Ikon PPDa


Muhamad Amirullah b Azmi, artis terkenal yang juga lebih sinonim dengan panggilan Amir Raja Lawak merupakan Ikon PPDa SK Taman Putra Perdana bermula 13 April 2015 sehingga kini.

Selain daripada mempunyai personaliti yang baik, pemilihan Amir Raja Lawak sebagai Ikon PPDa tepat sekali kerana beliau bebas daripada DARVIH. Sikap ceria beliau memudahkan beliau untuk mendekatkan diri bersama murid-murid SKTPP dan warga sekolah dalam program-program yang dijalankan di sekolah. 

Ikon PPDa ini sangat komited dalam menyebarkan bahaya DARVIH apabila beliau sering menguar-uarkan bahaya DARVIH di laman Facebook dan Instagramnya dan apa yang menariknya jumlah like sangat tinggi. Dalam masa yang sama beliau juga mempromosikan tagline benci DARVIH SKTPP iaitu Thumbs Down.

No comments:

Post a Comment