Objektif
program:
i. Info ini dapat memberi
pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran
kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar
memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi
yang sihat dan berguna kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah
ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan
oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat
membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan
paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah
ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat
sekolah rendah.
Laporan Info
5 Minit Antidadah
Tarikh : 5 April 2016
Nama Sahabat
PPDa
Maanic Hamarays a/l Marimuthu (5 Zuhal)
Farah Husna binti Jasmin (3 Tabla)
Maanic Hamarays a/l Marimuthu (5 Zuhal)
Farah Husna binti Jasmin (3 Tabla)
TAJUK : KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL
Pengambilan alkohol oleh para remaja
akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan dan
pembangunan para remaja tersebut. Diantara kesan negatif tersebut adalah:
i.
Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi
penumpuan kepada pelajaran.
ii.
Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah)
dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii.
Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan
/ ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bgermasalah dan terjebak
dengan aktiviti negatif yang lain.
iv.
Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan
mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, saperti mencuri dan
lain-lain.
v)
Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional
sehingga terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.
vi)
Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba
menyelesaikan masalah dengan cara membunuh diri.
Maanic Hamarays a/l Marimuthu |
Farah Husna binti Jasmin |
No comments:
Post a Comment