Saturday 30 April 2016

Operasi Mencuci Kolam

Menjelang lawatan penanda aras oleh Guru-Guru Penolong Kanan HEM Daerah Gombak minggu depan, guru dan pekerja sekolah telah mencuci kolam Laman Muhibah PPDa yang terletak di hadapan Bilik Sumber PPDa. Terima kasih semua atas jasa-jasa kalian...








Friday 29 April 2016

Guru Praktikum Benci DARVIH

Terima kasih diucapkan buat guru-guru praktikum; Marina, Afiqah, Siti Zubaidah & Rashidah yang akan menamatkan latihan praktikum mereka hari ini. Selamat maju jaya dan semoga menjadi guru yang cemerlang pada masa depan...




Kami Benci DARVIH!

Monday 25 April 2016

YB dan GB Benci DARVIH

Atas urusan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang, GB SKTPP; Pn. Rohaidah bersama GB SK Methodist Sg. Pelek; En. Ishak, GB SK Jenderam; Pn. Norlaili dan GB SK Dato' Abu Bakar Baginda; Pn. Wan Nor Fadriah telah menemui ADUN Dengkil; YB Shahrum di pejabat beliau di Dengkil. Alhamdulillah YB telah sudi menaja program kecemerlangan UPSR Sepang yang akan diadakan di dewan pejabat beliau pada bulan Mei 2016 nanti. Terima kasih YB atas keprihatinan dan komitmen tinggi YB dalam memastikan pendidikan di daerah Sepang sentiasa cemerlang...

 Kami Benci DARVIH

Friday 22 April 2016

Perpisahan Cikgu Fuadi Membawa Bersama Semangat Benci DARVIH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham; PK Pentadbiran & Kurikulum SKTPP yang akan bertukar ke SK Methodist, Klang selaku Guru Besar mulai minggu depan. Selamat bertugas di sekolah baharu. Semoga cikgu terus cemerlang dan berbahagia. Jasa-jasa Cikgu Fuadi takkan kami lupakan sampai bila-bila.
   Perpisahan ini turut membawa semangat Benci DARVIH yang kita sama-sama semaikan di sekolah ini. Semoga kesedaran dan kesan halo PPDa ini akan berkembang mekar juga di sekolah baru tuan haji...


















Bye-bye
Bersama guru-guru sesi petang

Laporan bergambar Majlis Lambaian Budi Kilauan Kasih tersebut di sini.

Thursday 21 April 2016

Mesyuarat AJK Pelaksana Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"

Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Program Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016 atas komitmen. Mesyuarat AJK Pelaksana kali pertama ini telah mendengar pencerahan tentang perjalanan program dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua ketua. Terima kasih juga buat En. Syawal selaku Pengurus Program dengan dibantu oleh Cikgu Junaidi dan Cikgu Musrizuan. Semoga program larian ini akan berjalan lancar dan diharap hasil kutipan memberangsangkan. Aamiinn...






Wednesday 20 April 2016

Kursus Asas Sahabat PPDa

Kursus Asas Sahabat PPDa telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Aswandi bin Ahmad di bilik mesyuarat sekolah dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang kepada semua Sahabat PPDa tahun 3, 4 dan 5. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit PPDa sekolah.

Kursus yang berfokuskan asas komunikasi ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada Sahabat PPDa untuk berinteraksi secara efektif semasa bertugas sebagai jurucakap di Bilik Sumber PPDa serta semasa disoal berkaitan PPDa oleh para pelawat dan rakan-rakan.  Pelbagai tips berkomunikasi secara berkesan serta tatacara keterampilan dan adab yang betul telah disampaikan. Semoga anak-anak murid terpilih sebagai Sahabat PPDa ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Sahabat PPDa khusyuk mendengar ceramah
Simulasi komunikasi
Ucapan Guru Besar


Ole-ole tanda penghargaan


Tidak lupa gambar berkumpulan "Kami Benci DARVIH"