Sebagaimana tahun-tahun lepas, SKTPP sentiasa merancang untuk mengadakan projek khas PPDa bagi menyuntik semangat Benci Dadah dan DARVIH dalam bentuk yang berbeza serta lebih menyeluruh. Pada tahun 2016 ini pihak sekolah dan PIBG telah memutuskan untuk mengadakan program Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" melibatkan warga sekolah dan orang-orang luar. Program ini dirancang akan diadakan pada hari Ahad 7 Ogos 2016 di sekitar Taman Putra Perdana.
Permohonan mengadakan program dan membuat kutipan telah diajukan ke pihak PPD, Polis dan MPS. Semoga program yang berkapasiti besar yang julung-julung kali diadakan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak termasuk guru, murid, PIBG, ibu bapa serta bakal-bakal peserta larian.
Justeru Mesyuarat kali pertama bersama guru-guru telah diadakan pada 12 April 2016 bagi membentangkan kertas kerja Larian, senarai AJK dan perancangan berkaitan program. Turut hadir ialah Naib YDP PIBG; YM Tengku Norsyawaludin yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang larian amal ini. Semoga dengan penjelasan yang diberi, guru-guru lebih jelas akan peranan masing-masing dan dapat bersedia mental dan fizikal untuk sama-sama menjayakan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" ini. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment