Tuesday, 15 April 2014

PPDa @ Perhimpunan Isnin


Gelagat murid-murid setelah selesai perhimpunan sebelum naik ke kelas masing-masing

PPDa @ team sepak takraw

Hari ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada pasukan sepak takraw SKTPP yang telah mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan MSSD yang telah diadakan di SK Cyberjaya pada 7 dan 8 April 2014 yang lalu (sila klik di sini). Tahniah juga diucapkan kepada Mohd. Faris Solihin yang telah terpilih mewakili daerah Sepang ke pertandingan MSSS. Selamat Maju Jaya!
 Team sepak takraw benci dadah!
 Faris pun benci dadah
 Pasukan sepak takraw SKTPP di gelanggang

Sunday, 13 April 2014

PPDa @ Motivasi Anjakan Minda

SKTPP sentiasa mengadakan program-program motivasi untuk anak-anak murid bukan sahaja Tahun 6, malahan untuk murid-murid lain juga. Pada 12 April 2014, program Motivasi Anjakan Minda telah diadakan di mana sasarannya adalah murid-murid tahun 4 dan 5 (sila klik di sini). Terima kasih kepada penceramah atas kerjasama mengendalikan program tersebut.
Berceramah sambil mewar-warkan mesej benci dadah

Friday, 11 April 2014

Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber PPDa

Hari ini diadakan Mesyuarat AJK Pelaksana PPDa dan AJK Bilik Sumber PPDa buat kali kedua. Semua guru yang telah dilantik selaku Ketua Unit hadir untuk membentangkan perancangan dan berkongsi maklumat yang telah disusun sesama ahli unit masing-masing. Tahniah buat semua guru. Terima kasih atas komitmen padu kalian. Meskipun kita menghadapi masalah kewangan kerana bajet program ini teramat besar, namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita membangunkan Bilik Sumber PPDa serta persekitaran sekolah PPDa yang kita idam-idamkan. Semoga persefahaman yang wujud berkat kesabaran kita dalam mencari dana dan sumber di samping usaha keras tanpa mengenal jemu Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan..
"Tauke" Bilik Sumber sedang membentangkan pelan lanskap yang dirancang
Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan.

Wednesday, 9 April 2014

Murid-murid Pra Benci Dadah

Pasukan olahraga pra SKTPP
Pasukan futsal pra

PPDa @ Action Songs

Tahniah buat pasukan action songs SKTPP serta para jurulatih atas kejayaan menjadi Naib Juara dalam pertandingan peringkat daerah Sepang. Kesungguhan berlatih diiringi semangat yang kental menjadi resepi kejayaan tersebut.
Pasukan Action Songs SKTPP Benci Dadah
 Bersama banner Benci Dadah SK Kota Warisan
Menunggu giliran sambil melakar senyum dan logo popular masa kini
Persembahan mantap anak-anak murid Tahun 2 dan 3
 Kemenangan milik kami
Laporan lanjut boleh diikuti dalam blog SKTPP di sini

Demi Kehidupan Ini



SESUNGGUHNYA......demi matahari