Monday 30 May 2016

Ucapan Tahniah dari JPS

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat PPD Sepang dan JPN Selangor dari seluruh warga SKTPP atas pencapaian PPDa tahun ini. Semoga kerja keras dan komitmen yang sedang kita amalkan ini akan berterusan hingga beroleh kejayaan yang kita harap-harapkan di peringkat kebangsaan tahun depan. Doakan bersama...


Friday 27 May 2016

Penyerahan flyers Larian kepada YB Shahrum

Guru Besar bersama Naib YDP PIBG; Tengku Norsyawaluddin beserta PK Kokurikulum; En. Shahrizal telah pergi ke Pejabat ADUN Dengkil; YB Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif bagi menyerahkan surat dan flyers Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP. Semoga YB dapat membantu kami mendapatkan lebih banyak penyertaan semasa larian kami nanti.
   Awal-awal kita ucapkan terima kasih atas minat yang ditunjukkan oleh YB untuk turut serta berlari fun run dalam program itu nanti. Terima kasih juga atas persetujuan YB untuk memberi sumbangan kepada sekolah dan PIBG sekolah kami. Semoga YB akan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang berterusan untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat...



Perbincangan sambungan mural TOA

Terima kasih buat pelajar-pelajar dan pensyarah The One Academy (TOA) yang akan turun mengecat mural dan kata-kata Benci DARVIH pada lukisan-lukisan yang telah dilukis oleh pelajar senior mereka sebelum ini (sila klik di sini, di sini dan di sini). Semoga usahasama ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
   SKTPP dan TOA Benci DARVIH!!





Perbincangan dan sesi melawat tapak oleh pelajar dan pensyarah TOA

Thursday 26 May 2016

Seminar Fiqh Semasa Perubatan

Alhamdulillah Guru Besar telah diberi kesempatan menghadiri Seminar Fiqh Semasa Perubatan di IUKL hari ini. Seminar ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam (PAID) Sepang, Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Langat berserta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang.
   Atur cara seminar sangat menarik iaitu;

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk : "Vaksin : Keraguan Di kalangan Umat Islam"
oleh : Dato' Yahya bin Baba

Mini Forum
Tajuk : "Dadah : Perubatan dan Islam"
Panel 1 : S.S. Dr. Anhar bin Opir
              Timbalan Mufti Negeri Selangor
Panel 2 : Dr. Nurul Haniza binti Md. Yusof
              Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor
Moderator : Ustaz Ayub bin Baharuddin

Perasmian Penutupan
oleh Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin
Presiden IUKL

Bersama guru MITS 

PPDa SKTPP @ Malaysia Hari Ini

Jom saksikan PPDa SKTPP dan peranan Sahabat PPDa dalam siaran Malaysia Hari Ini (MHI) pagi 26 Mei 2016 (Khamis). Justeru hebahan dan kesan halo Benci DARVIH yang dibawa melalui program Pencegahan Dadah sekolah kami akan lebih meluas hingga ke seluruh negara melalui siaran ini. Sama-samalah kita berusaha membanteras DARVIH sejak dari sekolah rendah lagi. Negara Cemerlang Tanpa DARVIH!
   Siaran ini boleh diikuti sepenuhnya melalui Tonton MHI 2016 Episod 105 minit 15 - 20. Selamat menonton.



Wednesday 25 May 2016

Penggambaran PPDa MHI TV3

Kegemilangan program PPDa di SKTPP telah menarik perhatian TV3 yang telah membuat penggambaran untuk disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) esok 26 Mei 2016 (Khamis). Shooting dimulakan dengan wartawan Nabila menemubual Pn. Rohaidah (Guru Besar) diikuti En. Zulfikri (Pegawai Khas Dadah PPD Sepang), Tn. Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG) dan Adik Asyraf (Ketua Pengawas).
   Selesai sesi temuramah, rakaman diteruskan dengan sesi lawatan ke setiap terminal, balai dan sudut dalam Bilik Sumber PPDa tersebut. Syabas buat Sahabat-Sahabat PPDa yang telah menjalankan tugas dengan amat baik sekali. Semoga usaha kita akan berjaya dan dirahmati Allah hendaknya. Kami Benci DARVIH!!









Terima kasih TV3!

Tuesday 24 May 2016

Edaran flyers Larian Amal ke sekolah-sekolah

Guru Besar, PK Kokurikukum dan Penyelaras Larian Amal kategori Murid; Pn. Jamilah Yusof telah menghantar sendiri surat dan flyers ke sekolah-sekolah berdekatan. Semoga mendapat sokongan dan kerjasama baik dari pentadbir dan pelajar-pelajar sekolah-sekolah tersebut dalam memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" kami yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti..

 SJK (C) Sin Ming

 SK Pulau Meranti

 SK Taman Putra Perdana (2)

 SMK Cyberjaya

 SK Cyberjaya

 SK Dengkil

SMK Dengkil

Wednesday 18 May 2016

Mesyuarat AJK Bilik Sumber dan Pelaksana PPDa Kali Ke-3

Mesyuarat Ketua-Ketua PPDa kali ke-3 ini telah berkongsi dapatan dari Mesyuarat Penyelarasan PPDa peringkat kebangsaan bersama pegawai JPS tempoh hari serta mencerakinkan tugas-tugas semua AJK. Semoga para AJK akan dapat memulakan gerak kerja berbincang dan mencari idea baru untuk menambah baik teminal dan sudut masing-masing. Semoga Bilik Sumber PPDa dan kawasan persekitaran sekolah akan bertambah ceria dengan kesan halo dan wow yang lebih berbisa berbanding sebelum ini setaraf dengan misi kebangsaan yang akan kita hadapi nanti...




Tuesday 17 May 2016

PPDa @ Hari Guru 2016

Kemeriahan Sambutan Hari Guru SKTPP 2016 dengan tema arabian tidak menjejaskan semangat Benci DARVIH dalam kalangan guru dan murid malahan semakin bertambah meriah lagi guru-guru berselfie dengan isyarat popular 👎👎👎 mereka. Syabas semua!
#Selamat Hari Guru#
*Guru Pembina Negara Bangsa*













Hi tea Hari Guru yang meriah