Monday 4 April 2016

Perasmian Projek Melukis Mural Bersama Kolej 'The One Academy' (TOA)

Lukisan mural baharu yang menghiasi dinding sekitar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah dirasmikan pagi tadi oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali.  Mural tersebut disiapkan dalam masa tiga  hari iaitu 19, 20 dan 26 Mac 2016 hasil kerjasama dengan  pensyarah dan pelajar-pelajar TOA.


Objektif projek tersebut:-
~ Mewujudkan jalinan dan kerjasama bersama agensi luar
~ Menceriakan lagi persekitaran sekolah
~ Mewujudkan perkongsian ilmu seni lukis antara pelajar TOA dengan murid SKTPP
~ Menghebahkan semangat Antidadah ke institusi pengajian tinggi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Kemudian diikuti dengan ucapan Pengurus Projek, En. Tee Yuan Huan, Pengarah Seni, Cik Steffi Rebecca Anthony, Pensyarah, Cik Fadzilah binti Ahmad, Guru Besar, Pn. Rohaidah binti Mohd Ali. Sijil penghargaan dan hamper telah disampaikan kepada pihak TOA sebagai tanda penghargaan. Selepas itu, Pn. Rohaidah telah merasmikan projek tersebut dengan menurunkan tandatangan pada salah satu dinding mural.
Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan, khas untuk pensyarah dan pelajar-pelajar TOA dan SKTPP yang terlibat dalam menjayakan projek ini. SYABAS!!

Lagi berita perasmian mural TOA dalam blog SKTPP di sini dan lawatan TOA ke Bilik Sumber PPDa di sini.
 

Bacaan doa

Pengurus projek - En. Tee Yuan Huan
Pengarah Seni - Cik Steffi Rebecca Anthony
Pensyarah - Cik Fadzilah binti Ahmad 
Tayangan video

Penyampaian sijil
Penyampaian sijil
Penyampaian hamper

Perasmian 
Menurunkan tandatangan

Kami Benci DARVIH

No comments:

Post a Comment