima kasih semua murid dan ibu bapa

Monday, 4 August 2014

Pentadbir PPDa SKTPP

Sempena pelancaran Bulan Bahasa SKTPP -
Kami komited dalam melaksanakan program PPDa

Friday, 25 July 2014

PPDa @ Majlis Khatam Al-Quran

Sempena hari terakhir bulan Ramadan serta penutup Ihya' Ramadan 1435 H, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidilfitri. Meski hati sayu dengan pelbagai tragedi yang berlaku dalam dan luar negara, namun majlis ini tetap berlangsung dengan suasana meriah serta penuh keinsafan.
   Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin buat semua murid dan warga SKTPP. Berayalah dengan penuh rasa kesyukuran dan jauhilah dadah musuh negara!


Majlis sesi pagi:









Majlis sesi petang:








Teruskan budaya bermaaf-maafan walau di mana kita berada

Wednesday, 23 July 2014

Penggambaran bacaan perutusan GB

Sesi penggambaran bacaan perutusan PPDa oleh Guru Besar telah diadakan di Bilik Mesyuarat secara sederhana sahaja. Jom tengok...

 AJK Video - Pn. Khaironnajmi dan En. Kamarul menyiapkan peralatan
Ready
 Shoot!

Tuesday, 22 July 2014

Mural PPDa guru-guru praktikum

Terima kasih banyak diucapkan kepada guru-guru praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam yang menjalani latihan praktikum internship sebulan di SKTPP yang telah memeriahkan lagi persekitaran sekolah dengan mural-mural PPDa yang sangat cantik lagi menarik. Jasa kalian akan dikenang buat selama-lamanya..

Bakal-bakal guru yang ceria sokmo!