Monday 31 March 2014

Lawatan ke Cure & Care Service Centre (C&CSC) Chow Kit & Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) Dengkil

Pada 31 Mac 2014 satu lawatan ke C&CSC Chow Kit dan Klinik C&C Dengkil telah dianjurkan oleh AADK Selangor dengan kerjasama PPD Sepang. Seramai 28 orang telah terlibat terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan daerah Sepang. Antaranya, JAKOA, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama Islam, RELA & Pejabat Kesihatan.

Tiga buah sekolah yang terlibat ialah SK Taman Putra Perdana, SK Kota Warisan & SK Taman Seroja. Kami rasa bertuah kerana terpilih mengikut lawatan ke dua-dua tempat ini.

Pengalaman ini amat dekat di hati kerana kami berpeluang mendekati kumpulan sasar dan kedatangan kami disambut baik oleh kedua-dua tempat ini. 

Sisipan sepanjang lawatan


Bersama ahli rombongan tiba di C&CSC Chow Kit

Taklimat ringkas daripada Pn Hamsiah


Antara lukisan yang terdapat di C&CSC

Orang kuat 

Salah satu unit untuk terapi rawatan

Rumusan oleh AADK

Cenderamata kenangan

Ucapan aluan daripada Pengarah C&C Dengkil

Penerangan oleh En Azlan, Pegawai di C& Penuh semangat mendengar penerangan ringkas oleh pegawai C&C
Bersama En Firdaus (AADK), En Hisham  (PEMADAM)  guru-guru SK Tmn Seroja 

Tidak lupa kesan logo Benci Dadah oleh Cikgu Fiza


Kenangan daripada PPD Sepang untuk C&C, Dengkil

Saturday 22 March 2014

PPDa @ Lawatan Thais ke SKTPP

Sekali lagi SKTPP bertuah kerana telah dilawati oleh pelancong-pelancong dari Thailand. Kali ini para pelawat terdiri daripada 40 orang guru dan pegawai pendidikan Tambon Nhong Krod, Nakornsawan, Thailand. Selamat datang ke Malaysia dan SKTPP. Swadikapp..
Laporan lanjut sila ikuti di blog SKTPP di sini

Friday 21 March 2014

PPDa @ Merentas Desa

Pada 20 Mac 2014 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat SKTPP. Syabas kepada semua murid atas kerjasama dan semnagat kesukanan yang ditunjukkan. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi pada masa depan. Jelas sekali murid-murid yang cergas dan sihat datangnya daripada tubuh yang bebas daripada pengaruh dadah.
Sebelum dilepaskan, murid-murid bersorak "Kami Benci Dadah"
 Cikgu Hafiz menaikkan semangat pelari
Para pemenang mendaftar nama

Thursday 20 March 2014

PPDa @ Choral Speaking

Meskipun tidak mendapat tempat dalam Pertandingan Choral Speaking peringkat Daerah Sepang, namun pasukan sekolah telah memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Semoga pengalaman yang telah diperolehi dalam pertandingan tersebut dapat digunakan untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada masa depan..
 

Wednesday 19 March 2014

PPDa @ Program Nilam PTS

Tahun ini, SKTPP mengadakan Minggu Membaca dan Program NILAM bersama Syarikat PTS Sdn. Bhd selama seminggu. Terima kasih atas sumbangan buku-buku oleh PTS dan program-program yang diadakan di sekolah ini..
 Kek pelancaran Program NILAM
Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam
Bengkel Menulis Novel Bersama Husna Adnan
Bakal-bakal pelukis komik dan penulis novel benci dadah
Laporan lanjut program Galakan Membaca NILAM dalam blog SKTPP di sini dan blog GB di sini

Thursday 6 March 2014

Bilik Sumber PPDa SKTPP

Inilah dia bilik darjah yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk dijadikan sebagai Bilik Sumber PPDa SKTPP. Pemilihan telah dilakukan oleh pihak pengurusan dan AJK PPDa sekolah atas beberapa kriteria seperti lokasi yang strategik - tingkat bawah Blok A, mudah dilawati, pengudaraan yang baik dan sebagainya.
 Wajah Bilik Sumber PPDa yang masih kosong

Wednesday 5 March 2014

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan

Pada 4 Mac 2014, Guru-guru SKTPP telah diemput memeriahkan program Hari Antidadah Kebangsaan bertempat di  PPD Hulu Langat. Program dirasmikan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri; YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Antara delegasi PPDa SKTPP
 Guru-guru SKTPP Benci Dadah
GB bersama bekas anak murid SKKWnya yang turut hadir
Abang dan kakak sekolah menengah pun benci dadah
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Menteri Kementerian Dalam Negeri merasmikan majlis
 Logo lama AADK
Logo baharu AADK dengan cogankata "AADK Prihatin Rakyat Sejahtera"
Bersama Cikgu Rohaizat - Penyelaras PPDa SKKW

GB bersama guru-guru SKKW
 Bersama abang polis
 Bersama pegawai AADK - En. Firdaus
Wajah-wajah ceria pemimpin masa depan yang sentiasa cergas tanpa dadah