- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Thursday, 30 July 2015
Mesyuarat AJK Bilik Sumber & PPDa ke-3
Terima kasih atas kehadiran & komitmen semua AJK. Terima kasih jua kepada Tengku Syawaludin; Naib YDP PIBG yang sudi hadir. Semoga segala perancangan akan membuahkan hasil yang cemerlang..
Monday, 20 July 2015
Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 10)
Tajuk : Cara Berhenti Merokok
Nama Sahabat PPDa
:
Nur Auni Balqis bt Rushdan (6 Waja)
Nur
Athirah Mohd Esa (3 Pediatrik)
Tarikh : 20 Julai 2015
Isi-isi info :
Langkah-langkah
berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan
perokok.
Langkah 1
|
BERSIHKAN
|
Buangkan
semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas
abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat
kerja.
|
|
Langkah 2
|
BUAT
NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
|
Buat suatu
nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota
tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda,
terutama di sudut di mana anda biasanya merokok.
|
|
Langkah 3
|
LAKUKAN
SAHAJA
|
Untuk
kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara
mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda
tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok.
|
|
Langkah 4
|
TUMPUKAN
PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
|
Tumpukan
perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian
kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda
berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
|
|
Langkah 5
|
BERFIKIRLAH
SECARA POSITIF.
|
Fikirkan
diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti
merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
|
|
Langkah 6
|
DAPATKANLAH
SOKONGAN.
|
Berikanlah
peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah
berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok
berhampiran anda.
|
|
Langkah 7
|
MELAWAN
KEINGINAN MEROKOK.
|
Keinginan
untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini
memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda
merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk
merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok.
|
Monday, 6 July 2015
Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 9)
Tajuk : Bahaya Rokok
Nama Sahabat PPDa
:
Nur Yasira Bt Azahar (6 Waja)
Mohd Irfan Qzedi b Rusdan (3 Respiratori)
Tarikh : 6 Julai
2015
Isi-isi info :
Asap yang disedut oleh
perokok pasif mengandungi :-
- 2 kali lebih banyak nikotin .
- 5 kali lebih banyak karbon monoksida
- 3 kali lebih banyak tar
-
50 kali lebih zat
kimia yang berbahaya bagi kesihatan
Asap
yang disedut oleh perokok aktif mengandungi :-
-
4000 bahan kimia
yang beracun.
-
63 bahan kimia
yang menyebabkan barah, sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.
-
Ketagihan yang
teruk
Friday, 3 July 2015
Program Sebening Kasih Ramadan AADK Sepang
Pihak AADK Daerah Sepang telah menganjurkan program Ihya' Ramadan Majlis "Sebening Kasih Ramadan" bersama Orang Kena Pengawasan (OKP). Guru Besar & Naib YDP PIBG SKTPP; Tg. Syawalludin selalu JKPD (Jawatankuasa Pemulihan Dadah) telah dijemput sama memeriahkan program ini. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi JKPD Sepang; YB Shahrum bin Dato' Mohd. Sharif ADUN Dengkil yang turut menyampaikan sumbangan kepada OKP tersebut.
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada OKP AADK Daerah Sepang meraikan bulan Ramadan bersama-sama dengan komuniti setempat dalam majlis berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Tahniah kepada AADK dan YB Tn. Shahrum atas usaha murni tersebut...
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada OKP AADK Daerah Sepang meraikan bulan Ramadan bersama-sama dengan komuniti setempat dalam majlis berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Tahniah kepada AADK dan YB Tn. Shahrum atas usaha murni tersebut...
Subscribe to:
Posts (Atom)